Amanah saham bumiputera 2 (asb 2)

Recommended Brokers


2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,614
Reaction score
2,067
Points
191
KLIK SINI UNTUK BACA PROSPEKTUS ASB2



MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung: AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)
Jenis: Pendapatan
Kategori: Aset Campuran
Tarikh Pelancaran: 2 April 2014


Objektif: Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.

Pelabur Sasaran: Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:
- Memahami risiko dan pulangan pelaburan;
- Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadar pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Securities, MGS) 5-Tahun.


Kelayakan: Bumiputera Malaysia.
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
- Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).


Pengurus Pelaburan: Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit: RM 1.00
Bentuk Pelaburan
- Buku Pelaburan
- Sijil

Pelaburan Permulaan Minimum
- Buku Pelaburan – 10 unit
- Sijil – 1,000 unit

Pelaburan Tambahan Minimum
- Buku Pelaburan – 10 unit
- Sijil - Gandaan 1,000 unit

Pelaburan Maksimum
- Akaun Dewasa - 200,000 unit
- Akaun Bijak* - 50,000 unit



* Walau bagaimanapun, had pelaburan maksimum di dalam tempoh tawaran awal atau dalam mana-mana tempoh yang lain mungkin berubah dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurus. Pengurus juga berhak untuk membenarkan pelaburan maksimum melebihi had pelaburan maksimum yang ditetapkan, di mana unit ini diwarisi daripada pemegang unit yang telah meninggal dunia atau kerana pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Saiz Tabung: 10.0 bilion unit
Caj Jualan: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.
Caj Jualan Balik: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan.
Pembayaran Jualan Balik: Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta.
Tempoh Bertenang: Tiada
Tahun Kewangan Berakhir: 31 Mac

Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan

Berdasarkan Surat Ikatan tabung unit amanah ASB 2, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus ASB 2.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Sumber: http://www.asnb.com.my/asb2.htm

PERINGATAN: SEBELUM MEMBUAT PELABURAN SILA BACA MAKLUMAT BERIKUT
1. Electronic Product Higlights Sheet- Amanah Saham Bumiputera 2
2. Amanah Saham Bumiputera 2 Prospectus 2014 dated 2 April 2014 and expires on 1 April 2015.
3. Master Prospectus 2013 dated 30 June 2013 and expires on 29 June 2014
 
Last edited:
Sponsored Post

nazting

Active+ Member
Joined
May 8, 2013
Messages
2,571
Reaction score
40
Points
30
ini untuk yang dah sampai limit ASB kan?

tunggu dan lihat dulu prestasi sebab ASB belum full lg..
 

alphaOne

Super Active Member
Joined
Apr 19, 2012
Messages
7,690
Reaction score
2,055
Points
176
masuk mengadap..
 

xpmen

Active Member
Joined
Feb 14, 2006
Messages
1,372
Reaction score
2
Points
25
ada freegift ka bukak account hari ini?
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,348
Reaction score
65
Points
30
wow boleh buka nie esok
 

General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,673
Reaction score
250
Points
81
Dah bukak td =) opiser kt maybank lambat gile buat. Org 1st kt cawangan tu buat td huhu.. sejam setengah xsetel lg. Wakakaka..

lawa buku nye =) asb ekuiti tp asb 2 ni aset campuran.. balance fund ke???

Penanda aras dia mcm bon kerajaan nmpk nye..
 

cikpyan

Active Member
Joined
Sep 16, 2007
Messages
2,256
Reaction score
31
Points
35
Nie hanya untuk bumiputera sahaja ke mcm ASB ... atau sesapa jer bole buka buku ek?
 

alphaOne

Super Active Member
Joined
Apr 19, 2012
Messages
7,690
Reaction score
2,055
Points
176
Dah bukak td =) opiser kt maybank lambat gile buat. Org 1st kt cawangan tu buat td huhu.. sejam setengah xsetel lg. Wakakaka..

lawa buku nye =) asb ekuiti tp asb 2 ni aset campuran.. balance fund ke???

Penanda aras dia mcm bon kerajaan nmpk nye..
kat mutiara damansara nie bank dgn post opis tak kasi buka lagi, alasan belum launch, belum ada lagi dan tak bole login id.. hehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register