BTC USD 64,396.7 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairul Aming Kongsi Rutin Makanan Sepanjang Bulan Ramadan, Titip Pesanan Kawal ‘Portion’ Untuk Dapat Berat Badan Ideal

nanad

Fun Poster
Messages
638
Joined
Jul 7, 2011
Messages
638
Reaction score
32
Points
20
KhairulAmingJagaMakan4.jpg


Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang akan terliur melihat video resipi masakan yang dikongsikan pempengaruh ini terutama sekali apabila tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun begitu, Khairul tetap menjaga pemakanan yang sihat demi mengekalkan bentuk badannya yang ideal.

Menerusi Instagram (IG), Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil berkongsi gaya pemakanan sihat yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Khairul, dia tetap menjaga pemakanannya di bulan Ramadan kerana mahu menurunkan lagi berat badannya pada masa akan datang walaupun sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram pada bulan lalu.

Ini apa yang saya akan makan semasa bulan ramadan. Bulan lepas turun 4 kilogram, bulan ni saya harap dapat turun lagi beberapa kilogram sebelum raya.
Semua benda saya makan yang penting kawal ‘portion’ dan rajin bersenam.
Untuk sahur, saya makan makanan yang tinggi protein seperti ayam bakar dengan menggunakan air fryer dan telur mata. Tapi sahur ini, saya biasa nak ada selera sedikit.
Jadi, saya perlu paksa telan (makan sahur). Selepas habis semua, saya minum dua gelas air kosong. Itu sahaja untuk sahur.
Khairul juga akan bersenam kira-kira empat jam sebelum berbuka puasa hampir setiap hari demi untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Petang itu, dalam pukul 3.30 petang saya akan pergi ke gim untuk melakukan latihan kekuatan (weight training).
Saya akan bersenam pada setiap hari kecuali hari hujung minggu untuk berehat. Kemudian, saya akan pergi berbuka puasa.

Pesan jaga ‘portion’ makan​


KhairulAmingJagaMakan3-630x388.jpg


Sungguhpun begitu, anak jati negeri Kelantan ini menjelaskan bahawa dia tetap akan ke bazar Ramadan bagi membeli makanan yang teringin untuk dimakannya namun masih menjamah mengikut kuantiti yang terkawal.

Tambah Khairul, setiap menu yang dikongsikan di media sosial akan ‘dihabiskan’ oleh rakan-rakan serumahnya.

Di akhir hantaran video tersebut, Khairul turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa mengawal pengambilan makanan serta rajin bersenam demi kesihatan diri.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register