BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Nampaknya isi kita sama cuma kefahaman sahaja berlainan. Pada pembacaan saya kamu juga bersetuju bahawa masa itu berjirim.

:-?:-?..aku rasa kamu maksudkan masa itu tidak berjisim sebenarnya..kerana jika masa itu berjisim..maka ianya tertakrif terhadap halaju cahaya..secara harfiahnya..masa itu boleh berundur dan boleh pula dianjak ke depan..:)):))..sedangkan dari segi hukumnya berdasarkan teori planck dan pengiraan schrodienger..masa hanya bergerak sehala..yang direlatifkan pada tempat/kedudukan masa itu dikira (boleh rujuk pada postulat ke-2 dan postulat ke-3 teori kerelatifan einstein mengenai kedudukan kerangka rujukan)
 
Last edited:
Salam kepada pencinta ilmu..

setalah aku baca.. aku berfikir..dah lama sebelum ni aku dah fikir sebenarnya.

Kita mempunyai akal, akal ni anugerah Allah, ia juga makhluk Allah sbb ciptaan Allah. kita hanya berfikir dengan menggunakan akal shj sbb itu fikiran kita terbatas. Sbb akal kita ada batasan. Apakah batasan akal? akal berasaskan logik. Seperti microprosecssor ia hanya menjalankan proses2 logik. yang tak logik dia tak boleh proses. Dalam erti akal dalam masalah tak logik dia akan buntu.. tiada penyelesaian. Keluarlah kenyataan tidak logik.
Manusia juga ada naluri yang mempercayai bahawa ada yang berkuasa, sbb itu manusia mempercayai tuhan(termasuk orang kafir). bila naluri bertembung akal ia akan mewujudkan perasaan curiga yang tak berkesudahan(seperti orang2 kafir). bila naluri menyatakan adanya tuhan dia memperacayainya tetapi bila rujuk kepada akal, akl akan menolak. biasanya naluriny kuat dia tetap mempercayai tuhan tapi dala keadaan ragu2.
Orang islam pula ada satu lagi iaitu Iman. ia membatalkan akal yang logik.
Jika orang kapir kata tak wujud Allah? cabar dia, siapakah menjadikan pokok?(sbg contoh). Kalau hebat sangat teknologi yg sangat canggih zaman moden ini, buatlah sepohon pokok, dari zat2 yang ada dalam tanah. atau pun buat lah sebiji buah dari tanah atau dari sebidang tanah dan baja dan biji benih. Sbb tanam biji benih terung kat sebidang tanah maka tumbuh pokok terung, lalu berbuah la terung, atau ditanah yang sama tanah biji durian tumbuh pokok durian. dari tanah yg sama dgn bji berlainan boleh buat bermacam buah. So buat lah sendiri, ambil biji ambil tanah secukupnya, gaul atau masuk dalam kilang buat sebiji buah atau sebagai mana cara pun.. hilang akal? tapi logiknya dari tanah itu dan biji benih tulah jadi buah. Cubalah buat sendiri... Itu pun tak mampukan.. ok berbalik kpd topik.

Dgn menggunakan akal. Cuba fikir, kita hidup dialam ini dalam lingkungan tujuh lapisan langit, begitu juga malaikat2 dan makhluk2 yang lain.kita dapat lihat dalam 'national georaphic' atau lain2 sumber,gambar2 dari telescope., alam ini adanya galaksi2, dalam galaksi ada jutaan bintang, ada ribuan galaksi dan sebagai.tersangat2 besar. AllahuAkbar!!. Tak habis nak pikir dalam lingkungan tujuh petala langit datang lagi kemusykilan. apa yang ada diluar tujuh petala langit?

Apa yang ada diluar tujuh petala langit??? tiada apa? apa yang tiada? tiada alam? tiada masa? tiada tempat? tiada ruang? ada arasy. beriman Allah bersemayam diatas arasy. bagaimana? bentuk? rupa? adakah lagi tempat/ruang diluar tujuh petala langit? adakah lagi masa diluar tujuh petala langit? dimana syurga dimana neraka? beriman ada tapi tidak boleh berfikir dgn akal akan ke'ada'annya. Iman mengatasi akal. akal sangat tebatas.

jika ada silap harap maaf..
 
:-?:-?..aku rasa kamu maksudkan masa itu tidak berjisim sebenarnya..kerana jika masa itu berjisim..maka ianya tertakrif terhadap halaju cahaya..secara harfiahnya..masa itu boleh berundur dan boleh pula dianjak ke depan..:)):))..sedangkan dari segi hukumnya berdasarkan teori planck dan pengiraan schrodienger..masa hanya bergerak sehala..yang direlatifkan pada tempat/kedudukan masa itu dikira (boleh rujuk pada postulat ke-2 dan postulat ke-3 teori kerelatifan einstein mengenai kedudukan kerangka rujukan)

Ia nampak agak pening bukan? Namun yang pasti masa itu adalah berjirim dan saya masih lagi mengkaji konsep jisim masa. Memang secara theoriticalnya masa itu tidak boleh diundur dan dianjak ke depan. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan masa itu boleh dianjak ke depan. Sebagai contoh peristiwa isra' dan mikraj yang mana Rasulullah SAW telah diperlihatkan keadaan ahli neraka yang mana mengikut kefahaman kita kiamat belum lagi berlaku dan lagi adalah mustahil proses hisab untuk menentukan ahli syurga dan neraka sudah berlangsung kerana masih ada lagi manusia yang hidup. Begitu juga mimpi yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Saya masih lagi mengkaji dalil-dalilnya menerusi nas Al-Quran dan kajian saintifik.

Dan lagi teori kerelatifan einstein turut mempunyai kecacatan yang sangat jelas iaitu ia mengambil halaju cahaya sebagai halaju terpantas sebagai fakta. Penciptaan GPS device menafikan fakta ini.Ini kerana penciptaan GPS menunjukkan bahawa graviti bergerak lebih laju dari cahaya.
 
bro, lebih baik gunakan istilah yg difahami secara umum. untuk mengatakan masa berjisim dan mempunyai jirim... bro kena membuktikan apa komponen asas yg membentuk masa. komponen atau bahan asas yg membentuk malaikat, jin dan manusia telah jelas dinyatakan iaitu malaikat daripada cahaya, jin daripada api dan manusia daripada tanah. itu yg difahami secara umum.

jika difahami secara sains... cahaya jika menurut teori kuantum komponen asas cahaya adalah foton, unsur2 yg membentuk jasad manusia adalah seperti hidrogen, oksigen, nitrogen dan sebagainya.. demikian juga dengan api. itu hanya istilah utk kefahaman sains bagi membolehkan kajian tersebut diteruskan oleh generasi akan datang. secara tidak langsung memberitahu itulah komponen asasnya.

masa pula merupakan sesuatu yg abstrak... manusia menggunakan unit2 tertentu untuk menunjukkan berapa lamanya sesuatu peristiwa. keberadaan masa tu dinilai dari gerakan2 dalam ruang 3 dimensi yg kita diami ini.

Allah hanya berjanji demi masa... tidak pula pernah dinyatakan apa komponen asas yg membentuk masa. Sedang masa itu sendiri adalah ketetapan dari Allah untuk dilalui oleh manusia.

Segala sesuatu telahpun terjadi... hidup ini hanyalah mimpi semata2. Jika kita tidak dilahirkan kedunia ni sekalipun... kedudukan syurga dan neraka kita telahpun diliputi di dalam ilmu Allah. Mungkin salah satu hikmah kenapa kita perlu menjalani kehidupan dunia ialah supaya suatu hari kita tidak bertanya kenapa aku ditempatkan di neraka... dan tidak pula merasa hairan. kerana kitalah yg telah memilih baik dan buruk menurut jalan sunatullah yg telah ditetapkan... iaitu sebab dan musabab.

wallahu a'lam
 
Bro oraaitt. masa adalah berjirim adalah sesuatu yang agak sukar difahami, mungkin kah bro dengan selambe telah melangkau ilmu sains dan teknologi. Makhluk Allah yang dicipta tidak berjisim adalah seperi Akal, nafsu, juga masa. Makhluk Allah yang dicipta berjisim adalam seperti pokok, manusia, bumi. Ini adalah yang senang difahami dengan takrifan jisim dan jirim oleh sains itu sendiri.

Berkenaan dengan daya graviti lebih laju dari cahaya, bro jgn main2, kalau tidak sudah tentu bro akan jadi saintis abad millenium......
 
Kalaulah benda ini boleh diterangkan dengan bahasa yang mudah..:-?

Baiklah saya bagi gambaran paling mudah menundukkan masa itu berjisim dan berjirim. Apabila seseorang membuat rakaman video, selain merakam pergerakan dan bunyi apakah benda lain yang dirakam sekali? Tanpa dia sedari sebenarnya dia merakam masa. Dan setelah rakaman itu selesai video itu boleh di undur dan di anjak ke depan betul? Tanpa disedari masa yang dirakan turut berganjak ke depan dan ke belakang.
 
Saudara adib, sebelum kamu mengatakan bahawa akal dan nafsu itu tidak berjirim dan berjisim sudahkah kamu kembali kepada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah untuk membenarkan fakta kamu ni?

Setahu saya setelah Allah menjadikan akal, terdapat sesi soal jawab antara Allah dan akal. Kemudian Allah memerintahan akal maju ke depan dan mundur ke belakang untuk membuktikan ketaatan akal.

Manakala setelah dicipta nafsu, Allah bertanya soalan yang sama kepada nafsu namun nafsu engkar ketuhanan Allah. Oleh itu nafsu di masukkan ke dalam neraka dan dipukul dan dibakar kemudian dibiarkan berlapar selama 100 tahun. Setelah itu barulah nafsu mengaku ketuhanan Allah.

Setelah itu barulah nafsu itu dimasukkan ke dalam diri Nabi Adam a.s. Nah, kalau megikut kisah di atas bukankah ia menunjukkan akal dan nafsu juga berjirim dan berjisim kerana ia boleh ditangkap, dipukul juga boleh bergerak e depan dan ke belakang. Begitu juga roh itu berjirim dan berjisim.

Namun dapatkah kamu huraikan komponen asas yang membentuk akal, nafsu dan roh?

Tentang daya graviti lebih laju dari cahaya memang telah lama dibincangkan oleh para saintis dan menjadi perdebatan hebat antara Einsteinians dan pengkritiknya.

Sila baca buku Science at the Crossroads hasil karya Professor Dingle dari University of London yang diterbitkan pada 1972. Juga sila baca artikel yang ditulis oleh Tom Van Flandern dalam Meta Reseacrh Bulletin. Van Flandern merupakan special consultant bagi projek penciptaan GPS.
 
Ia nampak agak pening bukan? Namun yang pasti masa itu adalah berjirim dan saya masih lagi mengkaji konsep jisim masa. Memang secara theoriticalnya masa itu tidak boleh diundur dan dianjak ke depan. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan masa itu boleh dianjak ke depan. Sebagai contoh peristiwa isra' dan mikraj yang mana Rasulullah SAW telah diperlihatkan keadaan ahli neraka yang mana mengikut kefahaman kita kiamat belum lagi berlaku dan lagi adalah mustahil proses hisab untuk menentukan ahli syurga dan neraka sudah berlangsung kerana masih ada lagi manusia yang hidup. Begitu juga mimpi yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Saya masih lagi mengkaji dalil-dalilnya menerusi nas Al-Quran dan kajian saintifik.

Dan lagi teori kerelatifan einstein turut mempunyai kecacatan yang sangat jelas iaitu ia mengambil halaju cahaya sebagai halaju terpantas sebagai fakta. Penciptaan GPS device menafikan fakta ini.Ini kerana penciptaan GPS menunjukkan bahawa graviti bergerak lebih laju dari cahaya.

Memang secara theoriticalnya masa itu tidak boleh diundur dan dianjak ke depan

aku tak pernah kata masa tidak boleh diundur dan dianjak ke depan :-?..aku mengatakan masa itu bergerak sehala..sama ada terus ke belakang..atau terus ke depan..

Sebagai contoh peristiwa isra' dan mikraj yang mana Rasulullah SAW telah diperlihatkan keadaan ahli neraka yang mana mengikut kefahaman kita kiamat belum lagi berlaku dan lagi adalah mustahil proses hisab untuk menentukan ahli syurga dan neraka sudah berlangsung kerana masih ada lagi manusia yang hidup.

apa yang nabi lihat membuktikan masa itu geraknya hanya ke depan..tidak pula ke belakang..atau boleh freeze..masa itu hanya boleh bergerak sehala sahaja..

teori kerelatifan einstein turut mempunyai kecacatan yang sangat jelas iaitu ia mengambil halaju cahaya sebagai halaju terpantas....Penciptaan GPS device menafikan fakta ini.Ini kerana penciptaan GPS menunjukkan bahawa graviti bergerak lebih laju dari cahaya.

pernyataan ini menunjukkan bahawa sedara tidak memahami sebenarnya teori kerelatifan yang sebenarnya..jika graviti itu bergerak laju dari cahaya..semua penerjun bebas dari kapal terbang tidak sempat membuka parachute masing :))..

Spacetime_curvature.png

dan jangan lupa..prinsip pembuatan GPS juga berdasarkan prinsip pencahayaan..
 
Last edited:
Kalaulah benda ini boleh diterangkan dengan bahasa yang mudah..:-?

Baiklah saya bagi gambaran paling mudah menundukkan masa itu berjisim dan berjirim. Apabila seseorang membuat rakaman video, selain merakam pergerakan dan bunyi apakah benda lain yang dirakam sekali? Tanpa dia sedari sebenarnya dia merakam masa. Dan setelah rakaman itu selesai video itu boleh di undur dan di anjak ke depan betul? Tanpa disedari masa yang dirakan turut berganjak ke depan dan ke belakang.

:)):))..itu hanyalah aplikasi..sama seperti ko masukkan gear depan untuk ke depan..gear reverse untuk undur..masa hanya bergerak sehala sahaja..kalu tidak kenapa dalam al-quran mengatakan
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (al-asr ayat 1-2)
..dan masa itu tidak berjisim..:))
 
dasyhat korang....knowledge aku tak smpai setahap korang ni...
 
Back
Top
Log in Register