combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,167
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,167
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Guardian Lancar Kempen, Tingkat Kesedaran Perimenopaus Dalam Kalangan Wanita Malaysia
Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei Priscilla Wu (enam, kiri) bersama rakan pembekal dan jenama serta pasukan pengurusan guardian.
Foto kredit: guardian Malaysia
Peruncit kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia melancarkan kempen advokasi Embracing Mildlife Wellness bagi membantu lebih ramai wanita mengenali tanda awal perimenopaus, iaitu satu fasa kehidupan yang sering disalah fahami meskipun boleh menjejaskan jutaan wanita di negara ini.
Menerusi kenyataan hari ini, Guardian Malaysia memaklumkan kira-kira 3.59 juta wanita Malaysia berusia antara 35 hingga 49 tahun, iaitu 22 peratus daripada jumlah populasi wanita negara dijangka mengalami perimenopaus dalam tempoh 10 tahun akan datang, sekali gus menjadikan isu berkenaan semakin penting dari sudut kesihatan awam.
Menurut Guardian Malaysia, sebahagian besar daripada golongan berkenaan berdepan cabaran kehidupan yang memberi kesan besar kepada kehidupan seharian mereka.
Bagi memahami isu tersebut, Guardian menjalankan sesi kajian kualitatif Listening Lab bersama wanita yang sedang melalui fasa perimenopaus and menopaus dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Kajian berkenaan mendedahkan terdapat salah tanggapan yang meluas terhadap tanda-tanda perimenopaus khususnya dalam kalangan wanita yang sedang melalui fasa tersebut. Masalah seperti hot flushes atau rasa panas tiba-tiba sering dianggap berpunca daripada cuaca manakala jerawat dikaitkan dengan tekanan, migrain dipandang ringan dan perubahan emosi pula disalah tafsir sebagai kelemahan peribadi.
“Sokongan daripada individu terdekat juga masih kurang memadai, seperti yang dikongsikan oleh seorang peserta ‘Saya rasa masyarakat sekitar… secara umumnya, orang lelaki kat Malaysia ni kurang peka terhadap macam mana perimenopaus mempengaruhi kehidupan kami,” menurut kenyataan itu.
Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei Priscilla Wu berkata kempen berkenaan diperkenalkan bagi menangani kekurangan kesedaran mengenai perimenopaus khususnya dalam kalangan wanita berusia akhir 30-an dan 40-an, yang ramai mengalami simptom tanpa menyedari punca sebenar di sebaliknya.
"Ramai wanita Malaysia yang berada dalam lingkungan akhir 30-an dan 40-an sedang berdepan pelbagai tanda yang seolah-olah tidak berpunca. Keadaan ini perlu berubah,” katanya.
Bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakan lebih banyak perbincangan mengenai perimenopaus, Guardian telah menganjurkan forum panel khas yang menampilkan Pakar Ginekologi, Menopaus dan Kesihatan Wanita di Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Premitha Damodaran, jurulatih kesejahteraan dan guru pilates Nadhrah Maidin serta pakar psikologi neuro-kaunseling dan pengasas 360 Wellness Hub Dr Lennie Soo.