BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghantaran Ubat Percuma Ringankan Beban Pesakit, Keluarga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,662
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,662
Reaction score
351
Points
141

Penghantaran Ubat Percuma Ringankan Beban Pesakit, Keluarga​

3625e9011fc284c9b73d0ca812d5f854671fbec079f2a


Inisiatif penghantaran ubat melalui pos secara percuma bermula 1 Okt bukan sahaja memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat, malah meringankan urusan ahli keluarga yang sebelum ini berulang-alik ke fasiliti kesihatan bagi tujuan itu.

Guru Shuhada Musiran, 39, berkata inisiatif itu dapat membantu ahli keluarga seperti anak yang menguruskan bekalan ubat ibu bapa, khususnya bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada orang tua.

“Anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa boleh menggunakan khidmat penghantaran ubat melalui pos bagi memudahkan urusan pengambilan ubat.

“Sekurang-kurangnya tanggungjawab anak lebih mudah untuk memastikan bekalan ubat ibu bapa sentiasa cukup,” katanya kepada Bernama.

Shuhada yang bertugas di Rembau, Negeri Sembilan berkata inisiatif itu juga menjimatkan masa dan tenaga pesakit warga emas kerana tidak lagi perlu beratur dan menunggu giliran di fasiliti kesihatan untuk mendapatkan bekalan ubat.

Sementara itu, kerani syarikat swasta Noorhafiza Ramli, 38, berkata perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos secara percuma dilaksanakan di Johor sejak beberapa tahun lepas dan ia memberi manfaat kepadanya yang menguruskan pengambilan ubat ibu bapanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata bagi anak yang menguruskan penghantaran ubat untuk ibu bapa melalui pos, penyediaan perkhidmatan secara percuma itu inisiatif yang amat dinanti-nantikan.

“Sebelum ini keluarga pesakit perlu membayar RM6 bagi setiap penghantaran ubat, namun inisiatif ini pastinya dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga pesakit,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu bermula 1 Okt.

 
Back
Top
Log in Register