Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Amerika bergegar, meteor kuasa letupan 300 tan TNT meletup
GAMBAR (bulatan) menunjukkan sebutir meteor yang meletup dengan kekuatan 300 tan TNT di ruang udara Amerika Syarikat semalam. – NOAA
WASHINGTON – Sebutir meteor meletup di ruang udara timur laut Amerika Syarikat(AS) semalam, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan(NASA), mencetuskan dentuman yang bergema di seluruh wilayah dengan kuasa letupan menyamai 300 tan TNT.
Bebola api raksasa itu pecah di ruang udara timur laut Massachusetts dan tenggara New Hampshire pukul 2.06 petang, kata timbalan ketua berita agensi angkasa lepas AS, Jennifer Dooren, kepada AFP dalam satu kenyataan.
“Bebola api ini tidak dikaitkan dengan sebarang hujan meteor yang aktif pada masa ini, tetapi ia adalah objek semula jadi dan bukan kemasukan semula serpihan angkasa atau satelit.
“Tenaga yang dilepaskan semasa letupan berlaku bersamaan kira-kira 300 tan bahan letupan TNT,” kata Dooren.
Menurutnya, meteor itu bergerak pada kelajuan 120,000 kilometer sejam dan pecah pada ketinggian 64 kilometer.
Penduduk kawasan itu terkejut mendengar dentuman sangat kuat sehinggakan rumah-rumah bergegar. – AFP
Amerika bergegar, meteor kuasa letupan 300 tan TNT meletup
Sebutir meteor meletup di ruang udara timur laut Amerika Syarikat(AS) semalam, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan(NASA)
www.kosmo.com.my