BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak luar nikah..

mana ko tau budak tu akan menderita? ko keturunan nostradamus ke blh ramal2 masa depan org lain?

Astaghfirullahal'azim....

dahle org tu dah buat dosa besar....berzina....ko nak dia tambah lagi satu dosa besar......dgn membunuh pulak....

nak kembali ke zaman jahiliah ker?
okeh okeh minta maaf aku melampau sgt..aku bosan ngn isu anak luar nikah,,,baru minggu lepas aku terpaksa jadi saksi sepupu yang berjaya menghamilkan budak perempuan..itupun semua family campur tgn... skrg sebgai balasan kena pulau la bagi pengajaran untuk dia berubah dan amaran kepada ahli keluarga lain...no tolerance!
sorry folks..now back to topic..ignore me !
 
Tahun lepas wife aku ada buat penguguran jugak... atas nasihat Pakar Sakit Puan yang jaga isteri aku dari masa mengandung anak pertama dan kedua..

Usia kandungan tersebut adalah dalam 5-6 minggu. Sebab utama doktor cadang penguguran tersebut adalah kerana Isteri aku sedang mengambil pil perancang bernama Nodet ker apa ntah aku tak tau... Doktor khuatir pengambilan pil perancangan tersebut boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada kandungan.

Last2, isteri aku setuju jugak saranan doktor tersebut.

Yang tak best nya, aku jugak yang kena "Paw" oleh pakar tersebut....
:((:((:((:((


tgh ambil pil perancang tp....leh pregnant gak? camana tuh? :-? :-? :-?

gusar dah aku nih.....:p
 
pertama-tama sekali asbab budak tu mengandung camna....rela ke tak rela ka....kalau tak rela, buat laporan polis, anak tu jangan digugurkan, BERDOSA BESAR kalau gugur bukan kerana DARURAT.

Kalau rela sama rela, nikahkan saja, tapi kalau masih bawah umur, patut lah diserahkan pada rumah2 yang memberi perlindungan dan tempat pemulihan akhlak kepada remaja2 macam ni. Kalau ibubapanya masih lagi nak menjaga anak remaja ini, didiklah dengan penuh kasih sayang dan disiplin tegas dalam agama selepas ini, jadikan ianya suatu pengajaran.

Tentang dosanya, memang dosa besar, tapi mohonlah pada Allah, taubat nasuha yang bersunguh2 dan tak akan mengulangi kesalahan tersebut, kita hanya manusia biasa, sudah tahu salah namun masih suka-suka dan gatal2 mencubanya. Moga ini jadi yang pertama dan yang terakhir.

Buat orang2 lain, jadikan ini satu keinsafan pada diri dan jangan mudah menuduh atau menyalahkan sesiapa, sesungguhnya manusia seperti kita ini lemah, mudah pelupa, dan harus sentiasa diingatkan. Wallahu'alam dan betulkan saya jikalau salah.....

aku setuju sangat dengan kata2 kat atas ni.. gugur sekiranya DARURAT. harap semua dapat fahami ayah diatas...
 
its ok...masing2 mempunyai idea masing2.... kita berbincang secara matang....im married and i also have a children.... dan kita semua tak nak benda ni berlaku kat keluarga kita....
tapi untuk jaga kata 2 sebelum post sepatutnya tak timbul sebb kita berbincang secara open....tak perlu ada sesiapa yang terasa...sebab saya tak pernah nak pandang anak luar nikah tu adalah sesuatu yang teruk... just salah mak bapak...dan anak yang menjadi anak luar nikah tak perlu sedih menjadi anak luar nikah sebab diorang patut bersyukur diorang dapat lahir....sebab ada yang mak bapak gugurkan anak bila diorang tahu adanya anak luar nikah....
takut mak bapak malu.....

yup..
mmg kite berbincang secara matang kt cni..
but cmne kalo isu ni terkene kt diri sndiri?
msti kite akn ase skt aty..sume la skt..
so..terpulang..
i'm okey kalo nk bincang secara 'open' gile..:):):)
 
aku setuju sangat dengan kata2 kat atas ni.. gugur sekiranya DARURAT. harap semua dapat fahami ayah diatas...


blh jelaskan keadaan DARURAT tu bg details sket?
 
nak ke bayi tu terima ko..? orang aneh cakap biar betul...apapun bagus la ikhlas. selamat malam orang aneh!

bayi tu kecik lagi bro...dia boleh terima sesiapa sahaja kalau ada orang bela dia dari kecil....kenapa ko cakap dia aneh, kenapa ko tak cakap aneh pada orang-orang yang suka gugurkan kandungan tanpa sebab seperti perangai masyarakat zaman jahiliyah tu...sebab tu aqal Allah bagi letak atas, kat kepala, bukan di tapak kaki :D
 
bkn snang2 aje bole gugurkn....
kalo xsilap aku kalo nk gugurkn tu ade limitnye....
sblm minggu kebrp ntahnye....
sbb smpi bebrp minggu pastu br
roh ditiupkn kedlm kandungan tuh....


sebelum 4 bln yg pertama....
 

dah tuu kor rela x.. kalo kawan kor tuu mati mase kecik

kene bunuh ngan mak ayah die.. then die pown xkan hidup atas dunia nie

kalau aku tengok dia jadi macam ni skrg... baik mak ayah dia buuh jer dia masa dalam kandungan daripada dia menderita macam ni... tapi kawan aku baik... dia tetap bagi mak dia duit tiap2 bulan sebab dia ingat yang mak dia besarkan dia n bagi dia susu ibu dan setiap titis menjadi darah dalam tubuh dia...
tapi aku kesian sangat,,,tersangat2..
 
aku setuju sangat dengan kata2 kat atas ni.. gugur sekiranya DARURAT. harap semua dapat fahami ayah diatas...

kene memahami word DARURAT nie

Darurat if only membahayakan kandungan or nyawa ibu cam GT tu
 
blh jelaskan keadaan DARURAT tu bg details sket?

Darurat...sekiranya kandungan tersebut sudah mati/meninggal dalam perut, berlaku komplikasi 50-50 antara anak kandungan dan ibu, selalunya doktor akan utamakan nyawa si ibu dahulu, keguguran yang tidak sengaja dsb...

kalau nak gugur sebab MALU, sebab takut orang NAMPAK, dan sebab lain-lain, TAK BOLEH, kenapa nak buat DOSA BESAR lagi membunuh kandungan yang tak salah tu?
 
Back
Top
Log in Register