BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas PM Israel dakwa anak tidak dilayan penjual aiskrim di Crotia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Bekas PM Israel dakwa anak tidak dilayan penjual aiskrim di Crotia​

3629872.webp

Naftali Bennett. FOTO: Roya News

ZAGREB - Bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mendakwa anak perempuannya tidak dilayan oleh seorang penjual asi krim di Crotia hanya kerana mereka berasal dari Israel

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika beliau menemani anak perempuannya membeli aiskrim ketika berada di negara itu sebelum penjual terbabit dipercayai bertanyakan sama ada mereka warga Israel.

Selepas anak perempuannya menjawab 'ya' beliau mendakwa, penjual itu mengambil semula aiskrim yang telah disediakan sambil berkata: "Tiada aiskrim untuk warga Israel."

Bennett turut mendakwa penjual berkenaan kemudian menghancurkan aiskrim tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah sebelum mengarahkan anak perempuannya meninggalkan premis itu.

Beliau menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap warga Israel ketika berada di luar negara.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian di Croatia atau sama ada penjual terbabit mahupun pihak berkuasa tempatan telah memberikan maklum balas berhubung dakwaan tersebut. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register