Allah Di Mana ?

CG Sponsors




02047haf

Active+ Member
Joined
May 22, 2015
Messages
2,855
Reaction score
155
Points
48
Memahami Allah wujbertempat



Memahami Allah wujud tidak bertempat
DALAM ruangan ini, suka saya ingin menjelaskan berkenaan pemahaman Allah wujud tidak bertempat berdasarkan kepada dalil-dalil supaya masyarakat kita hari ini tidak mudah terkeliru dengan sesuatu ucapan yang meletakkan sifat yang tidak layak buat Allah SWT. Ini termasuk dakwaan segelintir pihak bahawa Allah SWT 'istiwa' di Arasy dengan mentakwilkan bahawa 'Allah bersemayam di Arasy.'

Untuk memahami juzuk ilmu ini, kita perlu fahami terlebih dahulu tentang pembahagian jisim. Secara khususnya, jisim terbahagi kepada dua iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif.

Tentunya ada masyarakat kita yang tertanya-tanya tentang dua istilah berkenaan. Jisim Al-Kasif ialah apa yang dapat dipegang dengan tangan dan memenuhi ruang atau tempat.

Contoh paling mudah untuk jisim yang memenuhi istilah ini adalah manusia, batu, kayu dan sebarang objek yang memenuhi prinsip apabila dipegang oleh tangan, ia memenuhi ruang dan tempat.

Merujuk kepada Jisim Al-Lathif pula ia adalah apa yang tidak boleh dipegang dengan tangan dan juga memenuhi ruang serta tempat. Contoh kepada jisim ini adalah udara, cahaya, malaikat dan sebarang ciptaan yang tidak mampu untuk dipegang oleh tangan fizikal manusia.

Jelas, kedua-dua jisim ini mempunyai sifat yang sama iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif memerlukan tempat iaitu sesuatu untuk memenuhi ruang. Buktinya, manusia sebagai Jisim Al-Kasif dan udara mewakili Jisim Al-Lathif menempati sesuatu ruang. Manusia berpindah daripada suatu tempat ke suatu tempat iaitu daripada rahim ibu ke alam dunia dan bakal berpindah ke alam kubur. Udara yang memenuhi ruang belon itu akan mengakibatkan belon pecah jika semakin kuat tekanannya dan udara berbindah keluar daripada belon berkenaan.

Bagaimana pula maksud di sebalik al-Makaan atau tempat atau ruang yang diisi oleh suatu jisim. Semua jisim sama ada al-Kasif dan al-Lathif memerlukan kepada tempat dan kedua-duanya berhajat kepada prinsip berkenaan. Sama seperti manusia dan udara berhajat kepada tempat.

Natijah pertama daripada perbahasan ini adalah semua jisim berhajat kepada suatu tempat dan timbul pula persoalan apakah Allah SWT itu suatu jisim?

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal: "Sesiapa berkata Allah itu jisim, tetapi tidak seperti jisim-jisim lain maka ia telah kafir." (Dinaqalkan oleh Imam Badruddin Al-Zarkasyi)

Mengapa kufur jika berkata demikian? Ini kerana jisim itu sendiri menunjukkan ia adalah makhluk sama ada Jisim Al-Kasif atau Jisim Al-Lathif, kedua-dua adalah menepati sifat makhluk sedangkan Allah SWT berfirman: "Tiada sesuatu pun sama seperti-Nya (Allah)." (Surah Asy-Syura, ayat 11).

Hikmah kepada perbahasan ini menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat dan ia selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperakui oleh imam-imam serta ulama-ulama muktabar sepanjang zaman.

Untuk memahami Allah SWT tidak terikat kepada masa dan perubahan, pembaca harus melihat kepada ringkasan penulis berikut untuk memberi gambaran yang lebih jelas.

1) Kita sudah memahami Allah tidak bertempat. Hanya makhluk dan segala jisim sahaja bertempat.

2) Seterusnya kita akan bincangkan mengenai penafian keterikatan masa dan perubahan ke atas Allah. Untuk mudah faham maka kita baca dalam bentuk soal jawab.

3) Adakah setiap yang bertempat pasti dilalui masa?

Ya benar.

4) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) terikat dengan masa?

Bukti: Manusia senantiasa berpindah tempat daripada alam rahim ke alam dunia.

Setiap tempat ada masanya tersendiri:

Alam rahim: 9 bulan 10 hari

Alam dunia: 1 hari bersamaan 365 hari

Kesimpulannya, walau di mana pun manusia atau Jisim Al-Kasif itu pasti terikat dengan masa.

5) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) terikat dengan masa?

Bukti: Udara mengambil masa tertentu untuk mengisi sesuatu belon. Juga memerlukan masa tertentu untuk keluar daripada belon.

Masa yang diambil oleh udara tersebut membuktikan udara terikat dengan masa.

6) Apakah persamaan keduanya?

Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif bertempat, terikat dengan masa dan mengalami perubahan.

7) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) mengalami perubahan?

Manusia terjadi daripada persenyawaan, berubah kepada zigot, embrio, fetus dan seterusnya sehingga cukup 9 bulan 10 hari.

Setelah dilahirkan manusia mengalami perubahan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

Natijah perubahan ini adalah manusia akan mati. Dan membuktikan Allah menjadikan dan mematikan manusia. Manusia tidak layak mengaku sebagai tuhan.

8) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) mengalami perubahan?

Udara juga mengalami perubahan samada sejuk atau panas, kuat atau perlahan.

Perubahan tekanan udara akan menghasilkan puting beliung, ribut dan hujan lebat.

Ini bukti Jisim Al-Lathif seperti udara juga berubah-ubah.

9) Apakah berubah-ubah itu?

Imam Sanusi menyebut: "Alam (makhluk) itu berubah-ubah, dan setiap yang berubah-ubah adalah baharu (dijadikan)."

Setiap makhluk berubah-ubah kerana ada yang mengubahnya iaitu Allah. Makhluk itu baharu (dijadikan) kerana Allah Al-Qadim yang menjadikan makhluk.

10) Apakah dalil aqli Allah tidak berubah-ubah?

Setiap yang berubah-ubah itu baharu (dijadikan). Sedangkan, Allah bersifat Al-Qadim yakni tiada permulaan & tiada yang menjadikan Allah. Maka Allah tidak berubah-ubah.

11) Apakah dalil lagi?

Perubahan menatijahkan kematian seperti manusia, jin dan malaikat akan mati. Sedangkan Allah bersifat Al-Baqa' (kekal dan tidak akan binasa). Maka Allah tidak boleh disifatkan dengan berubah-ubah.

12) Apa pula dalil naqli Allah tidak bertempat, tidak bermasa dan tidak berubah-ubah?

Hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam: "Allah ada azali sedangkan tiada sesuatu selain Allah" (HR Bukhari)

13) Apakah kefahaman daripada hadis di atas?

Imam Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis di atas menyatakan: "Maksud dengan كان yang pertama ialah azali." (Fath Al-Bari, 6/334)

Allah azali, tiada yang menjadikan Allah bermaksud Allah tidak berubah daripada tiada kepada ada. Sedangkan makhluk berubah-ubah daripada tiada kepada ada.

N ash menyatakan tiada sesuatu wujud selain Allah. Maka pada ketika itu, tiada masa, tiada tempat, tiada Arasy, tiada Kursi dan tiada segala makhluk. Maka jelaslah Allah tidak bertempat dan tidak bermasa. Setelah Allah ciptakan tempat, Allah tetap tidak bertempat dan tidak bermasa kerana Allah tidak berubah-ubah.

Berdasarkan kefahaman yang lepas maka jelaslah Allah tidak berubah-ubah.

Secara lansung, ternafi juga ke atas Allah kaifiyyat. Kerana kaifiyyat bermaksud perubahan daripada sesuatu kepada sesuatu.

Maka benarlah kata Imam Al-Khattabi: "Kaifiyyat ke atas Allah dan sifat-Nya ternafi (tiada)." (Ma'alim As-Sunan, 4/328)

Samalah juga dengan kata Imam Malik: "Dan kaifiyyat ke atas-Nya marfu' (tiada)." (Al-Asma' Wal Sifat, hal.408)

Oleh itu, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Allah wujud tidak bertempat, tidak dilalui masa, tidak berarah, tidak berjisim dan Allah Maha Suci daripada segala sifat makhluk.

Penulis adalah Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)

ini bermakna miraj nabi bukan lah ke suatu tempat dilangit berjumpa tuhan

Cantik penjelasan dia.

Allah wujud tidak bertempat.
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
ISTIWA’ ALLAH DI ATAS 'ARASYNYA

Nasir al-Sunnah al-Imam Muhammad ibn Idris al-Shafi’i berkata,

“Dan sesungguhnya ALLAH di atas ArasyNya, di atas langitnya, DIA mendekati makhlukNYA sebagaimana yang DIA kehendaki, dan turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia Kehendaki…”

Al-Imam al-Muzani berkata, “Tidak sah tawhid bagi seseorang hamba sehinggalah ia mengakui bahawa ALLAH di atas Arasy dengan sifat-sifatNYA.” (al-Muzani, Sharh al-Sunnah).

Yunus ibn ‘Abd al-A’la berkata, Saya telah mendengar al-Shafiei berkata, “Apa yang telah sahih bahawa Rasulullah saw mengatakannya, maka tidak ditanyakan kepadanya mengapa dan bagaimana.” (al-Ibanah, 3, 203; al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah).

Setiap muslimah dan muslimah wajib mempelajari,mengetahui dan meyakini perkara ini.

Sesiapa yang mengatakan ‘saya tidak tahu di mana Allah’ setelah ditegakkan hujjah maka ia kafir murtad terkeluar dari islam. Ini kerana sifat ketinggian ALLAH sangat jelas dalam al-Quran, hadith, Ijma’, akal dan fitrah. Sifat ‘uluww dan istiwa’ lebih jelas dan lebih besar dari kewajipan solat, puasa dan zakat. Menafikan ‘uluww dan istiwa’ ALLAH bermakna menafikan kewujudan Allah.

Al-Hafiz Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman berkata,
وَيَعْتَقِدُ أَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَشْهَدُوْنَ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى فَوْقَ سَبْعِ سَموَاتٍ عَلَى عَرْشِهِ كَمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُهُ فِي قَولِهِ عَزَّ وَجَلَّ (( إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ ، يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ، أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ ))[الأعراف 54]

Ahli Hadith Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengi’tiqadkan (meyakini) dan menyaksikan bahawa ALLAH subhanahu wa ta'ala berada di atas langit ke 7, di atas 'ArasyNya (secara haqiqi tanpa menyamai istiwa’ makhluk dan sifat ini antara yang paling jelas menunjukkan kewujudan Allah), sebagaimana firmanNya ‘azza wa jall dalam,

1. Surah Al-A’raf ayat 54 dan surah Yunus: ayat 3

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ [الأعراف 54]
“Sesungguhnya Rabb kamu ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam tinggi di atas 'Arsy (singgahsana),...” (Surah al-A’raf ayat 54).
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ، مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

“Sesungguhnya Rabb kamu ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia maha tinggi di atas 'Arasy (singgahsana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada keizinanNya.” (Surah Yunus: ayat 3)

Ini menunjukkan bahawa orang yang menafikan istiwa’ ALLAH bukanlah Ahl al-Sunnah bahkan bukan dari kalangan muslimin.

2. Surah al-Ra’d ayat 2, dan Surah Taha ayat 5 ;

اللهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

“Allahlah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Dia mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu.” (Surah Ar-Ra'd: ayat 2). ALLAH berfirman,

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“ALLAH yang maha pemurah di atas Arasy Dia tinggi bersemayam.” (Surah Taha: ayat 5).

3. Surah al-Furqan, ayat 59
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ ، الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
“... kemudian Dia bersemayam tinggi di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang Maha Mengetahui.” (al-Furqan: ayat 59).

4. Surah al-Sajdah : ayat 4

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ [السجدة: 4]
“kemudian Dia pun bersemayam tinggi di atas 'Arasy...”.(Surah As-Sajdah: Ayat 4)

Surah al-Hadid: ayat 4,
هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ. هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ ، يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْـزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ، وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ [الحديد: 4]
“Dialah yang telah mencipta 7 petala langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam tinggi di atas Arasy, Ia mengetahui apa sahaja yang masuk dalam bumi, dan apa sahaja yang keluar darinya, dan Dia bersama kamu sekalian (iaitu ilmuNya) di mana saja kalian berada,...” (Surah al-Hadid : ayat 4).

Ibn Jarir al-Tabari (224-310H) ketika mentafsirkan ayat ini berkata, “Dia menyaksikan kamu wahai sekalian manusia, di mana saja kamu berada, Dia mengetahui segala tentang kamu dan mengetahui segala amalan kamu, gerak geri kamu dan kesudahan kamu, sedangkan Dia atas arasyNya, di atas tujuh langitNya.” (Al-Tabari, Jami’ al-Bayan, jld 23, ms 170).

5. Surah Fatir : ayat 10,

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ، وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ، وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“...kepadaNya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amalan yang salih Dia mengangkatnya...”. (Surah Fatir: ayat 10).

6. Surah al-Sajdah : Ayat 5,

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

“DIA mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya...” (Surah As-Sajdah : ayat 5).

7. Surah al-Mulk : ayat 16,

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

“Apakah kamu merasa aman terhadap ALLAH yang di atas langit bahawa Dia menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang.” (Surah al-Mulk: ayat 16)
أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا... [الملك: 17]
“Atau tidakkah kamu takut kepada ALLAH yang di atas langit menghantar ke atas kamu batu-batu…” (Surah al-Mulk : ayat 17).

‘Uluww Allah adalah haqiqi dengan ZatNYA.

1597599193767.jpeg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register