pertama-tama sekali asbab budak tu mengandung camna....rela ke tak rela ka....kalau tak rela, buat laporan polis, anak tu jangan digugurkan, BERDOSA BESAR kalau gugur bukan kerana DARURAT.
Kalau rela sama rela, nikahkan saja, tapi kalau masih bawah umur, patut lah diserahkan pada rumah2 yang memberi perlindungan dan tempat pemulihan akhlak kepada remaja2 macam ni. Kalau ibubapanya masih lagi nak menjaga anak remaja ini, didiklah dengan penuh kasih sayang dan disiplin tegas dalam agama selepas ini, jadikan ianya suatu pengajaran.
Tentang dosanya, memang dosa besar, tapi mohonlah pada Allah, taubat nasuha yang bersunguh2 dan tak akan mengulangi kesalahan tersebut, kita hanya manusia biasa, sudah tahu salah namun masih suka-suka dan gatal2 mencubanya. Moga ini jadi yang pertama dan yang terakhir.
Buat orang2 lain, jadikan ini satu keinsafan pada diri dan jangan mudah menuduh atau menyalahkan sesiapa, sesungguhnya manusia seperti kita ini lemah, mudah pelupa, dan harus sentiasa diingatkan. Wallahu'alam dan betulkan saya jikalau salah.....