BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMARAN KERAS : Managed Forex Account

pernah gak dulu bg org managed...dapat popit 30%, tukar passwd trus draw. 6 bln selepas tu member dtg mengadu acc dia MC...

invest di forex tu memang high risk jer, jadi hal spt itu wajar. tidak mudah mencari trader yang bisa konsisten profit
 
Saya newbie disini...dah lama dah nak join forum cari gold nie..teringin menimba ilmu
 
Pada saya Manage account ini takda masalah jikalau kedua-dua belah pihak ( account owner & trader ) faham akan risiko business in forex trading ini. Account owner tak boleh expect return yang melampau2 dan trader tak bolehlah menjanjikan pulangan yang melampau2. Saya ada sahabat non-malay yang buat manage account ini dan return to account owner just 3% per month ( lebih baik dari simpan fix deposit ataupun ASB kan? ) dan dah manage almost millions of fund.

Jadi kefahaman dalam risk management adalah penting untuk kedua belah pihak kalau nak buat manage account ni.

Sekian
 
yang mana manage akaun orng lain di broker uwcfx, sila buat perjanjian antara trader dan investor. uwcfx memang tak bertanggung jawab atas hal manage akaun ni. kepada yang nak manage akaun, sila terangkan risiko kepada pelanggan anda. jangan hanya cerita keuntungan sahaja.
 
manage akaun/duit ni, kalau nak buat, kena paham betul2 antara trader dan investor. Broker mmg tak bertanggung jawab dalam hal ni. ni antara trader dan investor sahaja. kalau trader tak cite betul2 pasal risiko2, step2 kepada investor, akan mengundang masalah yang besar kepada trader, investor, juga wakil kepada broker.

aku ada kes yang nak dikongsi pasal benda ni, terkena sendiri kat aku.

watak:

A = Trader
B = Investor
C = anak investor


A ni client kepada uwc. A dan C aku dapat tau berkawan baik. C pegi kenen mak dia, B, untuk invest dalam forex, yang mana A adalah trader kepada duit tu. Jadi, aku tak tau lah berapa % A bg kat B, dan apa return lain yang dijanjikan, dan aku dpt tau juga C ni pun dapat bahagian juga dari A, hasil trade duit mak dia B tu.

Tahun lepas, A call aku dan mengatakan duit RM dah masuk ke bank aku untuk ditukarkan kepada USD. Aku masih ingat yang ni. A tak bgtau aku pun tu duit sape. Aku buat melalui UWCFS. Rm200k totalnya. Jadi, duit RM tu tukarkan ke USD melalui UWCFS. Dan aku wirekan kembali RM tu untuk ganti balik UWCFS aku tu as a stok. masa ni aku tak kenal pun B dan C. diorng duk plan2 ni pun aku tak tahu.

Setelah setahun, C call aku untuk keluarkan kesemua duit mak dia (B). Aku tanya la, apa nombor akaun trading atau emel yang guna untuk daftar uwc. Dia kata takde. Aku pelik la. Aku suruh di cerita. Bila cerita, rupanya duit tu A yang trade di akaun A sendiri. Aku cari transaksi pindahan, dan history akaun trading A. Transaksi pindahan mmg ada. history akaun trading, akaun dia dah margin call. tak ada duit pun dalam tu dah. aku bantu la seberapa boleh si C ni dengan print transaksi bagai. mmg aku akan bantu si B dan C ni. C ni duk merayu jugak la suruh bantu dia.

Then seminggu dua lepas tu, C datang lagi cari aku, then bg surat kat aku menuntut duit mak dia B, dari aku RM200k. Gila apa? Duit suruh orang lain trade, bila loss, datang tuntut dari aku? nampak mcm C ni tak paham2 pun yang aku ni cuma bantu utk tukarkan RM ke USD. Padahal aku dah bantu dia/tunjuk statement siap sebelum tu. Fuhhh mmg menyirap aku dengan C ni. omor 23 rasanya budak ni.

Aritu ada lawyer call aku pasal ni. Lawyer budak C ni la kot. Tengok lah apa yang akan terjadi nnti. tak pasal2 aku dilibatkan sekali. yang mana pernah deal dengan aku, aku rasa tahu lah aku mcam mana kot.

yang mana di luar sana terasa nak trade duit orng, pikir 100 kali. Yang mana di luar sana nak bg duit untuk orng lain trade, pikir 200 kali.

itu lah cerita bahana manage akaun.
 
salam. saya telah diapproach oleh kwn saya supaya melabur dlm ODFX.com. Pembahagian keuntungan 60% pelabur, 40% trader. minimum modal adalah USD1000. Keuntungan yg dijanjikan adalah 2%-10% sebulan. saya dh semak dgn scamadvisor.com, odfx.com berada dlm negara yg berisiko. nk mintak otai2 sini pm saya sebarang nasihat ttg perkara ini. TQ
 
salam. saya telah diapproach oleh kwn saya supaya melabur dlm ODFX.com. Pembahagian keuntungan 60% pelabur, 40% trader. minimum modal adalah USD1000. Keuntungan yg dijanjikan adalah 2%-10% sebulan. saya dh semak dgn scamadvisor.com, odfx.com berada dlm negara yg berisiko. nk mintak otai2 sini pm saya sebarang nasihat ttg perkara ini. TQ

tak yah la tuan .. baik tuan belajar sendiri .. practice sampai mahir ....pas tu baru trade sendiri. kalo untung ke rugi ke .. tuan puas hati sebab tau sebab apa tuan masuk post tu. :D
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15111
USD / JPY
160.274
GBP / USD
1.33250
USD / CHF
0.79658
USD / CAD
1.39429
EUR / JPY
184.492
AUD / USD
0.70289
Back
Top
Log in Register