manusia dicipta dari tanah... unsur2 yg terdapat dibumi utk menyebatikan manusia hidup dibumi. manusia mendapat makanan dari bumi. semua unsur yg diperlukan oleh jasad bersifat jirim.
malaikat dicipta daripada cahaya. manakala cahaya itu merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. cahaya bergerak lebih cepat. manusia tidak mampu melihat makhluk di alam ghaib disebabkan perbezaan frekuensi gerakan jirim yg membina struktur tubuh manusia. secara teorinya jika manusia dapat mengjadikan struktur yg membina jasadnya bergerak dalam kelajuan cahaya sehingga menyamai frekuensi malaikat.... manusia akan dapat melihat malaikat... atau makhluk alam ghaib
Tujuan saya bertanya soalan yang saya tanya dahulu adalah untuk memastikan kamu tidak terperangkap dengan teori masa yang mengatakan manusia boleh berada dimasa hadapan atau masa silam sekiranya dapat bergerak dengan kelajuan yang sangat laju.
Pada saya teori itu adalah salah kerana walaupun manusia bergerak melebihi kelajuan cahaya dia masih mengisi ruang yang sama dengan ruang yang diisi oleh masa iaitu ruang bumi. Oleh itu adalah mustahil untuknya keluar dari dimensi masa itu. Malah tiada dalil dalam Al-Quran yang menyebut manusia mampu pergi ke masa silam atau masa hadapan.
Walaubagaimanapun, saya meyakini bahawa masa itu berjirim ialah kerana masa adalah sesuatu yang mengisi ruang sebagaimana telah dijelaskan saya melalui dalil aqli dan dalil naqli sebelum ini. Namun, bentuk jirim dan jisim masa itu tidaklah diketahui dan tidak terzahir pada pandangan manusia sebagaimana tidak diketahui dan tidak terzahir jirim dan jisim malaikat. Teori sains yang menerangkan bahawa jisim itu adalah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas adalah kerana teori itu dicipta oleh orang kafir yang tidak mempercayai kewujudan alam ghaib. Sebab itu saya mengatakan bahawa Al-Quran yang menjelaskan sains bukan sebaliknya.
Sebab saya mengatakan masa itu berjirim adalah berdasarkan kepada kajian saya tentang teori relativiti masa itu sendiri. Teori ini adalah teori yang membandingkan jirim-jirim masa yang berlainan.
a) jirim masa yang mengisi ruang bumi adalah masa yang kita lalui sekarang. Apa-apa benda yang berada dibumi tertakluk dengan dimensi masa bumi.
b) jirim masa yang mengisi ruang antara langit dan bumi adalah jirim yang berlainan dengan jirim masa di bumi. Dalil aqlinya ialah sehari angkasawan negara berada di angkasa lepas bersamaan dengan 2 minggu masa di bumi. Dalil naqlinya ialah surah Al-Ma'arij ayat 4 yang mana Allah mengatakan satu hari antara langit dengan bumi bersamaan 50,000 tahun masa di bumi.
c) jirim masa yang mengisi ruang planet pluto adalah jirim masa yang berlainan dari jirim masa di bumi. Dalil aqlinya ialah satu hari di pluto tidak sama dengan satu hari di bumi.
d) jirim masa di alam ahirat tidak sama dengan jirim masa alam dunia di bumi. Dalil naqlinya ialah firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 47 iaitu 1 hari di alam akhirat bersamaan 1000 tahun masa di bumi.
Dari itu jelaslah bahawa masa itu berjirim. Dan jelaslah juga iaitu berjirim adalah sifat mahluk kerana mahluk terbatas kepada ruang. Manakala, Allah tidak diliputi oleh ruang bermakna Allah itu tidak berjirim. Maka, benarlah sekiranya Allah mengatakan Dia istiwa' di atas arasy bukanlah bermakna Allah berada di arasy kerana Allah tidak meliputi ruang.
Sekian, selamat aidilfitri.