Allah Di Mana ?

CG Sponsors




BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
Allah bersemayam di Arasy hanya satu kiasan sahaja. Allah tak nyata, tak ada 'ain. Zat Allah pun tak nyata.

Insan yg semulia-mulia kejadian ni lah kenyataan Allah.


Kalau ambik bulat2 Allah bersemayam di Arasy, tak terpakai lagi Allahu Akbar. Kena Arasy hu Akbar la. Pasai mestila Arasy lebih besar barulah Allah boleh duduk.

Nak nyata Allah tak boleh dgn akal. Akal tu bertepi, sedangkan Allah x bertepi.

Gunalah hukum yg dibangsakan kepada akal.
1 Wajib
2 Mustahil
3 Harus

Ilmu Tauhid x boleh belajar melalui kitab atau buku atau melalui bacaan. Carilah tok2 guru yg Mursyid. Jgn cari tok gurau.
Insan??? :-?
Kejadian??? :-?
 
Sponsored Post

nyoksebatang

Freshie
Joined
Mar 14, 2010
Messages
4
Reaction score
0
Points
3
Saya tulis sekadar sandaran sahaja...saya ni baharu... pasti binasa (dah binasa pun)dan tak wujud pun...

Sebenarnya tiada yg wujud melainkan Allah...

Makhluk yg bernama Insan ni lah yg nak menyatakan Allah...

ALLAH berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan... daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.


Belajarlah dgn Ulama Warisan Nabi... perkara Tauhid x blh bawa bergurau. Rasulullah ketika menyampaikan perkara Tauhid kpd para sahabat, merah menyala mukanya sambil menggenggam mata anak panah...

Tak ada short cut dlm mencari Ilmu Allah. Mesti ada Tok Guru yg mengajar.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar
dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah
orang-orang yang asing". (Riwayat Muslim)

Islam asalnya dagang. Kini cara hidup Islam kembali dagang, ia terpinggir dan tersisih di zaman jahiliah moden ini.
 
Last edited:

only1

Super Active Member
Joined
Feb 9, 2008
Messages
9,134
Reaction score
69
Points
70
Pergh!! tak terjangkau oleh akal aku.. korang punya pengetahuan sains.. mantap..
 

hulkhogan

Fun Poster
Joined
Aug 5, 2007
Messages
619
Reaction score
10
Points
15

INI BUKAN MASALAH EMOSI !!!

Ini MASALAH TAUHID !!!

Nabi DAH INGATKAN pada kita, sesiapa yang SALAH AQIDAH, KEKAL kat Neraka JAHANNAM !!!

WAHHABIY bukan SALAFIY, WAHHABIY bukan AHLUS SUNNAH !!!

WAHHABIY adalah MUJASSIMAH, iaitu AHLUL BIDA' WAL AHWA'!!!


Jangan PANDAI-PANDAI nak kata AJARAN WAHABIY tu adalah dari NABI SAW dan PARA SAHABAT RA yang ajar!!!

Jangan sesekali BERDUSTA atas nama Nabi saw.. Kelak tempatmu HULKHOGAN di Neraka Jahannam, kerana berdusta atas nama Nabi saw !!!

Bila orang TIDAK mengikut KEBENARAN, bukan kita kena diam. Kita kena BERJIDAL.. FAHAM !!!!



NAS Al-Quran yang MENYATAKAN BERDEBAT atau BERJIDAL adalah salah satu cara BERDAKWAH !!!

KAFIRLAH orang yang ENGKARKAN akan NAS AL-QURAN walaupun SEPOTONG AYAT.

Sila baca Kitab Tafsirul Khazin Al-Musamma Lubabut Ta’wil Fi Ma’anit Tanzili, bagi Al-Imam ‘Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim Al-Baghdadiyy, Juzuk 4, muka surat 125, baris 1 dari atas dalam Kotak.


Juzuk 4 Sepatutnya.


Baris 1 dari atas dalam Kotak.

Bahagian Ketiga (Daripada 3 Kelompok manusia).

Mereka yang MELAWAN, dan BERSETERU, dan BERDEGIL KERAS KEPALA atau UNGKAL.

Untuk orang-orang ini, ALLAH TA^ALA menujukan kepada mereka dengan Firmannya ;

"Dan, BERJIDALLAH oleh mu (Tetak menetak hujjahlah olehmu), yang mana JIDAL itu (Tetak menetak hujjah) adalah SEBAIK-BAIK CARA."

Iaitu, sehingga MEREKA tunduk, dapat dipimpin kepada KEBENARAN, dan mereka PATAH BALIK rujuk semula kepada KEBENARAN.

Dikatakan, maksud HIKMAH ialah NAS AL-QURAN.

Yakni, "Seru olehmu akan mereka dengan NAS AL-QURAN."

Yang mana, Berdakwah dengan NAS AL-QURAN itulah yang dikatakan HIKMAH dan NASIHAT yang baik.

Dikatakan juga, maksud HIKMAH adalah NUBUWWAH.

Iaitu, "Serulah olehmu akan mereka dengan NUBUWWAH dan RISALAH."

...........

Pada baris ke-7 dari atas pula ;

Dan, JIDALLAH (Tetak menetak hujjah) oleh mu akan mereka itu, yang mana ia sebaik-baik cara (Dalam Berdakwah kepada mereka yang MELAWAN, dan BERSETERU, dan BERDEGIL KERAS KEPALA atau UNGKAL).

Iaitu, berpalinglah (abaikan sahaja) daripada Penyakitan mereka.

Dan, janganlah engkau CUAI dalam menyampaikan RISALAH (AGAMA) dan MENYERU kepada KEBENARAN.

........................

HIKMAH adalah BERDAKWAH DENGAN BERDASARKAN NAS-NAS AL-QURAN dan AL-HADIS, dan TAFSIRAN-TAFSIRAN KITAB-KITAB TAFSIR MUKTABAR !!!

Bukanlah HIKMAH itu BERDAKWAH dengan FIKIR-FIKIR AGAMA pakai KEPALA H*TAK sendiri..

MEMAHAMKAN AGAMA dengan cara FIKIR-FIKIR AGAMA adalah Dasar KUFUR AQIDAH MUKTAZILAH !!!

Dan, sememangnya JAMAAH TABLIGH adalah JAMAAH yang menyebarkan AQIDAH MUKTAZILAH dan WAHABIY !!!
Kalo ko rasakan mereka sesat mudah saja...berdoa kepada Allah supaya mereka mendapat hidayah dan balik ke pangkal jalan...!!

Kalo ginilah cara ko berdakwah makin jauh lah mereka...sebab aku tau apabila orang yang dah berpegang pada fahaman manhaj salaf pendirian mereka amat teguh...!!!

Tok sah pening2 kepala ko ngan amalan ko...dan mereka dengan amalan mereka...!!! Masing2 ada hujah mereka sendiri...tapi aku tengok ko ni mudah mengatakan mereka kafir...takut2 satu hari esok tuduhan itu akan balik pada ko...!!!

Tak boleh ke bermuzakarah dengan cara baik...!!! ??? ~X(
 

firdaus83

Active Member
Joined
Oct 18, 2009
Messages
1,282
Reaction score
4
Points
25
.tapi aku tengok ko ni mudah mengatakan mereka kafir...takut2 satu hari esok tuduhan itu akan balik pada ko...!!!

Nko ni PERNAH BELAJAR ILMU TAUHID KE TIDAK ???

APA KITAB TAUHID YANG NKO BELAJAR ???

Cuba FIKIR betul-betul..

Satu orang yang tidak KAFIR. Dan, aku KAFIRkan orang itu tanpa bersebab. Memang la aku jatuh KAFIR sebab telah kafirkan orang tanpa sebab.

Tetapi INGAT!

Kalau satu orang tu memang KAFIR sebab Menjisimkan Allah atau mengatakan Allah BERADA di suatu tempat. Dan aku tak KAFIR orang tersebut. Maka, KAFIR itu pergi ke mana?

Sudah tentu KAFIR datang kat diri aku balik. Na^uzubilahiminzalik.

AKU TAK NAK JADI KAFIR kerana REDHA KE ATAS KEKAFIRAN MUJASSIMAH @ WAHHABIYYAH !!!

Ingat ye murid2,

Kalau kita tak KAFIR kan orang yang sudah jatuh KAFIR.. KAFIR itu akan berbalik pada kita. Yang sudah jatuh KAFIR, wajib bertaubat dan menarik kembali kata2 yang membawa Kafir.

Taubat Iktiqad atau Aqidah berlainan dengan Taubat biasa. Ia perlu menarik kembali perkataan2 yang membawa KAFIR. Kemudian, barulah Mengucap Shahadah.

Cth :

"Aku menarik kembali segala perkataan ku yang mengatakan Allah berada di atas. Dan, Aku bersaksi Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan, aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu Pesuruh Allah."

Perkara ini seperti apa yang dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 120, baris 3 dari atas.





.....................

Kesimpulannya ;

BELAJARLAH TAUHID dari KITAB-KITAB MUKTABAR, dan bukannya dari internet yang banyak menyesatkan orang !!!

JANGAN JADI RIDDAH(MURTAD) YE ADIK-ADIK, BELAJAR MESTI DARI SUMBER YANG BETUL !!!!
 
Last edited:

bacakitab

Freshie
Joined
Apr 22, 2014
Messages
6
Reaction score
0
Points
3
Aku baru register cg ni..

Tapi aku dah lama baca thread berkaitan akidah...

Aku nampak firdaus83 berhujah dengan menyatakan rujukan n kitab2 yg muktabar..

Tapi ada geng buat2 tak nampak or memang b****ng melawan fakta...

Baru tadi aku reply kat satu topic lebih kurang sama dgn ni...
Sampai ke budak2 kecik diterapkan akidah songsang...

Aptb
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Bab nih pun korang nak bincang ....
 

sakaratul

Fun Poster
Joined
Jan 4, 2012
Messages
783
Reaction score
4
Points
15
kisah ni palsu..

mohon tak sebarkan fitnah terhadapa al-imam abu hanifah.

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.



Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
Memahami Allah wujbertempat



Memahami Allah wujud tidak bertempat
DALAM ruangan ini, suka saya ingin menjelaskan berkenaan pemahaman Allah wujud tidak bertempat berdasarkan kepada dalil-dalil supaya masyarakat kita hari ini tidak mudah terkeliru dengan sesuatu ucapan yang meletakkan sifat yang tidak layak buat Allah SWT. Ini termasuk dakwaan segelintir pihak bahawa Allah SWT 'istiwa' di Arasy dengan mentakwilkan bahawa 'Allah bersemayam di Arasy.'

Untuk memahami juzuk ilmu ini, kita perlu fahami terlebih dahulu tentang pembahagian jisim. Secara khususnya, jisim terbahagi kepada dua iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif.

Tentunya ada masyarakat kita yang tertanya-tanya tentang dua istilah berkenaan. Jisim Al-Kasif ialah apa yang dapat dipegang dengan tangan dan memenuhi ruang atau tempat.

Contoh paling mudah untuk jisim yang memenuhi istilah ini adalah manusia, batu, kayu dan sebarang objek yang memenuhi prinsip apabila dipegang oleh tangan, ia memenuhi ruang dan tempat.

Merujuk kepada Jisim Al-Lathif pula ia adalah apa yang tidak boleh dipegang dengan tangan dan juga memenuhi ruang serta tempat. Contoh kepada jisim ini adalah udara, cahaya, malaikat dan sebarang ciptaan yang tidak mampu untuk dipegang oleh tangan fizikal manusia.

Jelas, kedua-dua jisim ini mempunyai sifat yang sama iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif memerlukan tempat iaitu sesuatu untuk memenuhi ruang. Buktinya, manusia sebagai Jisim Al-Kasif dan udara mewakili Jisim Al-Lathif menempati sesuatu ruang. Manusia berpindah daripada suatu tempat ke suatu tempat iaitu daripada rahim ibu ke alam dunia dan bakal berpindah ke alam kubur. Udara yang memenuhi ruang belon itu akan mengakibatkan belon pecah jika semakin kuat tekanannya dan udara berbindah keluar daripada belon berkenaan.

Bagaimana pula maksud di sebalik al-Makaan atau tempat atau ruang yang diisi oleh suatu jisim. Semua jisim sama ada al-Kasif dan al-Lathif memerlukan kepada tempat dan kedua-duanya berhajat kepada prinsip berkenaan. Sama seperti manusia dan udara berhajat kepada tempat.

Natijah pertama daripada perbahasan ini adalah semua jisim berhajat kepada suatu tempat dan timbul pula persoalan apakah Allah SWT itu suatu jisim?

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal: "Sesiapa berkata Allah itu jisim, tetapi tidak seperti jisim-jisim lain maka ia telah kafir." (Dinaqalkan oleh Imam Badruddin Al-Zarkasyi)

Mengapa kufur jika berkata demikian? Ini kerana jisim itu sendiri menunjukkan ia adalah makhluk sama ada Jisim Al-Kasif atau Jisim Al-Lathif, kedua-dua adalah menepati sifat makhluk sedangkan Allah SWT berfirman: "Tiada sesuatu pun sama seperti-Nya (Allah)." (Surah Asy-Syura, ayat 11).

Hikmah kepada perbahasan ini menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat dan ia selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperakui oleh imam-imam serta ulama-ulama muktabar sepanjang zaman.

Untuk memahami Allah SWT tidak terikat kepada masa dan perubahan, pembaca harus melihat kepada ringkasan penulis berikut untuk memberi gambaran yang lebih jelas.

1) Kita sudah memahami Allah tidak bertempat. Hanya makhluk dan segala jisim sahaja bertempat.

2) Seterusnya kita akan bincangkan mengenai penafian keterikatan masa dan perubahan ke atas Allah. Untuk mudah faham maka kita baca dalam bentuk soal jawab.

3) Adakah setiap yang bertempat pasti dilalui masa?

Ya benar.

4) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) terikat dengan masa?

Bukti: Manusia senantiasa berpindah tempat daripada alam rahim ke alam dunia.

Setiap tempat ada masanya tersendiri:

Alam rahim: 9 bulan 10 hari

Alam dunia: 1 hari bersamaan 365 hari

Kesimpulannya, walau di mana pun manusia atau Jisim Al-Kasif itu pasti terikat dengan masa.

5) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) terikat dengan masa?

Bukti: Udara mengambil masa tertentu untuk mengisi sesuatu belon. Juga memerlukan masa tertentu untuk keluar daripada belon.

Masa yang diambil oleh udara tersebut membuktikan udara terikat dengan masa.

6) Apakah persamaan keduanya?

Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif bertempat, terikat dengan masa dan mengalami perubahan.

7) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) mengalami perubahan?

Manusia terjadi daripada persenyawaan, berubah kepada zigot, embrio, fetus dan seterusnya sehingga cukup 9 bulan 10 hari.

Setelah dilahirkan manusia mengalami perubahan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

Natijah perubahan ini adalah manusia akan mati. Dan membuktikan Allah menjadikan dan mematikan manusia. Manusia tidak layak mengaku sebagai tuhan.

8) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) mengalami perubahan?

Udara juga mengalami perubahan samada sejuk atau panas, kuat atau perlahan.

Perubahan tekanan udara akan menghasilkan puting beliung, ribut dan hujan lebat.

Ini bukti Jisim Al-Lathif seperti udara juga berubah-ubah.

9) Apakah berubah-ubah itu?

Imam Sanusi menyebut: "Alam (makhluk) itu berubah-ubah, dan setiap yang berubah-ubah adalah baharu (dijadikan)."

Setiap makhluk berubah-ubah kerana ada yang mengubahnya iaitu Allah. Makhluk itu baharu (dijadikan) kerana Allah Al-Qadim yang menjadikan makhluk.

10) Apakah dalil aqli Allah tidak berubah-ubah?

Setiap yang berubah-ubah itu baharu (dijadikan). Sedangkan, Allah bersifat Al-Qadim yakni tiada permulaan & tiada yang menjadikan Allah. Maka Allah tidak berubah-ubah.

11) Apakah dalil lagi?

Perubahan menatijahkan kematian seperti manusia, jin dan malaikat akan mati. Sedangkan Allah bersifat Al-Baqa' (kekal dan tidak akan binasa). Maka Allah tidak boleh disifatkan dengan berubah-ubah.

12) Apa pula dalil naqli Allah tidak bertempat, tidak bermasa dan tidak berubah-ubah?

Hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam: "Allah ada azali sedangkan tiada sesuatu selain Allah" (HR Bukhari)

13) Apakah kefahaman daripada hadis di atas?

Imam Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis di atas menyatakan: "Maksud dengan كان yang pertama ialah azali." (Fath Al-Bari, 6/334)

Allah azali, tiada yang menjadikan Allah bermaksud Allah tidak berubah daripada tiada kepada ada. Sedangkan makhluk berubah-ubah daripada tiada kepada ada.

N ash menyatakan tiada sesuatu wujud selain Allah. Maka pada ketika itu, tiada masa, tiada tempat, tiada Arasy, tiada Kursi dan tiada segala makhluk. Maka jelaslah Allah tidak bertempat dan tidak bermasa. Setelah Allah ciptakan tempat, Allah tetap tidak bertempat dan tidak bermasa kerana Allah tidak berubah-ubah.

Berdasarkan kefahaman yang lepas maka jelaslah Allah tidak berubah-ubah.

Secara lansung, ternafi juga ke atas Allah kaifiyyat. Kerana kaifiyyat bermaksud perubahan daripada sesuatu kepada sesuatu.

Maka benarlah kata Imam Al-Khattabi: "Kaifiyyat ke atas Allah dan sifat-Nya ternafi (tiada)." (Ma'alim As-Sunan, 4/328)

Samalah juga dengan kata Imam Malik: "Dan kaifiyyat ke atas-Nya marfu' (tiada)." (Al-Asma' Wal Sifat, hal.408)

Oleh itu, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Allah wujud tidak bertempat, tidak dilalui masa, tidak berarah, tidak berjisim dan Allah Maha Suci daripada segala sifat makhluk.

Penulis adalah Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)

ini bermakna miraj nabi bukan lah ke suatu tempat dilangit berjumpa tuhan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register