BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah dilayan macam keluarga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA: “Jika dulu saya menangis setiap kali anak merengek mahu menonton televisyen kerana tidak mampu tetapi kini semua sudah dapat disediakan. Malah, anak sulung saya bakal menamatkan pengajian di sebuah universiti perguruan di Jogjakarta,” kata Warti Ningsih, 34, dari Indonesia yang datang ke negara ini sejak 2003 sebagai pembantu rumah.

Dia kini bekerja menjaga majikannya, warga emas Khadijah Abdul Samad, 86, di Umbai di sini.


Menurutnya, kehidupannya sekeluarga sebelum ini yang kais pagi makan pagi, berubah selepas dia bekerja di negara ini dengan pendapatan RM700 sebulan.

“Pada awalnya gementar untuk bekerja di negara lain namun layanan baik daripada majikan, luar jangkaan.


“Suami bekerja sebagai pemandu kenderaan awam dengan pendapatan kira-kira RM6.70 sehari, tidak cukup untuk kami.


“Syukur, sejak bekerja di sini semua berubah, daripada rumah kosong kini pelbagai peralatan tersedia malah dengan gaji sebagai pembantu rumah, anak sulung kami belajar hingga ke universiti,” katanya yang ditemui di rumah Khadijah.


Warti berkata, lebih menggembirakan apabila dia diterima dan dilayan sebagai sebahagian keluarga majikan.


Katanya, sepanjang tempoh bekerja dengan majikannya, dia tidak berasa terpinggir kerana sudah menjadi kebiasaan segala aktiviti dilakukan bersama termasuk bercuti, menyambut Aidilfitri dan beriadah.

“Nenek sekeluarga sangat baik, sepanjang bekerja sudah tiga kali saya dibenarkan pulang ke kampung dan biasanya diberi cuti sebulan hingga 40 hari sempena Aidiladha. Namun, seminggu di kampung saya sudah rindu dengan nenek.


“Nenek tidak kisah sekiranya saya minta gaji awal bagi membiaya yuran pengajian anak, malah semua kelengkapan saya mereka uruskan. Saya tidak pernah menyesal bekerja di sini dan kalau boleh mahu terus bekerja,” katanya yang merancang pulang ke kampungnya Julai ini bagi menghadiri konvokesyen anaknya.


Menurutnya, walaupun semua wang gajinya dihantar ke kampung bagi membiayai pengajian anak, dia diberikan kebenaran oleh Khadijah untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah itu dengan menjual aiskrim, keropok lekor dan karipap sebagai pendapatan sampingan.


Sementara itu, Khadijah berkata, biarpun Warti hanya pembantu rumah, layanan dan kasih sayang yang diberi sama seperti anak yang lain.


Katanya, sejak bekerja, wanita berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu tidak pernah menimbulkan masalah sebaliknya amanah menjalankan tanggungjawab yang diberi.


“Dia adalah cucu dan kawan saya, di mana ada saya di situ ada dia. Dia yang akan pimpin saya ke surau dan klinik, kami juga akan menonton televisyen dan makan bersama.


“Apa yang dia makan itu jugalah makanan saya, Warti pandai melaksanakan tugasnya tanpa disuruh dan segala urusan di rumah ini diuruskannya kerana saya sudah uzur,” katanya.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HartaFiraundikuilpurbakenacuri/Article
 
baik sungguh makcik tu...
 
kawe pun layan amah kawe macam ahli keluarga..insyaAllah nak cuba adjust dia amik A level di Malaysia sambil jaga anak, kelas PJJ ari minggu gi belajar
 
alhamdulillah sama macam aku lebih2 lagi maid aku umurnya peringkat ibu, dilayan seperti keluarga sendiri dan anak aku panggil bibik sbg 'mak mak'....setiap bulan bagi bonus/derma/sedekah/zakat, gajinya biasa tak terusik, disimpan utk keluarnganya di indon...
 
bgusla berbuat baik sesama insan. ganjaran pahala yg sudah pasti.
 
mmg ada org kata maid dari jawa tengah ni mmg ok.. pembersih & vegetarian, rajin beribadat. kwn aku ckp, maid dari daerah jawa tengah ni, akhlaknya lebih bagus. skrg ni, dah lebih 7 tahun kerja dgn dia org.
 
maid yg muda2 ada tak hu3..

nak ke bro?
akak aku punye maid umor 21 tahun..
tapi dah lari dah.. ntah2 dah dapat ic sementara kot..
pasal passport sume akak aku pegang lagi..:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register