BTC USD 81,435.5 Gold USD 4,121.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah dilayan macam keluarga

aku pun penah ada maid sementara yg bukan saja "mcm kelurga sendiri", malah lebih drpd keluarga sendiri. Bangun subuh buat breakfast, pastu tengok tv. Bila budak pegi sekolah, sapu2 umah ckit2, pastu smbg tengok tv sambil baring kat sofa. Tengahari, buat lunch, pastu smbg tengok tv sambil baring kat sofa, sampai ke maghrib. Masak dinner, lepas isyak terus tdo. Gosok seluar baju mcm x gosok. Habuk dan sampah sapu masuk bawah karpet. Dalam bilik isap rokok. Memang mcm keluarga sendiri.
 
jiran aku dulu pernah ada maid dari medan... pehh... putih gebu... cantik... keje 3 bulan je... lepas tu terus lantik jadi bini sepenuh masa... dah kawen dan ada anak pun... :))

memang stok rare laa... susah nak dapat... bertuah jiran aku tu... :D



:eek: terbaik komen nie..teros lantik jadi bini sepenuh masa..huhu..

ni yg boleh menjadi mimpi ngeri wanita2 mesia nie..
 
Woo syukur la kalu kita layan amah tu dia balas balik jasa..kalu yang jenis balas harta benda majikan then menghilangkan diri camno plak..huhuu..
camne yer nak cari ammah camni? aku dengar ramei yg lps 3 bulan je lari..macam ada sindiket je..dah la d/payment riban2..rasanya nak kena ada jugek sorg ammah in future..huhuu
 
MELAKA: “Jika dulu saya menangis setiap kali anak merengek mahu menonton televisyen kerana tidak mampu tetapi kini semua sudah dapat disediakan. Malah, anak sulung saya bakal menamatkan pengajian di sebuah universiti perguruan di Jogjakarta,” kata Warti Ningsih, 34, dari Indonesia yang datang ke negara ini sejak 2003 sebagai pembantu rumah.

Dia kini bekerja menjaga majikannya, warga emas Khadijah Abdul Samad, 86, di Umbai di sini.


Menurutnya, kehidupannya sekeluarga sebelum ini yang kais pagi makan pagi, berubah selepas dia bekerja di negara ini dengan pendapatan RM700 sebulan.

“Pada awalnya gementar untuk bekerja di negara lain namun layanan baik daripada majikan, luar jangkaan.


“Suami bekerja sebagai pemandu kenderaan awam dengan pendapatan kira-kira RM6.70 sehari, tidak cukup untuk kami.


“Syukur, sejak bekerja di sini semua berubah, daripada rumah kosong kini pelbagai peralatan tersedia malah dengan gaji sebagai pembantu rumah, anak sulung kami belajar hingga ke universiti,” katanya yang ditemui di rumah Khadijah.


Warti berkata, lebih menggembirakan apabila dia diterima dan dilayan sebagai sebahagian keluarga majikan.


Katanya, sepanjang tempoh bekerja dengan majikannya, dia tidak berasa terpinggir kerana sudah menjadi kebiasaan segala aktiviti dilakukan bersama termasuk bercuti, menyambut Aidilfitri dan beriadah.

“Nenek sekeluarga sangat baik, sepanjang bekerja sudah tiga kali saya dibenarkan pulang ke kampung dan biasanya diberi cuti sebulan hingga 40 hari sempena Aidiladha. Namun, seminggu di kampung saya sudah rindu dengan nenek.


“Nenek tidak kisah sekiranya saya minta gaji awal bagi membiaya yuran pengajian anak, malah semua kelengkapan saya mereka uruskan. Saya tidak pernah menyesal bekerja di sini dan kalau boleh mahu terus bekerja,” katanya yang merancang pulang ke kampungnya Julai ini bagi menghadiri konvokesyen anaknya.


Menurutnya, walaupun semua wang gajinya dihantar ke kampung bagi membiayai pengajian anak, dia diberikan kebenaran oleh Khadijah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah itu dengan menjual aiskrim, keropok lekor dan karipap sebagai pendapatan sampingan.


Sementara itu, Khadijah berkata, biarpun Warti hanya pembantu rumah, layanan dan kasih sayang yang diberi sama seperti anak yang lain.


Katanya, sejak bekerja, wanita berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu tidak pernah menimbulkan masalah sebaliknya amanah menjalankan tanggungjawab yang diberi.


“Dia adalah cucu dan kawan saya, di mana ada saya di situ ada dia. Dia yang akan pimpin saya ke surau dan klinik, kami juga akan menonton televisyen dan makan bersama.


“Apa yang dia makan itu jugalah makanan saya, Warti pandai melaksanakan tugasnya tanpa disuruh dan segala urusan di rumah ini diuruskannya kerana saya sudah uzur,” katanya.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HartaFiraundikuilpurbakenacuri/Article

kalo keje dengan majikan melayu mewah la ko TT,tapi yg mana dpt majikan caya tu nasib la jadi kuli batak.
tapi aku kesal dengan indon yg salahkan 200% pada melayu pasal kes penderaan amah.
 
aku pun penah ada maid sementara yg bukan saja "mcm kelurga sendiri", malah lebih drpd keluarga sendiri. Bangun subuh buat breakfast, pastu tengok tv. Bila budak pegi sekolah, sapu2 umah ckit2, pastu smbg tengok tv sambil baring kat sofa. Tengahari, buat lunch, pastu smbg tengok tv sambil baring kat sofa, sampai ke maghrib. Masak dinner, lepas isyak terus tdo. Gosok seluar baju mcm x gosok. Habuk dan sampah sapu masuk bawah karpet. Dalam bilik isap rokok. Memang mcm keluarga sendiri.

owhh tu maksotnye mcm kuarge sendiri hahahahaha,beruntung lah kerja dengan melayu hahahaha.
kalo mcm tu baik upah org tempatan jerk lagi rajin dan bagus.
 
Back
Top
Log in Register