BlueDream
Legendary Member

- Messages
- 12,911
- Joined
- Apr 11, 2007
- Messages
- 12,911
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
rasanya pencapaian manusia akan terbatas dalam dua perkara... Allah hanya menganugerahkan manusia dengan ilmu fizik... dan dengan ilmu ini macam2 teknologi telah terhasil.
tetapi ilmu yg berkaitan roh, atau metafizik... tidak diberikan kepada manusia melainkan sedikit sahaja.
manusia mampu hasilkan robot dan artificial inteligent... tapi batasan manusia adalah tak mampu bagi rekaan tersebut 'perasaan'.
batasan halangan yg kedua ialah pintu langit... iaitu manusia tidak sekali2 akan dapat menembusi pintu langit.
سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْ*ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬ (٣٣)
Ar-Rahman, ayat 33.
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33)
ayat ini membawa banyak pengertian...
1. merupakan cabaran dari Tuhan adakah manusia itu mampu membebaskan diri dari ruang dan masa / atau langit :-?
2. inspirasi utk manusia ... utk pergi ke angkasa lepas menggunakan tenaga :-?
سُوۡرَةُ الجنّ
وَأَنَّا لَمَسۡنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدۡنَـٰهَا مُلِئَتۡ حَرَسً۬ا شَدِيدً۬ا وَشُہُبً۬ا (٨) وَأَنَّا كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡہَا مَقَـٰعِدَ لِلسَّمۡعِ*ۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأَنَ يَجِدۡ لَهُ ۥ شِہَابً۬ا رَّصَدً۬ا (٩) وَأَنَّا لَا نَدۡرِىٓ أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ أَرَادَ بِہِمۡ رَبُّہُمۡ رَشَدً۬ا (١٠)
Al-Jinn, 8-10
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. (8) Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. (9) Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? (10)
sebelum Nabi s.a.w diutus... para jin mampu pergi ke pintu2 langit untuk mendengar berita2 tentang ketentuan yg bakal berlaku dibumi yg saling diperkatakan oleh penduduk langit yg terdiri daripada malaikat. Tapi selepas tu, dah tak dapat sebab pintu2 langit dikawal oleh bebola api.