BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

rasanya pencapaian manusia akan terbatas dalam dua perkara... Allah hanya menganugerahkan manusia dengan ilmu fizik... dan dengan ilmu ini macam2 teknologi telah terhasil.

tetapi ilmu yg berkaitan roh, atau metafizik... tidak diberikan kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

manusia mampu hasilkan robot dan artificial inteligent... tapi batasan manusia adalah tak mampu bagi rekaan tersebut 'perasaan'.

batasan halangan yg kedua ialah pintu langit... iaitu manusia tidak sekali2 akan dapat menembusi pintu langit.

سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْ*ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬ (٣٣)

Ar-Rahman, ayat 33.
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33)

ayat ini membawa banyak pengertian...
1. merupakan cabaran dari Tuhan adakah manusia itu mampu membebaskan diri dari ruang dan masa / atau langit :-?
2. inspirasi utk manusia ... utk pergi ke angkasa lepas menggunakan tenaga :-?

سُوۡرَةُ الجنّ
وَأَنَّا لَمَسۡنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدۡنَـٰهَا مُلِئَتۡ حَرَسً۬ا شَدِيدً۬ا وَشُہُبً۬ا (٨) وَأَنَّا كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡہَا مَقَـٰعِدَ لِلسَّمۡعِ*ۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأَنَ يَجِدۡ لَهُ ۥ شِہَابً۬ا رَّصَدً۬ا (٩) وَأَنَّا لَا نَدۡرِىٓ أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ أَرَادَ بِہِمۡ رَبُّہُمۡ رَشَدً۬ا (١٠)

Al-Jinn, 8-10
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. (8) Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. (9) Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka? (10)

sebelum Nabi s.a.w diutus... para jin mampu pergi ke pintu2 langit untuk mendengar berita2 tentang ketentuan yg bakal berlaku dibumi yg saling diperkatakan oleh penduduk langit yg terdiri daripada malaikat. Tapi selepas tu, dah tak dapat sebab pintu2 langit dikawal oleh bebola api.
 
rasanya pencapaian manusia akan terbatas dalam dua perkara... Allah hanya menganugerahkan manusia dengan ilmu fizik... dan dengan ilmu ini macam2 teknologi telah terhasil.

tetapi ilmu yg berkaitan roh, atau metafizik... tidak diberikan kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

manusia mampu hasilkan robot dan artificial inteligent... tapi batasan manusia adalah tak mampu bagi rekaan tersebut 'perasaan'.

batasan halangan yg kedua ialah pintu langit... iaitu manusia tidak sekali2 akan dapat menembusi pintu langit.

"perasaan" itu merujuk kepada nafsu kan?

tak silap hamba..ada tiga orang manusia yang telah menembusi pintu langit (jika salah..aku minta maaf dan harap betulkan apa yang aku nyatakan)..iaitu Adam a.s, Isa a.s dan Muhammad SAW
 
perasaan... meliputi nafsu atau apa sahaja seperti gembira, sedih, takut, bertimbangrasa... dan sebagainya.

yg kedua tu, cuba cek aku nyer post yg atas... sebagai renungan semata2
 
Ni yang saya kata bahaya nie, Malaikat adalah termasuk dalam perkara ghaib, jgn di bincangkan kecuali telah dibincangkan di dalam Alquran dan Hadis.

Malaikat dijadikan daripada An-nur,sifat malaikat iaitu mereka mempunyai sayap dan boleh berubah bentuk kepada bentuk manusia.
Beriman sahaja lah, jangan di tokok tambah, jangan di nafikan. Jangan diganti dengan perkataan lain

Cuba kamu tunjukkan part mana yang saya menokok tambah pasal malaikat? Malaikat dijadikan dari cahaya itu benar ada saya nafikan atau kata malaikat dijadikan dari benda lain? Saya cuma ingin menunjukkan bahawa malaikat itu mempunyai jirim yang tidak menyamai jirim manusia kerana berjisim dan berjirim itu adalah sifat makhluk.

Jika jirim malaikat tidak mampu kita tafsirkan dalam bentuk pepejal, cecair dan gas maka tidak mustahil masa itu juga berjirim tetapi tidak dapat kita tafsirkan secara fizikal.

Kamu bercakap tentang teori relativiti masa. Tahukah kamu apa itu teori relatif? Teori relatif itu secara ringkasnya adalah kamu melakuan pengukuran atau sukatan melalui perbandingan dua jasad. Ia tidak boleh dilakukan dengan hanya satu jasad. Sebagai contoh bila membandingkan ketinggian A adalah 2 kali ganda relatif kepada B. Jadi bagaimana kamu nak terangkan teori relativiti masa jika masa itu suatu yang tidak berjirim?

Sebagai contoh Allah menjelaskan dalam Al-Quran Dia menciptakan langit dan bumi dalam 6 hari. Tetapi kajian sains menunjukkan alam ini dicipta dalam masa 3 billion tahun. Adakah Allah telah melakukan kesilapan? Maha suci Allah dari sebarang ketidaksempurnaan. Apa yang dapat difahami di sini ialah 6 hari itu ialah masa di dalam ruangan yang hanya Allah mengetahui manakala 3 bilion tahun itu adalah masa di dalam ruangan kita di bumi. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah dan amat mudah bagiNya. Dan Allah telah memerintahkan manusia supaya memikirkan tanda-tanda kebesaranNya dalam setiap ciptaanNya.

Masalah yang terjadi sekarang ialah bila manusia itu sendiri cuba melogikkan sesuatu kejadian itu berdasarkan akal fikiran mereka yang terbatas. Mereka cuba menerangkan sesuatu perkara itu melalui sains. Sedangkan Al-Quranlah yang sebenarnya menerangkan sains bukan sebaliknya. Teori relativiti masa telah diterangkan dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu dan telah tertulis di Luh Mahfuz berbilion tahun lalu. Sedangkan manusia baru menemuinya seabad yang lepas.
 
"perasaan" itu merujuk kepada nafsu kan?

tak silap hamba..ada tiga orang manusia yang telah menembusi pintu langit (jika salah..aku minta maaf dan harap betulkan apa yang aku nyatakan)..iaitu Adam a.s, Isa a.s dan Muhammad SAW

Yang dimaksudkan dalam surah Ar-Rahman itu adalah menembus keluar dari langit. Memang tidak ada makhluk yang berjaya menembus keluar dari langit. Nabi Adam as, Isa as dan Muhammad SAW semuanya masih berada di langit.
 
manusia dicipta dari tanah... unsur2 yg terdapat dibumi utk menyebatikan manusia hidup dibumi. manusia mendapat makanan dari bumi. semua unsur yg diperlukan oleh jasad bersifat jirim.

malaikat dicipta daripada cahaya. manakala cahaya itu merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. cahaya bergerak lebih cepat. manusia tidak mampu melihat makhluk di alam ghaib disebabkan perbezaan frekuensi gerakan jirim yg membina struktur tubuh manusia. secara teorinya jika manusia dapat mengjadikan struktur yg membina jasadnya bergerak dalam kelajuan cahaya sehingga menyamai frekuensi malaikat.... manusia akan dapat melihat malaikat... atau makhluk alam ghaib

Jadi apa yang kamu ingin sampaikan ialah malaikat berada dalam ruang masa yang berlainan dari manusia? Maknanya ada masa yang mengisi alam ghaib dan ada masa yang mengisi alam nyata?
 
Yang dimaksudkan dalam surah Ar-Rahman itu adalah menembus keluar dari langit. Memang tidak ada makhluk yang berjaya menembus keluar dari langit. Nabi Adam as, Isa as dan Muhammad SAW semuanya masih berada di langit.

:-?..boleh jelaskan lagi dengan terperinci yang dibirukan tuh..
 
Jadi apa yang kamu ingin sampaikan ialah malaikat berada dalam ruang masa yang berlainan dari manusia? Maknanya ada masa yang mengisi alam ghaib dan ada masa yang mengisi alam nyata?

setakat yg aku faham, malaikat jin dan manusia berada dalam dimensi ruang dan masa yg sama... yg membezakan kita tidak mampu melihat alam yg didiami oleh malaikat dan jin disebabkan faktor2 unsur yg membina jasad masing2. klu berbeza dimensi, tidak mungkin Nabi s.a.w dapat bertemu malaikat jibril.

Allah tidak terikat pada ruang dan masa, sebab kedua2nya adalah ciptaan Allah. Itulah hakikatnya kenapa Allah bersifat qadim, tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Mengetahui perkara silam dan akan datang.

Fikiran manusia tidak berpandu pada nas tidak mampu memikirkan hakikat Al-Awwal dan Al-Akhir Allah kerana terikat dalam dimensi ruang dan masa yg perlu dijalani.
 
ramai yang tersalah faham..ruang dan dimensi tuh benda yang sama :-?
 
Assalamualaikum

" ALLAH DEKAT TETAPI TIDAK TERSENTUH, ALLAH JAUH TETAPI TIDAK TERPUTUS "

Fikir2kan dan selamat beramal...
 
Back
Top
Log in Register