carlos_vinyard
Active+ Member
- Messages
- 2,794
- Joined
- Jan 12, 2008
- Messages
- 2,794
- Reaction score
- 23
- Points
- 35
aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Aku pun antara penggemar topic ni, aku nie bukan lah kelulusan agama, lulusan engineering shj, apa yang dapat aku simpulkan dari perbincangan thread nie adalah seperti berikut:
1. Pihak yang menggelarkan diri mereka "ahli sunnah wal jamaah" tidak mahu mengambil perkara-perkara zahir dalam menafsir ayat mengenai sifat-sifat allah dan alam ghaib. Bagi mereka terdapat dua ayat iaitu ayat yang jelas dan mutashabihat. Mereka tidak mahu menyamakan sifat Allah ada tangan, manusia pun ada tangan, Allah di langit bertempat, manusia pun bertempat. Ini pada pandangan mereka menjejaskan atau mengurangi keagungan Allah kerana terdapat persamaan dengan sifat makhluk. Justeru,pihak ini ada yang mengembalikan ayat mutashabihat tersebut kepada Allah dan ada juga terpaksa mengubah maksud2 tertentu di dalam alquran, contoh tangan Allah diganti dengan kuasa dan ini dikenali dengan ayat mutashabihat. Perubahan ini dibuat untuk tidak menyamakan sifat makhluk dan sifat Allah. Takwil yang lebih sesuai digantikan dengan ayat sebenar selari meninggikan keagungan Allah, contoh tangan = kuasa. Pihak Ahli sunnah Wal jamaah menuduh wahabi sesat kerana menyamakan sifat manusia dengan sifat allah. Menyamakan sifat Makhluk dan sifat Allah jelas syirik.
2. Pihak yang di gelar "Wahabi" pula mengambil pendekatan untuk hanya ambil perkara zahir dalam membicarakan sifat-sifat Allah dan alam ghaib, mengambil pendekatan tidak mahu menafsir atau merubah ayat alquran kepada tafsiran yang lain. Contohnye, Allah ada tangan, cukup beriman Allah ada tangan, tetapi tidak menyamakan tangan Allah dengan tangan manusia. Ini termasuk lah contoh di mana Allah, Beriman Allah di langit, cukup, jangan ditanya langit itu mcm mana, berjisim ke tidak, selagi tidak ada nas yang menyokong.Jawab sahaja "wallahu'alam Bisawab". Pihak wahabi menuduh pihak yang menggelarkan diri meraka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebagai sesat kerana merubah ayat Allah sama seperti kaum yahudi merubah ayat2 allah dari rasul-rasul mereka dan akhirnya menafikan sifat allah. Sifat Allah ada tangan dan sifat Allah bersemayam di atas langit sebagai contoh dinafikan. "Ahlus Sunnah Waljamah" menafikan Allah ada tangan, dan Allah bertempat di langit. Menafikan sifat-sifat allah juga sememangnya terjurus ke arah syirik.
Justeru, kesimpulannya, aku pun bingung...haha...moga-moga pihak ahli sunnah wal jamaah dan wahabi yang senantiasa mengangkat kedudukan Allah mendapat rahmat dan lindungannya. Nabi pun dah kata, selagi berpegang kepada alquran dan assunnah, takkan tersesat, tapi kat sini masalahnye dah amik sumber dari alquran dan assunnah, cuma tafsiran berbeza. Wahhau'alam Bisawab.
aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....
aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....
Yang sebenarnya bukan Allah dimana-mana....sebab tiada dalil yang menyatakan sedemikan, sifat Allah maha mendengar maha melihat tu lah yang dimaksudkan oleh ustaz tu carlos_vinyard

Aku pun antara penggemar topic ni, aku nie bukan lah kelulusan agama, lulusan engineering shj, apa yang dapat aku simpulkan dari perbincangan thread nie adalah seperti berikut:
1. Pihak yang menggelarkan diri mereka "ahli sunnah wal jamaah" tidak mahu mengambil perkara-perkara zahir dalam menafsir ayat mengenai sifat-sifat allah dan alam ghaib. Bagi mereka terdapat dua ayat iaitu ayat yang jelas dan mutashabihat. Mereka tidak mahu menyamakan sifat Allah ada tangan, manusia pun ada tangan, Allah di langit bertempat, manusia pun bertempat. Ini pada pandangan mereka menjejaskan atau mengurangi keagungan Allah kerana terdapat persamaan dengan sifat makhluk. Justeru,pihak ini ada yang mengembalikan ayat mutashabihat tersebut kepada Allah dan ada juga terpaksa mengubah maksud2 tertentu di dalam alquran, contoh tangan Allah diganti dengan kuasa dan ini dikenali dengan ayat mutashabihat. Perubahan ini dibuat untuk tidak menyamakan sifat makhluk dan sifat Allah. Takwil yang lebih sesuai digantikan dengan ayat sebenar selari meninggikan keagungan Allah, contoh tangan = kuasa. Pihak Ahli sunnah Wal jamaah menuduh wahabi sesat kerana menyamakan sifat manusia dengan sifat allah. Menyamakan sifat Makhluk dan sifat Allah jelas syirik.
2. Pihak yang di gelar "Wahabi" pula mengambil pendekatan untuk hanya ambil perkara zahir dalam membicarakan sifat-sifat Allah dan alam ghaib, mengambil pendekatan tidak mahu menafsir atau merubah ayat alquran kepada tafsiran yang lain. Contohnye, Allah ada tangan, cukup beriman Allah ada tangan, tetapi tidak menyamakan tangan Allah dengan tangan manusia. Ini termasuk lah contoh di mana Allah, Beriman Allah di langit, cukup, jangan ditanya langit itu mcm mana, berjisim ke tidak, selagi tidak ada nas yang menyokong.Jawab sahaja "wallahu'alam Bisawab". Pihak wahabi menuduh pihak yang menggelarkan diri meraka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebagai sesat kerana merubah ayat Allah sama seperti kaum yahudi merubah ayat2 allah dari rasul-rasul mereka dan akhirnya menafikan sifat allah. Sifat Allah ada tangan dan sifat Allah bersemayam di atas langit sebagai contoh dinafikan. "Ahlus Sunnah Waljamah" menafikan Allah ada tangan, dan Allah bertempat di langit. Menafikan sifat-sifat allah juga sememangnya terjurus ke arah syirik.
Justeru, kesimpulannya, aku pun bingung...haha...moga-moga pihak ahli sunnah wal jamaah dan wahabi yang senantiasa mengangkat kedudukan Allah mendapat rahmat dan lindungannya. Nabi pun dah kata, selagi berpegang kepada alquran dan assunnah, takkan tersesat, tapi kat sini masalahnye dah amik sumber dari alquran dan assunnah, cuma tafsiran berbeza. Wahhau'alam Bisawab.
Jadi kesimpulannya, persoalan di mana Allah, Allah bersemayam di atas arasy, beriman sahaja lah, jangan di nafikan. Dan sekiranya hujah Allah ada tanpa bertempat hujah yang kuat disepakati ulamak untuk menjaga keagungan Allah beriman lah juga, jangan di nafikan kerana secara dalil akalnya Allah terpulang kepada kehendakNya untuk memberitahu di mana dia berada dan Dia berhak berada di mana-mana sesuai dengan Keagungannya. Tersilap bagitau. haha...nie dalil akal yang mungkin.Apa pun kena ada dalil dari Alquran, hadis, dan ulamak terdahulu.