BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allianz Malaysia, RSMC Anjur Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita KesembilanÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Allianz Malaysia, RSMC Anjur Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita KesembilanÂ​

934dfcbf2babfbc63af612d629faf1556a5df2a701cb3

Kredit Foto: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia)

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) meneruskan kerjasama dengan Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur (RSMC) melalui penganjuran Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita Kesembilan.

Dalam kenyataan hari ini, Allianz Malaysia memaklumkan inisiatif yang diadakan di Dewan Wisma Huazong YTL, Seri Kembangan, Selangor itu memberi manfaat kepada 200 wanita dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan praktikal mengenai keselamatan, kemahiran kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta meningkatkan kesedaran terhadap risiko keselamatan diri.

Pada masa yang sama, inisiatif itu juga menggalakkan mereka untuk menjadi penyokong dan pemangkin keselamatan dalam keluarga serta komuniti masing-masing.

Program yang direka khas untuk wanita berusia 16 tahun ke atas itu menumpukan kepada peningkatan kesedaran mengenai jenayah jalanan dan risiko berkaitan jalan raya melalui gabungan ceramah pendidikan serta demonstrasi praktikal.

Menurut kenyataan itu, peserta memperoleh pendedahan dan pengetahuan berharga mengenai pelbagai topik seperti pecah masuk rumah, ragut beg tangan, penipuan di jalan raya, gangguan menghendap, samun kenderaan, respons kemalangan, teknik mempertahankan diri serta langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Program pada tahun ini juga memperkenalkan sesi khas kesedaran dan dialog sebagai pelengkap kepada elemen latihan praktikal yang sentiasa menjadi tunjang utama kempen berkenaan.

Format yang dipertingkatkan itu membolehkan peserta berkongsi pengalaman sebenar serta membincangkan kebimbangan berkaitan keselamatan secara langsung dengan pakar RSMC, sekali gus menawarkan panduan praktikal dan penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi menangani risiko keselamatan dalam kehidupan seharian.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata satu daripada hasil paling menggalakkan daripada program itu, iaitu para pemimpin komuniti tampil ke hadapan dan menyatakan minat untuk membawa inisiatif yang sama ke kawasan kejiranan masing-masing.

“Itulah sebenarnya impak yang kami harapkan. Kejayaan tidak diukur semata-mata berdasarkan jumlah peserta yang berjaya kami capai, tetapi juga sejauh mana ilmu dan kesedaran yang dikongsi dapat disebarkan melangkaui program itu sendiri,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register