BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak mati lepas dapat rawatan

Doktor, Pembantu Perubatan & Jururawat kerja kenalah IKHLAS...jangan sambil lewa, cuai, lalai, pemalas, marah-marah, komplen isu beban kerja sana sini ajer...gaji nak naik, hidup nak mewah, kereta nak mahal-mahal tapi perkhidmatan macam taik..

Bukan bidang kesihatan je kerne ikhlas, semua keje pun kene ikhlas..

P/s: mmg suke kete besar dan umah besar..isteri je nak kecik..peace yoo.
 
ha tgk.. mmg x boleh di usik doc gov nih, last2 patient yg salah.
siap kata meroyann lg#:-S

org sakit nak dpt caj murah sure pg gov hospital, kalau tgh malam mmg jabatan kecemasan lah dia org tuju..dah tuh yg open 24jam 365hari..

eh lupa doc nih bz.. kadang2 kejer non stop.. x makan.. so silap satu dua tuh takpa lah

doa2 jer benda tuh x kena kat kita.

:-)

Takziah pada keluarga si mati..

P/s: ni cerita sebelah pihak...kite tgu dari pihak kesihatan plak
 
Doktor, Pembantu Perubatan & Jururawat kerja kenalah IKHLAS...jangan sambil lewa, cuai, lalai, pemalas, marah-marah, komplen isu beban kerja sana sini ajer...gaji nak naik, hidup nak mewah, kereta nak mahal-mahal tapi perkhidmatan macam taik..

aku bkn keje dgn hospital, tp pnh gak borak2 ngan misi2 nie. derang mmg pnt bro, kdg2 kena cover klinik 1malaysia bagai.. .bukak klinik tp staf xtambah. ..belum kejar patient xmkn ubat lg, x antar bby injection.. maybe ko jumpe yg ngomel mcm mak nenek, tp yg ikhlas ramai gak
 
Keputusan saman 2 hospital RM10 juta bulan depan

saman_cropped_1491204060.jpg

Muhamad Sardi (tengah) dan Fadilah berbincang dengan peguam, Mohd Syukran Mohd di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria

Kuala Terengganu 3 April 2017 : Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menetapkan 23 dan 24 Mei ini untuk menentukan taksiran jumlah ganti rugi atas tuntutan suami isteri sebanyak RM10 juta terhadap dua hospital di Terengganu kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4, kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan menerusi peguam mewakili 11 defendan yang terdiri daripada lapan pegawai perubatan, dua pengarah hospital serta Kerajaan Malaysia mengakui wujudnya liabiliti seperti dituntut oleh pasangan terbabit.

Pasangan berkenaan, Muhamad Sardi Saad, 41, dan Fadilah Abd Wahab, 47, sebelum ini memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors sebelum kes berkenaan dipindahkan ke Kuala Terengganu.

Dalam writ saman berkenaan, pasangan guru itu menamakan 11 defendan termasuk Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh, Dr Mohd Ruhaifi Yusuf, Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir, Dr Hasmani Hamat, Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr Noor Ain Noor Afendi, Dr Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.


http://www.hmetro.com.my/node/218480
 
ah sudah. semakin strict la prosedur kat wad dan klinik nanti

apa yg aku nampak. kerja misi mcm lebih sibuk kat dokumentasi dan administrasi. ada je benda nak ditulis dan nak ditelepon.

setiap pertukaran syif nak kira stok ubat la kira troli emergency la. buat nursing note la.

sepatutnya fokus misi adalah perhati patients setiap masa. p tgk patient setiap 10 minit. baru la kualiti.

aku x salahkan misi. ni salah KKM kot.
 
Keputusan saman 2 hospital RM10 juta bulan depan


Kuala Terengganu 3 April 2017 : Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menetapkan 23 dan 24 Mei ini untuk menentukan taksiran jumlah ganti rugi atas tuntutan suami isteri sebanyak RM10 juta terhadap dua hospital di Terengganu kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4, kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan menerusi peguam mewakili 11 defendan yang terdiri daripada lapan pegawai perubatan, dua pengarah hospital serta Kerajaan Malaysia mengakui wujudnya liabiliti seperti dituntut oleh pasangan terbabit.

1.mahkamah dimaklumkan menerusi peguam wujudnya liabiliti seperti dituntut oleh pasangan terbabit.

2.23 dan 24 Mei-menentukan taksiran jumlah ganti rugi atas tuntutan suami isteri sebanyak RM10 juta terhadap dua hospital di Terengganu
 
Back
Top
Log in Register