orraitt!!!
Active Member
- Messages
- 1,136
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 1,136
- Reaction score
- 19
- Points
- 25
Untuk orraaiitt fikirkan juga- saya requote balik kata2 anda.
Memang benar Allah SWT menyatakan Dia istiwa' di atas arasy. - ada dlm Quran
Tetapi ia tidak boleh disamakan seperti mana makhluk istiwa' - ada dlm Quran
Jika makhluk beristiwa' bermakna dia berada ditempat itu kerana makhluk itu berjisim dan memerlukan arah untuk bertempat - Logik Akal betul.
Sebaliknya, ia tidak bagi Allah SWT kerana Dia bukanlah jisim yang memerlukan tempat. -- Allah berjisim atau tidak, ada ke dinyatakan dalam Alquran. Allah tidak bergantung pada sesuatu ada dalam Alquran.
Kita wajib mengimani bahawa Allah SWT istiwa' di atas arasy tetapi kita tidak boleh mengatakan Dia berada di arasy kerana Dia bukannya jisim - Persoalan Allah berjisim atau tidak, adakah dinyatakan dalam Alquran??...maksud jisim adalah jirim yang memenuhi ruang, manusia berjisim, masa tidak berjisim. Sedangkan masa dan manusia adalah makhluk allah, yang aku tau Allah tidak menyerupai sesuatu ada dalam alquran. masa dan ruang kang masuk teori enstein pulak....lagi pening
Dan lagi Allah SWT itu bersifat berdiri dengan sendiri dan jika Dia berada di arasy bermaksud dia memerlukan tempat untuk menzahirkan kewujudanNya. Ini adalah sifat yang mustahil bagi Allah SWT. --- Berada di arasy tak bermaksud dia perlukan tempat. Seperti mana dia menyuruh malaikat raqib dan atid memerhati dan mencatat amalan manusia, tidak bermakna Allah tidak mengetahui, dan tidak bermakna malaikat perlu melapor pada Allah pulak. Begitu andaiannya.
Saya tanya balik apakah pengertian jisim dan jirim pada kamu? Adakah kamu beranggapan jisim itu perlu pada bentuk fizikal seperti manusia? Kalau begitu tunjukkan pada saya jisim roh, jisim cahaya, jisim udara dan jisim malaikat raqib dan 'atid yang ada di samping kamu.
Sesungguhnya masa itu juga berjisim kerana ia adalah jirim yang memenuhi ruang. Cuma bagaimanakah bentuk jisim masa itu tidaklah diketahui sebagaimana tidak kita ketahui bentuk jisim roh, cahaya, malaikat dan sebagainya. Dalil aqlinya ialah masa yang mengisi ruang bumi ini tidaklah sama dengan masa yang mengisi ruang planet-planet lain ataupun alam lain. Dengan erti kata lain masa yang dikira satu hari di bumi tidaklah sama seperti masa yang dikira satu hari di pluto kerana masa di bumi hanya mengisi ruang bumi sahaja. Dan dalil naqlinya ialah firman Allah Taala;
"..sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."[Al-Hajj ayat 47]
Dan kalau ikut kefahaman kamu bahawa jisim itu ialah jirim yang mengisi ruang maka benarlah masa itu juga berjisim. Dan dengan itu jelaslah bahawa berjisim itu adalah sifat makhluk bukan sifat Allah SWT.
Last edited:
