BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Untuk orraaiitt fikirkan juga- saya requote balik kata2 anda.

Memang benar Allah SWT menyatakan Dia istiwa' di atas arasy. - ada dlm Quran

Tetapi ia tidak boleh disamakan seperti mana makhluk istiwa' - ada dlm Quran

Jika makhluk beristiwa' bermakna dia berada ditempat itu kerana makhluk itu berjisim dan memerlukan arah untuk bertempat - Logik Akal betul.

Sebaliknya, ia tidak bagi Allah SWT kerana Dia bukanlah jisim yang memerlukan tempat. -- Allah berjisim atau tidak, ada ke dinyatakan dalam Alquran. Allah tidak bergantung pada sesuatu ada dalam Alquran.

Kita wajib mengimani bahawa Allah SWT istiwa' di atas arasy tetapi kita tidak boleh mengatakan Dia berada di arasy kerana Dia bukannya jisim - Persoalan Allah berjisim atau tidak, adakah dinyatakan dalam Alquran??...maksud jisim adalah jirim yang memenuhi ruang, manusia berjisim, masa tidak berjisim. Sedangkan masa dan manusia adalah makhluk allah, yang aku tau Allah tidak menyerupai sesuatu ada dalam alquran. masa dan ruang kang masuk teori enstein pulak....lagi pening

Dan lagi Allah SWT itu bersifat berdiri dengan sendiri dan jika Dia berada di arasy bermaksud dia memerlukan tempat untuk menzahirkan kewujudanNya. Ini adalah sifat yang mustahil bagi Allah SWT. --- Berada di arasy tak bermaksud dia perlukan tempat. Seperti mana dia menyuruh malaikat raqib dan atid memerhati dan mencatat amalan manusia, tidak bermakna Allah tidak mengetahui, dan tidak bermakna malaikat perlu melapor pada Allah pulak. Begitu andaiannya.

Saya tanya balik apakah pengertian jisim dan jirim pada kamu? Adakah kamu beranggapan jisim itu perlu pada bentuk fizikal seperti manusia? Kalau begitu tunjukkan pada saya jisim roh, jisim cahaya, jisim udara dan jisim malaikat raqib dan 'atid yang ada di samping kamu.

Sesungguhnya masa itu juga berjisim kerana ia adalah jirim yang memenuhi ruang. Cuma bagaimanakah bentuk jisim masa itu tidaklah diketahui sebagaimana tidak kita ketahui bentuk jisim roh, cahaya, malaikat dan sebagainya. Dalil aqlinya ialah masa yang mengisi ruang bumi ini tidaklah sama dengan masa yang mengisi ruang planet-planet lain ataupun alam lain. Dengan erti kata lain masa yang dikira satu hari di bumi tidaklah sama seperti masa yang dikira satu hari di pluto kerana masa di bumi hanya mengisi ruang bumi sahaja. Dan dalil naqlinya ialah firman Allah Taala;
"..sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."[Al-Hajj ayat 47]

Dan kalau ikut kefahaman kamu bahawa jisim itu ialah jirim yang mengisi ruang maka benarlah masa itu juga berjisim. Dan dengan itu jelaslah bahawa berjisim itu adalah sifat makhluk bukan sifat Allah SWT.
 
Last edited:

aku tertarik dengan yang dimerahkan tuh..jika masa itu berjisim..apakah timbangan/sukatan untuk masa? :-?..dan apakah masa itu boleh dipegang?..seperti yang sedara nyatakan..masa itu berjisim :-?
 
Mengikut kefahaman saya, Jisim adalah apa-apa jirim yang memenuhi ruang. Jirim boleh wujud dalam tiga bentuk, pepejal, gas dan cecair. Masa bukan lah jirim dan bukan juga ruang. Ramai yang memperkatakan teori masa dan ruang. Terutama Albert Enstein, teori ruang melengkung dan masa boleh dilambatkan dan berpatah balik. Ini tidak tercapai akal oleh saya. Islam itu mudah, takda lah sampai ke tahap tu nak berfikir tentang sifat Allah, amik sahaja "Allah tidak menyerupai sesuatu", straight dari ayat alquran.

P/s Takrifan oraait pasal masa,ruang,jisim dan jirim macam seorang scientist. ada buat kajian ke......
 
:-?..jika masa itu bukan jirim dan bukan ruang...mengapakah pula adanya ayat yang berbunyi (maksudnya)
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.(al-Hajj 47)
..bukankah disitu sudah adanya relatif masa..?

ps: Einstein tidak pernah menyatakan masa boleh berpatah balik..hanya Stephen Hawking yang mengatakan masa boleh berpatah balik
 
dari segi penggunaan bahasa dan istilah sains Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik.

Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim.

Jirim terdiri atau dapat dipecahkan kepada zarah2 halus yg diskrit yg pada mulanya dikenali sebagai atom. Dengan berkembangnya teknologi mikroskopik akhirnya didapati atom itu pula terdiri daripada 3 komponen iaitu proton, elektron dan neuton.
 
aku tertarik dengan yang dimerahkan tuh..jika masa itu berjisim..apakah timbangan/sukatan untuk masa? :-?..dan apakah masa itu boleh dipegang?..seperti yang sedara nyatakan..masa itu berjisim :-?

Seperti yang saya katakan bagaimana bentuk jisim masa itu tidaklah diketahui sebagaimana kita tidak mengetahui bentuk jisim roh, cahaya, udara, malaikat, iblis dan lain-lain jisim yang tidak mengambil bentuk fizikal. Seperti kefahaman kamu bahawa jisim itu ialah jirim yang mengisi ruang. Maka setiap sesuatu yang mengisi ruang itu adalah jisim. Betul? Mengenai masa pernahkah kamu mengkaji bagaimana Einstein menemui teori relatif? Saya sekadar bertanya je sebab saya pun belajar pasal teori relativiti dulu dan semakin saya kaji semakin saya yakin bahawa masa itu adalah jisim.

Kalaulah syarat sesuatu jisim itu ialah sesuatu yang boleh dipegang dan disukat, saya ingin melihat kamu memegang jisim cahaya sebanyak 1kg. Ataupun kamu berikan kepada saya ukuran jisim roh kamu. :)
 
Setahunye, masa bukan jirim, xde zarah pun, masa bukan ruang jugak. Tetapi masa adalah relatif memang betol. Albert Einstein pun kata. Masa boleh jadi pendek dan panjang. Tak tercapai akal nak memikirkannya qba437, lu pk lar sendiri..hahah...ke sini pulak perbincangan kiter yer...hihi
 
dari segi penggunaan bahasa dan istilah sains Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik.

Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim.

Jirim terdiri atau dapat dipecahkan kepada zarah2 halus yg diskrit yg pada mulanya dikenali sebagai atom. Dengan berkembangnya teknologi mikroskopik akhirnya didapati atom itu pula terdiri daripada 3 komponen iaitu proton, elektron dan neuton.

Jika jirim itu bersamaan dengan atom, maka jirim yang bercantum membentuk malaikat tentulah tidak sama dengan jirim yang bercantuk membentuk manusia. Betul? Kerana jirim yang membentuk manusia boleh dilihat dengan mata kasar dan memepunyai bentuk yang tetap. Sedangkan jirim yang membentuk malaikat tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak mempunyai bentuk yang tetap.

Sesungguhnya, sains hanya menerangkan penciptaan yang zahir sahaja. Sains tidak akan sekali-kali boleh menerangkan penciptaan yang ghaib.
 
Seperti yang saya katakan bagaimana bentuk jisim masa itu tidaklah diketahui sebagaimana kita tidak mengetahui bentuk jisim roh, cahaya, udara, malaikat, iblis dan lain-lain jisim yang tidak mengambil bentuk fizikal. Seperti kefahaman kamu bahawa jisim itu ialah jirim yang mengisi ruang. Maka setiap sesuatu yang mengisi ruang itu adalah jisim. Betul? Mengenai masa pernahkah kamu mengkaji bagaimana Einstein menemui teori relatif? Saya sekadar bertanya je sebab saya pun belajar pasal teori relativiti dulu dan semakin saya kaji semakin saya yakin bahawa masa itu adalah jisim.

Kalaulah syarat sesuatu jisim itu ialah sesuatu yang boleh dipegang dan disukat, saya ingin melihat kamu memegang jisim cahaya sebanyak 1kg. Ataupun kamu berikan kepada saya ukuran jisim roh kamu. :)

:-?:-?..kamu nak kata masa itu jisim atau jirim?
 
Setahunye, masa bukan jirim, xde zarah pun, masa bukan ruang jugak. Tetapi masa adalah relatif memang betol. Albert Einstein pun kata. Masa boleh jadi pendek dan panjang. Tak tercapai akal nak memikirkannya qba437, lu pk lar sendiri..hahah...ke sini pulak perbincangan kiter yer...hihi

Kalau kamu berpendapat begitu maka malaikat juga tidak berjisim kerana takde zarah dan tidak dapat dilihat walaupun kamu guna mikroskop. Sedangkan di dalam Al-Quran telah diceritakan tentang sifat malaikat iaitu mereka mempunyai sayap dan boleh berubah bentuk kepada bentuk manusia. Bagaimana kamu nak terangkan jisim malaikat melalui sains?
 
Back
Top
Log in Register