BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Sebagai contoh Allah menjelaskan dalam Al-Quran Dia menciptakan langit dan bumi dalam 6 hari. Tetapi kajian sains menunjukkan alam ini dicipta dalam masa 3 billion tahun. Adakah Allah telah melakukan kesilapan? Maha suci Allah dari sebarang ketidaksempurnaan. Apa yang dapat difahami di sini ialah 6 hari itu ialah masa di dalam ruangan yang hanya Allah mengetahui manakala 3 bilion tahun itu adalah masa di dalam ruangan kita di bumi. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah dan amat mudah bagiNya. Dan Allah telah memerintahkan manusia supaya memikirkan tanda-tanda kebesaranNya dalam setiap ciptaanNya.

bro, cuba cek balik apa perkataan yg digunakan dalam alquran... adakah "YAUM" atau "AYYAM"

YAUM bermaksud hari menurut hari2 biasa yg difahami oleh manusia
AYYAM merupakan kata majmuk yg merujuk pada skala masa tertentu.

ini contoh ayat...

سُوۡرَةُ الفُرقان
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ*ۚ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَسۡـَٔلۡ بِهِۦ خَبِيرً۬ا (٥٩)

Al-Furqan, Ayat 59
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya. (59)

ada beberapa ayat lagi yg menceritakan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa, cuba rujuk balik apa perkataan yg digunakan.

contoh perkataan yaum pla

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ - MALIKI YAUMID DIN dalam alfatihah
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
 
Last edited:

Saudara, saya tahu AYYAM itu adalah plural bagi Yaum iaitu banyak hari. Namun para ulama tafsir menafsirkannya sebagai sela masa berdasaran kefahaman masing-masing dan mereka juga betul. Tetapi memahami bahawa AYYAM itu hari juga betul kerana yang dimaksudkan dengan hari itu bukanlah hari yang dimaksudkan di bumi. Telah banyak dijelaskan dalam Al-Quran yang mana Allah mengatakan 1 hari bersamaan 1000 tahun hari manusia di bumi, atau 1 hari bersamaan 50,000 tahun di bumi.

Kamu katakan Allah guna AYYAM untuk membezakan dengan YAUM iaitu hari yang biasa bagi manusia, sila jelaskan penggunaan YAUM dalam surah Al-Maarij ayat 4 yang mana Allah menggunakan YAUM.

Dalam surah Al-Ma'arij ayat 4 Allah mengatakan YAUM itu bersamaan dengan 50,000 tahun masa di bumi.

Juga di dalam surah Al-Hajj ayat 47 Allah menggunakan perkataan YAUM dan menjelaskan 1 YAUM itu bersamaan 1000 tahun masa di bumi.

Oleh itu berdasarkan kepada dalil-dalil tersebut pada fahaman saya AYYAM yang dimaksudkan di sini ialah merujuk kepada hari dalam masa dan ruang yang hanya Allah mengetahui.
 
setakat yg aku faham, malaikat jin dan manusia berada dalam dimensi ruang dan masa yg sama... yg membezakan kita tidak mampu melihat alam yg didiami oleh malaikat dan jin disebabkan faktor2 unsur yg membina jasad masing2. klu berbeza dimensi, tidak mungkin Nabi s.a.w dapat bertemu malaikat jibril.

Allah tidak terikat pada ruang dan masa, sebab kedua2nya adalah ciptaan Allah. Itulah hakikatnya kenapa Allah bersifat qadim, tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Mengetahui perkara silam dan akan datang.

Fikiran manusia tidak berpandu pada nas tidak mampu memikirkan hakikat Al-Awwal dan Al-Akhir Allah kerana terikat dalam dimensi ruang dan masa yg perlu dijalani.

Kalau begitu kamu yakin bahawa malaikat dan jin juga berjirim dan berjisim bukan? kerana kamu juga yakin mereka adalah jasad yang dicipta dari sumber berlainan? Mereka tidak terlihat pada pandangan zahir manusia kerana mereka bukan jirim atau jisim yang mengambil bentuk pepejal, cecair atau gas. Dan lagi kamu bersetuju bahawa malaikat, jin dan manusia berada dalam ruang dan dimensi yang sama. Maknanya di sini, setiap yang memenuhi ruang itu adalah berjirim. Betul? Dalam konteks ini, jika malaikat itu berada di bumi maka mereka akan berada dalam dimensi masa dan dimensi ruang yang sama dengan manusia namun tidak terlihat oleh manusia. Dan dapat juga difahami di sini bahawa jisim juga bukan hanya terdapat dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Betul?

Kalau begitu benarlah apa yang saya katakan bahawa masa juga berjirim kerana masa juga memenuhi ruang. Namun begitu bagaimana keadaan jirim dan jisim masa itu tidaklah kita ketahui keadaannya kerana ia tidak terzahir pada pandangan kita sebagaimana tidak terzahir pada pandangan kita jirim dan jisim malaikat, jin, roh dan lain-lain perkara ghaib.
 
Last edited:
ramai yang tersalah faham..ruang dan dimensi tuh benda yang sama :-?

Saya telah jelaskan maksud pertanyaan saya kepada bluedream itu. Dimensi dan ruang adalah dua perkara yang berbeza.
 
Saudara, saya tahu AYYAM itu adalah plural bagi Yaum iaitu banyak hari. Namun para ulama tafsir menafsirkannya sebagai sela masa berdasaran kefahaman masing-masing dan mereka juga betul. Tetapi memahami bahawa AYYAM itu hari juga betul kerana yang dimaksudkan dengan hari itu bukanlah hari yang dimaksudkan di bumi. Telah banyak dijelaskan dalam Al-Quran yang mana Allah mengatakan 1 hari bersamaan 1000 tahun hari manusia di bumi, atau 1 hari bersamaan 50,000 tahun di bumi.

Kamu katakan Allah guna AYYAM untuk membezakan dengan YAUM iaitu hari yang biasa bagi manusia, sila jelaskan penggunaan YAUM dalam surah Al-Maarij ayat 4 yang mana Allah menggunakan YAUM.

Dalam surah Al-Ma'arij ayat 4 Allah mengatakan YAUM itu bersamaan dengan 50,000 tahun masa di bumi.

Juga di dalam surah Al-Hajj ayat 47 Allah menggunakan perkataan YAUM dan menjelaskan 1 YAUM itu bersamaan 1000 tahun masa di bumi.

Oleh itu berdasarkan kepada dalil-dalil tersebut pada fahaman saya AYYAM yang dimaksudkan di sini ialah merujuk kepada hari dalam masa dan ruang yang hanya Allah mengetahui.

kedua2nya merujuk pada masa... bezanya SINGLE dan PLURAL
mungkin tak menjadi masalah besar selama mana kita fahami kedua2nya merujuk pada masa.

Al-Ma'arij ayat 4 dan Al-Hajj ayat 47 merujuk kepada SINGLE hari... yg membezakan hanya relativiti ukuran masa dan tempat. Jika mengikut teori relativiti, masa bergerak lebih cepat pada graviti yg rendah... dan graviti pula berkadar terus dengan jisim. Jika nak dibandingkan jisim planet bumi dan jisim alam akhirat... so teori tersebut terpakai sebab ada dinyatakan bahawa alam akhirat itu lebih besar dan luas berbanding alam dunia. Dan secara tidak langsung ia mempengaruhi pergerakan masa. Apa yg saya cuba nyatakan disini adalah YAUM.

dan saya memahami AYYAM adalah PLURAL.... sekumpulan masa ataupun merupakan fasa yg didalamnya melibatkan beberapa YAUM.

setakat ni saya pun masih begitu samar tentang kepentingan penggunaan 2 perkataan tu. Saya yakin cuma Tuhan yg tahu.... hehe
 
manusia dicipta dari tanah... unsur2 yg terdapat dibumi utk menyebatikan manusia hidup dibumi. manusia mendapat makanan dari bumi. semua unsur yg diperlukan oleh jasad bersifat jirim.

malaikat dicipta daripada cahaya. manakala cahaya itu merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. cahaya bergerak lebih cepat. manusia tidak mampu melihat makhluk di alam ghaib disebabkan perbezaan frekuensi gerakan jirim yg membina struktur tubuh manusia. secara teorinya jika manusia dapat mengjadikan struktur yg membina jasadnya bergerak dalam kelajuan cahaya sehingga menyamai frekuensi malaikat.... manusia akan dapat melihat malaikat... atau makhluk alam ghaib

Tujuan saya bertanya soalan yang saya tanya dahulu adalah untuk memastikan kamu tidak terperangkap dengan teori masa yang mengatakan manusia boleh berada dimasa hadapan atau masa silam sekiranya dapat bergerak dengan kelajuan yang sangat laju.

Pada saya teori itu adalah salah kerana walaupun manusia bergerak melebihi kelajuan cahaya dia masih mengisi ruang yang sama dengan ruang yang diisi oleh masa iaitu ruang bumi. Oleh itu adalah mustahil untuknya keluar dari dimensi masa itu. Malah tiada dalil dalam Al-Quran yang menyebut manusia mampu pergi ke masa silam atau masa hadapan.

Walaubagaimanapun, saya meyakini bahawa masa itu berjirim ialah kerana masa adalah sesuatu yang mengisi ruang sebagaimana telah dijelaskan saya melalui dalil aqli dan dalil naqli sebelum ini. Namun, bentuk jirim dan jisim masa itu tidaklah diketahui dan tidak terzahir pada pandangan manusia sebagaimana tidak diketahui dan tidak terzahir jirim dan jisim malaikat. Teori sains yang menerangkan bahawa jisim itu adalah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas adalah kerana teori itu dicipta oleh orang kafir yang tidak mempercayai kewujudan alam ghaib. Sebab itu saya mengatakan bahawa Al-Quran yang menjelaskan sains bukan sebaliknya.

Sebab saya mengatakan masa itu berjirim adalah berdasarkan kepada kajian saya tentang teori relativiti masa itu sendiri. Teori ini adalah teori yang membandingkan jirim-jirim masa yang berlainan.

a) jirim masa yang mengisi ruang bumi adalah masa yang kita lalui sekarang. Apa-apa benda yang berada dibumi tertakluk dengan dimensi masa bumi.

b) jirim masa yang mengisi ruang antara langit dan bumi adalah jirim yang berlainan dengan jirim masa di bumi. Dalil aqlinya ialah sehari angkasawan negara berada di angkasa lepas bersamaan dengan 2 minggu masa di bumi. Dalil naqlinya ialah surah Al-Ma'arij ayat 4 yang mana Allah mengatakan satu hari antara langit dengan bumi bersamaan 50,000 tahun masa di bumi.

c) jirim masa yang mengisi ruang planet pluto adalah jirim masa yang berlainan dari jirim masa di bumi. Dalil aqlinya ialah satu hari di pluto tidak sama dengan satu hari di bumi.

d) jirim masa di alam ahirat tidak sama dengan jirim masa alam dunia di bumi. Dalil naqlinya ialah firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 47 iaitu 1 hari di alam akhirat bersamaan 1000 tahun masa di bumi.

Dari itu jelaslah bahawa masa itu berjirim. Dan jelaslah juga iaitu berjirim adalah sifat mahluk kerana mahluk terbatas kepada ruang. Manakala, Allah tidak diliputi oleh ruang bermakna Allah itu tidak berjirim. Maka, benarlah sekiranya Allah mengatakan Dia istiwa' di atas arasy bukanlah bermakna Allah berada di arasy kerana Allah tidak meliputi ruang.

Sekian, selamat aidilfitri.
 
kedua2nya merujuk pada masa... bezanya SINGLE dan PLURAL
mungkin tak menjadi masalah besar selama mana kita fahami kedua2nya merujuk pada masa.

Al-Ma'arij ayat 4 dan Al-Hajj ayat 47 merujuk kepada SINGLE hari... yg membezakan hanya relativiti ukuran masa dan tempat. Jika mengikut teori relativiti, masa bergerak lebih cepat pada graviti yg rendah... dan graviti pula berkadar terus dengan jisim. Jika nak dibandingkan jisim planet bumi dan jisim alam akhirat... so teori tersebut terpakai sebab ada dinyatakan bahawa alam akhirat itu lebih besar dan luas berbanding alam dunia. Dan secara tidak langsung ia mempengaruhi pergerakan masa. Apa yg saya cuba nyatakan disini adalah YAUM.

dan saya memahami AYYAM adalah PLURAL.... sekumpulan masa ataupun merupakan fasa yg didalamnya melibatkan beberapa YAUM.

setakat ni saya pun masih begitu samar tentang kepentingan penggunaan 2 perkataan tu. Saya yakin cuma Tuhan yg tahu.... hehe

Nampaknya isi kita sama cuma kefahaman sahaja berlainan. Pada pembacaan saya kamu juga bersetuju bahawa masa itu berjirim.
 
Saya telah jelaskan maksud pertanyaan saya kepada bluedream itu. Dimensi dan ruang adalah dua perkara yang berbeza.

Yang dimaksudkan dalam surah Ar-Rahman itu adalah menembus keluar dari langit. Memang tidak ada makhluk yang berjaya menembus keluar dari langit. Nabi Adam as, Isa as dan Muhammad SAW semuanya masih berada di langit.

bagaimana dengan yang dibirukan nih..boleh saudara ulaskan dengan lebih detail lagi? :)
 
Back
Top
Log in Register