dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Jika anda adalah salah seorang pengikut akaun Instagram model Chrissy Teigen, pasti anda tahu dia adalah seorang penggemar makanan dan suka memasak.
Jadi persoalannya, bagaimanakah wanita yang pernah tampil sebagai wajah penghias kulit majalah Sports Illustrated ini masih mampu kekalkan tubuh badannya yang langsing dan seksi?
"Ramai yang tidak tahu, tetapi saya memang aktif bersenam. Saya bukan seperti sesetengah selebriti yang memuat naik gambar ke Instagram ketika bersenam atau membuat jus sihat.
"Oleh sebab itu, ramai beranggapan saya tidak ke gimnasium. Namun apabila saya memuat naik gambar sedang makan Taco Bell, ramai yang akan kata saya mempunyai hari yang baik dan sebagainya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan People.
Bercerita tentang rutin senamannya, model yang bakal menginjak usia 29 tahun pada 30 November akan datang memberitahu, dia melakukannya dengan memastikan dia berehat buat seketika antara tempoh senaman yang sukar itu.
"Adakalanya saya akan berehat selama dua bulan tanpa sebarang senaman. Namun apabila saya mula bersenam semula, saya akan bekerja keras," katanya.
Penggemar makanan ringan ini menambah, dia boleh makan apa sahaja yang diinginkannya asalkan ada kawalan dan tidak berlaku setiap masa.
"Keseimbangan adalah penting. Ya, kadangkala saya 'langgar' pantang larang tetapi jika saya selalu lakukannya, saya akan jadi seorang yang tidak gembira, rasa malas dan sebagainya."
Isteri kepada penyanyi John Legend ini juga bakal menghasilkan buku masakan tidak lama lagi.
http://www.cari.gold/2014/11/amalan-rutin-senaman-chrissy-teigen.html