manage akaun/duit ni, kalau nak buat, kena paham betul2 antara trader dan investor. Broker mmg tak bertanggung jawab dalam hal ni. ni antara trader dan investor sahaja. kalau trader tak cite betul2 pasal risiko2, step2 kepada investor, akan mengundang masalah yang besar kepada trader, investor, juga wakil kepada broker.
aku ada kes yang nak dikongsi pasal benda ni, terkena sendiri kat aku.
watak:
A = Trader
B = Investor
C = anak investor
A ni client kepada uwc. A dan C aku dapat tau berkawan baik. C pegi kenen mak dia, B, untuk invest dalam forex, yang mana A adalah trader kepada duit tu. Jadi, aku tak tau lah berapa % A bg kat B, dan apa return lain yang dijanjikan, dan aku dpt tau juga C ni pun dapat bahagian juga dari A, hasil trade duit mak dia B tu.
Tahun lepas, A call aku dan mengatakan duit RM dah masuk ke bank aku untuk ditukarkan kepada USD. Aku masih ingat yang ni. A tak bgtau aku pun tu duit sape. Aku buat melalui UWCFS. Rm200k totalnya. Jadi, duit RM tu tukarkan ke USD melalui UWCFS. Dan aku wirekan kembali RM tu untuk ganti balik UWCFS aku tu as a stok. masa ni aku tak kenal pun B dan C. diorng duk plan2 ni pun aku tak tahu.
Setelah setahun, C call aku untuk keluarkan kesemua duit mak dia (B). Aku tanya la, apa nombor akaun trading atau emel yang guna untuk daftar uwc. Dia kata takde. Aku pelik la. Aku suruh di cerita. Bila cerita, rupanya duit tu A yang trade di akaun A sendiri. Aku cari transaksi pindahan, dan history akaun trading A. Transaksi pindahan mmg ada. history akaun trading, akaun dia dah margin call. tak ada duit pun dalam tu dah. aku bantu la seberapa boleh si C ni dengan print transaksi bagai. mmg aku akan bantu si B dan C ni. C ni duk merayu jugak la suruh bantu dia.
Then seminggu dua lepas tu, C datang lagi cari aku, then bg surat kat aku menuntut duit mak dia B, dari aku RM200k. Gila apa? Duit suruh orang lain trade, bila loss, datang tuntut dari aku? nampak mcm C ni tak paham2 pun yang aku ni cuma bantu utk tukarkan RM ke USD. Padahal aku dah bantu dia/tunjuk statement siap sebelum tu. Fuhhh mmg menyirap aku dengan C ni. omor 23 rasanya budak ni.
Aritu ada lawyer call aku pasal ni. Lawyer budak C ni la kot. Tengok lah apa yang akan terjadi nnti. tak pasal2 aku dilibatkan sekali. yang mana pernah deal dengan aku, aku rasa tahu lah aku mcam mana kot.
yang mana di luar sana terasa nak trade duit orng, pikir 100 kali. Yang mana di luar sana nak bg duit untuk orng lain trade, pikir 200 kali.
itu lah cerita bahana manage akaun.