BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AmLifestyle- Simpanan + Pelaburan + Insurans (3 in 1)

Encik Zayed,
Untuk pengetahuan encik nilai sebenarnya adalah 2k untuk setahun dan deposit deposit 2k tersebut boleh juga dibuat secara bulanan.
Investment tersebut juga di invest selama 6 tahun bukan 12 tahun dan duit tersebut boleh dikeluarkan bila-bila masa apabila diperlukan tetapi dengan syarat mempunyai 2k minimum dalam akaun.

keuntungan sebanyak 35% ada juga betulnya tetapi bergantung pada dana yg encik pilih. Kesemua dana-dana tersebut mempunyai risiko masing-masing. Terbahagi kepada 3 iaitu low risk, medium risk dan high risk. Namun bagi mana-mana risiko sekalipun, wang simpanan yang encik invest tidak akan berkurangan. Selain itu, Keuntungan akan compounded kalau tidak diusik. Pelan ini sama seperti asb tetapi encik perlu tahu pelan ini mempunyai insuran dan sekiranya berlaku sesuatu, duit simpanan tersebut tidak akan dibawa ke Amanah Raya tetapi akan diberikan kepada waris yang encik pilih.

Untuk keterangan lanjut, saya prefer kita buat satu appointment untuk encik lihat 'hitam putih' apa yang saya huraikan ini.

agent ni cakap guarantee profit 35%.

tak tau la agent ni pembohong
 
Encik Ijan,

Sebenarnya pelan ini dibuat untuk menggalakkan kita bangsa Melayu belajar melabur. Hal ini kerana bidang pelaburan banyak dikuasai bangsa-bangsa lain. Bukan hanya mengharapkan pelaburan seperti asb. Minta maaf untuk saya ucapkan, tetapi "sampai bila kita hendak mengharapkan kerajaan bantu kita??"

Oghe Melayu bukenyo dok minak dan dok gheti melabur tapi pitih je yg takdok.Cubo mu buyi aku sejuta,taulah aku nok buak gapo dan lagu mano.

Kalu kerajae dok bantu denge ASB,ASN, melabur dale skim cepatk kayo le apo lagi.

Jange pandang rendoh ASB,cuba mu buka peluang ASB ni kat orang2 Cino,mu ingat guano?Berebut dok?
 
agent ni cakap guarantee profit 35%.

tak tau la agent ni pembohong


Agent tersebut bukan pembohong, tetapi itu yang dimaklumkan kepadanya. Namun dia patut tahu bahawa dana-dana yang dilabur sebenarnya memainkan peranan kepada profit tersebut.
 
- Dana Teguh
- Dana Ekuiti
- Dana Balanced
- Dana AmOasis
- Dana Bond
- Dana Global Agribusiness
- Dana Global Emerging Market
- Dana Precious Metal

dana ni melabur kat mana? KLCI? NYSE? Nasdaq? Saham apa? ada future comodity market utk precious metal?

bond mana yg dilaburkan?
 
Salam,

Fuhh dah lama rasanya tak online nih. Sorry sibuk sangat.
Mari join AmLifestyle, memberi peluang kepada kita untuk menyimpan, melabur dan membuka polisi.

Let us make you smile
 
Oghe Melayu bukenyo dok minak dan dok gheti melabur tapi pitih je yg takdok.Cubo mu buyi aku sejuta,taulah aku nok buak gapo dan lagu mano.

Kalu kerajae dok bantu denge ASB,ASN, melabur dale skim cepatk kayo le apo lagi.

Jange pandang rendoh ASB,cuba mu buka peluang ASB ni kat orang2 Cino,mu ingat guano?Berebut dok?


Salam TokJaya,

Kita semua minat untuk menyimpan, kita semua minat melabur kalau banyak duit. Kalau orang kita takde duit, mereka tidak akan simpan atau melabur dalam mana-mana pelaburan mahupun ASB. Kalau bagi sejuta kat TokJayo, baik saya simpan kat AmLifestyle buat untung. Dapat lebih boleh derma kepada anak-anak yatim.

Saya tak pandang rendah dengan ASB cuma saya nampak AmLifestyle nih lagi banyak benefit dari ASB. Kalau tidak, saya tak akan promote produk Amlifestyle nih. Lebih baik saya melabur dengan ASB je. Benefit yang saya dapat lihat berbanding dengan ASB :-
- Tax free (untuk dividen yang anda dapat).
- Dilindungi insurans (bernilai RM100,000).
- Insuran yang berlainan untuk kematian/lumpuh dengan penyakit kritikal.
- Tidak dirujuk ke Amanah Raya sekiranya berlaku kematian.
- Tidak dikenakan Faraid.
- Dividen yang tinggi.
- Pelaburan sentiasa dipantau oleh setiap ejen secara individu kepada pelanggan.

Tidak dinafikan memang bagus ASB tidak dibuka kepada bangsa lain. Tapi bangsa lain mencari alternatif lain untuk mendapat keuntungan. Kalau kita dapat mengatasi mereka dengan melabur dan menyimpan di pasaran yang mereka laburkan, kita akan lebih berjaya dari mereka.
 
dana ni melabur kat mana? KLCI? NYSE? Nasdaq? Saham apa? ada future comodity market utk precious metal?

bond mana yg dilaburkan?


Salam encik Yazed,

kami melabur dengan semua syarikat yang berada di papan KLCI, tapi encik mesti faham dengan setiap dana yang dipilih.
*Dana Bond - portfolio yang berpendapatan tetap
*Dana Ekuiti - portfolio berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan yang banyak.
*Dana Teguh - portfolio yang diluluskan syariah, terdiri daripda portfolio yang berpendapatan tetap dan ekuiti.

Semua pelaburan sama, cuma terpulang kepada pilihan encik Yazed. Kami sebagai ejen akan memberi cadangan kewangan yang bersesuaian dengan cara kehidupan encik dan kami akan memantau setiap dana yang encik pilih.

Precious metal sememangnya mempunyai future commodity market. Precious metal merupakan long-term investment tetapi memberi pulangan yang amat tinggi.

:)cgrock:)cgrock
 
Salam TokJaya,

Kita semua minat untuk menyimpan, kita semua minat melabur kalau banyak duit. Kalau orang kita takde duit, mereka tidak akan simpan atau melabur dalam mana-mana pelaburan mahupun ASB. Kalau bagi sejuta kat TokJayo, baik saya simpan kat AmLifestyle buat untung. Dapat lebih boleh derma kepada anak-anak yatim.

Saya tak pandang rendah dengan ASB cuma saya nampak AmLifestyle nih lagi banyak benefit dari ASB. Kalau tidak, saya tak akan promote produk Amlifestyle nih. Lebih baik saya melabur dengan ASB je. Benefit yang saya dapat lihat berbanding dengan ASB :-
- Tax free (untuk dividen yang anda dapat).
- Dilindungi insurans (bernilai RM100,000).
- Insuran yang berlainan untuk kematian/lumpuh dengan penyakit kritikal.
- Tidak dirujuk ke Amanah Raya sekiranya berlaku kematian.
- Tidak dikenakan Faraid.
- Dividen yang tinggi.
- Pelaburan sentiasa dipantau oleh setiap ejen secara individu kepada pelanggan.

Tidak dinafikan memang bagus ASB tidak dibuka kepada bangsa lain. Tapi bangsa lain mencari alternatif lain untuk mendapat keuntungan. Kalau kita dapat mengatasi mereka dengan melabur dan menyimpan di pasaran yang mereka laburkan, kita akan lebih berjaya dari mereka.

saya rasa tuan tak bole compare ASB dengan amlifestyle ni..macam compare ayam dan itik

amlifestyle ialah produk insurans + pelaburan yg bagus utk mereka yg ingin melabur dan dalam masa yg sama ada perlindungan insurans sekali..dan semestinya ada premium yg perlu dibayar utk dapatkan perlindungan


mmg tak dinafikan amlifestyle memberikan lebih nilai untuk wang anda...:)
 
betul kata encik abu nawas. saya bukan nak compare macam tu sekali.
Kita tahu, ASB melabur dalam bond. AmLifestyle juga mempunyai persamaan dari segi tersebut cuma + insurans. Saya tak berniat nak condemn ASB. ASB pun ada baiknya. Semua pelaburan ada baiknya cuma bergantung kepada risiko yang perlabur sanggup hadapi.

:)cgrock:)cgrock
 
assalamualaikum..nak tanyer..nie drpd mana?
D10 ker..B26 ker..mane ker?sbb banyak group...
 
Back
Top
Log in Register