BTC USD 86,477.3 Gold USD 4,342.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah saham bumiputera 2 (asb 2)

Caj Jualan: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.
Caj Jualan Balik: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan.
Pembayaran Jualan Balik: Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta.

ada caj plak...
 
Wakaka amanah saham china k??? Mmg kompem 1 hari tapau 10billion

tgk as1m asm asd qouta dorg hbs kjab je

pengetahuan mereka luas dalam bidang pelaburan disamping mereka mempunyai modal yang byk....yakni kaya raya..
 
1st year ni mungkin bg dividen besar dari asb nak pikat investor :)
 
Jom bukak akaun dapat 10 unit free....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua insentif kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) diurus oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan saiz 10 bilion unit.

Katanya, insentif itu untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam ASB2 dengan peruntukan RM10 juta diberikan kepada PNB.

“Pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit, tertakluk kepada unit-unit masih ada.

“Manakala, orang ramai hadir dan mendaftar sebagai pemegang unit ASB 2 hari ini (semalam) diberi baucar RM50 bagi tujuan pembelian unit-unit ASB 2,” katanya ketika Pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ASB2 disasarkan kepada Bumiputera terutamanya golongan muda antara 19 tahun hingga 34 tahun dengan dua akaun iaitu Akaun Bijak dan Akaun Dewasa kepada pelabur Bumiputera seawal umur enam bulan.
“Saya harap produk ini akan beri persediaan supaya jadi pelabur bijak,” katanya.

ASB2 adalah dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz dana 10 bilion unit ditawarkan kepada Bumiputera dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit.

Bagi memastikan lebih ramai Bumiputera menyertai nya, had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Bijak dan 200,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Dewasa yang boleh dilanggan bermula semalam.
 
halamak... asb x full lagi.. dh ada asb2.. huhu..
adoi.. moh kita cari duit weiii...
 
liquidity asb ni tinggi. xpyh risau xkan habis punya

hari ni masuk, minggu depan dah kua kan balik hehe ni la org kita
 
Jom bukak akaun dapat 10 unit free....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dua insentif kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) diurus oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan saiz 10 bilion unit.

Katanya, insentif itu untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam ASB2 dengan peruntukan RM10 juta diberikan kepada PNB.

“Pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit, tertakluk kepada unit-unit masih ada.

“Manakala, orang ramai hadir dan mendaftar sebagai pemegang unit ASB 2 hari ini (semalam) diberi baucar RM50 bagi tujuan pembelian unit-unit ASB 2,” katanya ketika Pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ASB2 disasarkan kepada Bumiputera terutamanya golongan muda antara 19 tahun hingga 34 tahun dengan dua akaun iaitu Akaun Bijak dan Akaun Dewasa kepada pelabur Bumiputera seawal umur enam bulan.
“Saya harap produk ini akan beri persediaan supaya jadi pelabur bijak,” katanya.

ASB2 adalah dana berharga tetap RM1 seunit dengan saiz dana 10 bilion unit ditawarkan kepada Bumiputera dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum adalah 10 unit.

Bagi memastikan lebih ramai Bumiputera menyertai nya, had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Bijak dan 200,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Dewasa yang boleh dilanggan bermula semalam.

Korang fikir tak kenapa ada promosi sebegini ala2 pelancaran UT baru private dan kenapa sasarannya GEN-Y?
 
Back
Top
Log in Register