BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....
 
Aku pun antara penggemar topic ni, aku nie bukan lah kelulusan agama, lulusan engineering shj, apa yang dapat aku simpulkan dari perbincangan thread nie adalah seperti berikut:

1. Pihak yang menggelarkan diri mereka "ahli sunnah wal jamaah" tidak mahu mengambil perkara-perkara zahir dalam menafsir ayat mengenai sifat-sifat allah dan alam ghaib. Bagi mereka terdapat dua ayat iaitu ayat yang jelas dan mutashabihat. Mereka tidak mahu menyamakan sifat Allah ada tangan, manusia pun ada tangan, Allah di langit bertempat, manusia pun bertempat. Ini pada pandangan mereka menjejaskan atau mengurangi keagungan Allah kerana terdapat persamaan dengan sifat makhluk. Justeru,pihak ini ada yang mengembalikan ayat mutashabihat tersebut kepada Allah dan ada juga terpaksa mengubah maksud2 tertentu di dalam alquran, contoh tangan Allah diganti dengan kuasa dan ini dikenali dengan ayat mutashabihat. Perubahan ini dibuat untuk tidak menyamakan sifat makhluk dan sifat Allah. Takwil yang lebih sesuai digantikan dengan ayat sebenar selari meninggikan keagungan Allah, contoh tangan = kuasa. Pihak Ahli sunnah Wal jamaah menuduh wahabi sesat kerana menyamakan sifat manusia dengan sifat allah. Menyamakan sifat Makhluk dan sifat Allah jelas syirik.


2. Pihak yang di gelar "Wahabi" pula mengambil pendekatan untuk hanya ambil perkara zahir dalam membicarakan sifat-sifat Allah dan alam ghaib, mengambil pendekatan tidak mahu menafsir atau merubah ayat alquran kepada tafsiran yang lain. Contohnye, Allah ada tangan, cukup beriman Allah ada tangan, tetapi tidak menyamakan tangan Allah dengan tangan manusia. Ini termasuk lah contoh di mana Allah, Beriman Allah di langit, cukup, jangan ditanya langit itu mcm mana, berjisim ke tidak, selagi tidak ada nas yang menyokong.Jawab sahaja "wallahu'alam Bisawab". Pihak wahabi menuduh pihak yang menggelarkan diri meraka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebagai sesat kerana merubah ayat Allah sama seperti kaum yahudi merubah ayat2 allah dari rasul-rasul mereka dan akhirnya menafikan sifat allah. Sifat Allah ada tangan dan sifat Allah bersemayam di atas langit sebagai contoh dinafikan. "Ahlus Sunnah Waljamah" menafikan Allah ada tangan, dan Allah bertempat di langit. Menafikan sifat-sifat allah juga sememangnya terjurus ke arah syirik.

Justeru, kesimpulannya, aku pun bingung...haha...moga-moga pihak ahli sunnah wal jamaah dan wahabi yang senantiasa mengangkat kedudukan Allah mendapat rahmat dan lindungannya. Nabi pun dah kata, selagi berpegang kepada alquran dan assunnah, takkan tersesat, tapi kat sini masalahnye dah amik sumber dari alquran dan assunnah, cuma tafsiran berbeza. Wahhau'alam Bisawab.

Semoga kamu dan saya diberi hidayah oleh Allah untuk mengenalNya dan memahami agamaNya. Amiin.
 
aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....

Mungkin cikgu kamu berkata begitu sesuai dengan tahap pemikiran budak sekolah waktu itu. Sesungguhnya pengetahuan Allah meliputi setiap tempat kerana Dia Maha Mengetahui.
 
aku teringat dulu2 masa skolah rendah..ustaz aku dh pesan.... jauhilah kemungkaran kerana Allah ada dimana-mana memerhatikan kamu....

Ketahuilah olehmu Wahai Sahabatku carlos_vinyard......

Apabila percakapan mana2 Ustaz menyalahi Penerangan Ulama dan Fuqaha' (Kitab2 Tauhid Muktabar), maka kenyataan Ustaz itu MARDUD (TERTOLAK)..

Ini kerana, ustaz2 tersebut bukanlah Ulama Besar Tauhid..

Diharap saudara memahami LEVEL DAN KETINGGIAN ILMU ULAMA-ULAMA MUKTABAR, tidak ada kenyataan Ulama dan Fuqaha' (Kitab2 Muktabar) yang menyalahi AL-QURAN DAN AL-HADIS...

.......................

Sesungguhnya, perkataan "ALLAH BERADA DI MANA-MANA" adalah perkataan PALING MUNGKAR yang disandarkan pada Zat Allah Taala.

Ulama dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar) tidak pernah mengatakan "ALLAH TAALA di mana-mana."

Jika ALLAH TAALA berada di mana-mana. Sudah tentu, ALLAH TAALA berada di mulut-mulut binatang seperti monyet, beruk, anjing, ba*i, khinzir, katak, musang, ular dan sebagainya.

Dan, yang paling DAHSYATNYA, jika ALLAH TAALA berada di mana-mana, sudah tentu ALLAH BERADA di Faraj-faraj Perempuan...

Mengatakan seperti apa yang dinyatakan di atas boleh menyebabkan seseorang itu jatuh Riddah (Memutuskan Keislaman / Murtad / Kafir) walaupun tanpa niat.

Itulah sebabnya KITA DIWAJIBKAN BELAJAR TAUHID supaya tidak menghina ALLAH TAALA..

Perhatikanlah nas serta ibarah yang terkandung di dalam Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin (Berusia 243 tahun), bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, seorang Ulama Tauhid Besar Tanah Melayu, m/s 13, baris 12 dari atas.

IMG.jpg


IMG_0002.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

(Dan setengah) mereka (Qaum Jahmiyyah) itu adalah iktiqadnya bahawa, Haq (Zat) Allah Taala itu Maujud (Ada) pada tiap-tiap tempat atas Wajah Hulul (Mengambil Tempat) dan Ittihad (Menduduki).

(Maka), iktiqad yang demikian itu KUFUR (KAFIR).

(Kerana) Mengisbatkan (Menetapkan) tempat dan Ta'addud (Berbilang) bagi Haq (Zat) Allah Taala.

Dari kerana, jika ada ALLAH TAALA itu Maujud (Ada) pada tiap-tiap tempat. Nescaya, adalah Ia (ALLAH TAALA) itu Maujud (Ada) pada tiap-tiap mulut segala binatang, dan anjing, dan pada segala FARAJ PEREMPUAN.

(Maka), barang siapa yang beriktiqad yang demikian itu KAFIR.

................................

Belilah Kitab Muktabar / Kitab Turas / Kitab Kuning dan carilah Guru yang mengajo dengan Betul...

SIA2 je hidup 60-70 tahun ni kalo hidup TAK KENAL KITAB2 MUKTABAR...

Senang cakap, TAK GUNA HIDUP kalo tak KENAL ALLAH TAALA berdasarkan KITAB2 MUKTABAR...


Kesimpulannya,

- MAHA SUCI ALLAH dari berada di mana-mana. Dan, sesungguhnya "ALLAH TAALA ADA TANPA BERTEMPAT."
 
Last edited:
Yang sebenarnya bukan Allah dimana-mana....sebab tiada dalil yang menyatakan sedemikan, sifat Allah maha mendengar maha melihat tu lah yang dimaksudkan oleh ustaz tu carlos_vinyard
 
Yang sebenarnya bukan Allah dimana-mana....sebab tiada dalil yang menyatakan sedemikan, sifat Allah maha mendengar maha melihat tu lah yang dimaksudkan oleh ustaz tu carlos_vinyard

Syukur pada ALLAH TAALA kerana awak faham bahawa ALLAH TAALA itu ADA TANPA BERTEMPAT, kerana ramai lagi yang masih BELUM FAHAM, atau senang cakap JAHILLAH…

Keyakinan yang mengatakan ALLAH itu DI MANA-MANA adalah salah dan membawa kepada KEKUFURAN.. Jadi, sesiapa yang ada KESILAPAN dalam memahami SIFAT-SIFAT ALLAH TAALA wajiblah dibetulkan kesilapan itu.

Ingatlah, MUSTAHIL BAGI ALLAH mengambil RUANG DAN TEMPAT, dan MEMPUNYAI ARAH dan JIHAT sebagaimana dibahaskan di dalam Sifat yang MUSTAHIL bagi Allah, iaitu Bersalahan ALLAH TAALA dengan segala makhluq.…

Apatah lagi, kesilapan itu yang dibangsakan kepada TAUHID... lebih-lebih lagi WAJIB DIBETULKAN kerana mentsabitkan Sifat yang Mustahil bagi ALLAH membawa seseorang itu JADI KAFIR.

Sebagai keselamatan diri kita dan umat Islam semua, marilah sama-sama kita RENUNGKAN apa yang dinyatakan di dalam Kitab ;

Kitab 1 ;

Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, ms 47, baris 11 dari bawah..

IMG_0001.jpg


IMG_0001-1.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

…… Maka, telah sempurna dua puluh yang Mustahil atas Tuhan kita Jalla Wa ^Azza.

Maka, inilah bahagi yang kedua yang WAJIB atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui dia, atas jalan Tafsiliy (Terperinci) supaya kita nafikan sekaliannya itu daripada Tuhan kita.

Kerana, sekalian itu tiada layak bagi Tuhan kita.

(Dan) Barang siapa Iktiqadkan salah suatu daripada yang MUSTAHIL itu, tsabit (menetapkan) bagi Tuhan kita.

Maka, iaitu JADI KAFIR melainkan orang yang diuzurkan dia oleh Syarak, kerana baharu masuk Islam.


……………………………

Kitab Kedua ;

Kitab Risalah Tauhid, bagi Asy-Syaikh Haji Abdul Ghaniy bin Haji Yahya, ms 31-32.

IMG_0002.jpg


IMG_0003.jpg


IMG_0004.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL PADA ALLAH TAALA

Wajib atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui Sifat-sifat yang Mustahil pada TUHAN yang jadi lawan daripada 20 Sifat yang Wajib baginya, dengan dinyatakan satu persatunya.

Manakala, telah ditetapkan satu persatu Sifat yang WAJIB bagi ALLAH TAALA 20 Sifat.

Maka, tetaplah MUSTAHIL lawannya yang kekurangan itu kerana yang dituntut pada ilmu ini mentsabitkan (menetapkan) segala Aqaid (Aqidah) atas Jalan Tafsil (Terperinci) pada segala Sifat.

Dari itu, terlalu besar SALAH mereka yang tiada mengetahui hal ini, lebih daripada tiada mengetahui Hukum-hukum Fiqh.

Kerana, JAHIL akan barang yang wajib bagi ALLAH TAALA, dan yang Mustahil atasnya dihukumkan KAFIR.

Tetapi, JAHIL akan hukum-hukum Fiqh, hanya MAKSIAT jua.

……………………………….

Dan lagi, m/s 32, baris 11 dari bawah ;

Yang ke-empat (Sifat Yang Mustahil bagi Allah);

- Al-Mumasalatu Lil Hawadis

Ertinya ; Bersamaan dengan segala yang Baharu, seperti ia Jirim,

atau Aradh,
atau baginya Pihak,
atau pada Pihak,
atau Bertempat,
atau Bermasa,
atau Kecil,
atau Besar,
atau Bersifat sebagaimana Sifat-sifat yang Bahru,
atau Mengambil Faedah pada Perbuatan-Nya dan Hukum-Nya.

Yang Ke-Lima (Sifat Yang Mustahil bagi Allah);

- Ihtiyajun Ila Ghair

Ertinya, berhajat kepada lainnya seperti berhajat kepada TEMPAT BERDIRI.

Dan, Berkehendak kepada yang Menjadikan-Nya.

………………………

Baguslah Kalau Dah Faham….
 
Last edited:
Dalam menangani masalah persoalan sifat-sifat Allah dan perkara ghaib, saya melihat pendekatan yang dibawa oleh puak wahabi cukup mudah difahami dan tidak pening kepala untuk orang awam.

Sifat-sifat Allah dan perkara ghaib memang kita tidak boleh bincangkan sebab kita pun tidak nampak kecuali perkara itu dibincangkan di dalam Al-quran dan Hadis. Dan itu wajib di imani.

Mengenai persoalan di mana Allah? kita memang tak boleh jawab sebab nya kita pun tidak nampak di mana Allah. Macam mana kita nak bincang. Petunjuk-petunjuk di dalam Alquran pun ada sedikit Allah beritahu Allah bersemayam di atas arasy. Jadi, itu jer lah yang mampu kita jawab. Berfikir lebih dari itu tidak digalakkan, sebab ini perkara ghaib. Apa yang disebut dalam Alquran dan Assunnah, itu jer lah yang wajib di imani.
Berfikir perkara ghaib tanpa panduan Alquran dan Assunnah boleh jadi giler.

Untuk Saudara firdaus83, yang menyatakan Allah itu wujud tanpa bertempat, saudara mengambil hujah dari kitab2 lama/kuning. Sekiranya memang ada dalil naqli dan aqli Allah wujud dan tidak bertempat. Sekiranya hujah ini betul, maka betullah juga. Dalil Aqli dari saya Allah berhak berada dimana-mana sesuai dengan keagungannya dan kehendaknya, dan dia berhak memberitahu mahkluknya di mana dia berada melalui Alquran dan Hadis. Kalau salah, betulkan saya...hehe

Jadi kesimpulannya, persoalan di mana Allah, Allah bersemayam di atas arasy, beriman sahaja lah, jangan di nafikan. Dan sekiranya hujah Allah ada tanpa bertempat hujah yang kuat disepakati ulamak untuk menjaga keagungan Allah beriman lah juga, jangan di nafikan kerana secara dalil akalnya Allah terpulang kepada kehendakNya untuk memberitahu di mana dia berada dan Dia berhak berada di mana-mana sesuai dengan Keagungannya. Tersilap bagitau. haha...nie dalil akal yang mungkin.Apa pun kena ada dalil dari Alquran, hadis, dan ulamak terdahulu.
 
Last edited:
Aku pun antara penggemar topic ni, aku nie bukan lah kelulusan agama, lulusan engineering shj, apa yang dapat aku simpulkan dari perbincangan thread nie adalah seperti berikut:

1. Pihak yang menggelarkan diri mereka "ahli sunnah wal jamaah" tidak mahu mengambil perkara-perkara zahir dalam menafsir ayat mengenai sifat-sifat allah dan alam ghaib. Bagi mereka terdapat dua ayat iaitu ayat yang jelas dan mutashabihat. Mereka tidak mahu menyamakan sifat Allah ada tangan, manusia pun ada tangan, Allah di langit bertempat, manusia pun bertempat. Ini pada pandangan mereka menjejaskan atau mengurangi keagungan Allah kerana terdapat persamaan dengan sifat makhluk. Justeru,pihak ini ada yang mengembalikan ayat mutashabihat tersebut kepada Allah dan ada juga terpaksa mengubah maksud2 tertentu di dalam alquran, contoh tangan Allah diganti dengan kuasa dan ini dikenali dengan ayat mutashabihat. Perubahan ini dibuat untuk tidak menyamakan sifat makhluk dan sifat Allah. Takwil yang lebih sesuai digantikan dengan ayat sebenar selari meninggikan keagungan Allah, contoh tangan = kuasa. Pihak Ahli sunnah Wal jamaah menuduh wahabi sesat kerana menyamakan sifat manusia dengan sifat allah. Menyamakan sifat Makhluk dan sifat Allah jelas syirik.


2. Pihak yang di gelar "Wahabi" pula mengambil pendekatan untuk hanya ambil perkara zahir dalam membicarakan sifat-sifat Allah dan alam ghaib, mengambil pendekatan tidak mahu menafsir atau merubah ayat alquran kepada tafsiran yang lain. Contohnye, Allah ada tangan, cukup beriman Allah ada tangan, tetapi tidak menyamakan tangan Allah dengan tangan manusia. Ini termasuk lah contoh di mana Allah, Beriman Allah di langit, cukup, jangan ditanya langit itu mcm mana, berjisim ke tidak, selagi tidak ada nas yang menyokong.Jawab sahaja "wallahu'alam Bisawab". Pihak wahabi menuduh pihak yang menggelarkan diri meraka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebagai sesat kerana merubah ayat Allah sama seperti kaum yahudi merubah ayat2 allah dari rasul-rasul mereka dan akhirnya menafikan sifat allah. Sifat Allah ada tangan dan sifat Allah bersemayam di atas langit sebagai contoh dinafikan. "Ahlus Sunnah Waljamah" menafikan Allah ada tangan, dan Allah bertempat di langit. Menafikan sifat-sifat allah juga sememangnya terjurus ke arah syirik.

Justeru, kesimpulannya, aku pun bingung...haha...moga-moga pihak ahli sunnah wal jamaah dan wahabi yang senantiasa mengangkat kedudukan Allah mendapat rahmat dan lindungannya. Nabi pun dah kata, selagi berpegang kepada alquran dan assunnah, takkan tersesat, tapi kat sini masalahnye dah amik sumber dari alquran dan assunnah, cuma tafsiran berbeza. Wahhau'alam Bisawab.

suka dengan cara penyampaian sedara..tidak mengutuk dan mencerca tahap kefahaman orang lain..:)paid..ada sesetengah bila bertanya..dihentamnya cukup2..seolah2 macam dalam segmen politik :))..apa2..moga2 sama2 kita mencari benar yang sebenarnya..dan menolak semua yang batil..:)cgrock
 
Kalau rasa tidak puas hati jugak, nak bincang dalam meja bulat, saya rasa scope perbincangan thread ni sudah tertumpu kepada dua jawapan:

Persoalan di mana Allah:

1. Allah wujud tidak bertempat atau
2. Allah wujud dan bersemayam di atas arasy.

Dua-dua mempunyai dalil Aqli dan Naqli yang dibawa oleh pembincang thread ini. Dekat sini macam saya tengok ada yang dahulukan Alquran, ada yang dahulukan kitab kuning, ada yang tuduh dahulukan Alquran tafsir ikut hawa nafsu, ada pulak yang tuduh takwil x betul. Macam-macam hal. Untuk membuktikan dalil mana yang lebih kuat memang perlu perbincangan ilmu secara tersusun mengikut keutamaan atau hirarki ilmu itu sendiri. Atau mungkin kah kedua-dua nya betol. Saya sendiri tidak dpt menentukan. Wallahua'lam.
 
Jadi kesimpulannya, persoalan di mana Allah, Allah bersemayam di atas arasy, beriman sahaja lah, jangan di nafikan. Dan sekiranya hujah Allah ada tanpa bertempat hujah yang kuat disepakati ulamak untuk menjaga keagungan Allah beriman lah juga, jangan di nafikan kerana secara dalil akalnya Allah terpulang kepada kehendakNya untuk memberitahu di mana dia berada dan Dia berhak berada di mana-mana sesuai dengan Keagungannya. Tersilap bagitau. haha...nie dalil akal yang mungkin.Apa pun kena ada dalil dari Alquran, hadis, dan ulamak terdahulu.


Saudara Adib,

Mudah-mudahan diTAHQIQKAN oleh ALLAH TAALA akan saudara sebagaimana nama Saudara, iaitu HAMBA YANG SANGAT BERADAB.

Sebagai menjalani ADAB kepada PARA ALIM ULAMA', maka dikeluarkanlah di sini keterangan ULAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH tentang IJMAKNYA ULAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH bahawa ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT.

Silalah perhatikan NAS serta IBARAH Kitab Al-Farqu Bainal Firaq, bagi Al-Imam Al-^Allamah Sadhrul Islam Al-Usuliy Al-^Alim Al-Mutafannil ‘Abdul Qahir Ibni Tahir Ibni Muhammad Al-Baghdadiyyi Al-Isfirainiy A-Tamimiy (429 H – 1037 M), m/s 256. (Kira-kira 980 tahun yang lepas)

IMG_0001.jpg


IMG_0008-1.jpg


Lebih kurang Melayunya,

Telah IJMAK (Sepakat) Para Ulama AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH di atas keyakinan bahawasanya ALLAH TAALA tidak mengambil atau TIDAK menduduki mana-mana tempat.

Dan, tidak lalu di atasnya masa, sebagaimana menyalahi keyakinan AHLUS SUNNAH ini oleh Pendapat dari golongan Al-Hisyamiyyah dan Al-Karamiyyah.

Sesungguhnya mereka beriktiqad bahawa, ALLAH TAALA duduk bersentuhan di ATAS ARASY.

Demi sesungguhnya, telah berkata Amirul Mukminin ^Ali Radiallahuanhu ;

“Sesungguhnya ALLAH TAALA mnejadikan Arasy semata-mata kerana hendak MENZAHIRKAN Kekuasaan-Nya. Dan, bukanlah kerana hendak mengambil tempat KEDUDUKAN bagi Zat-Nya.”

Dan lagi, berkatalah Amirul Mukminin ^Ali Radiallahuanhu ;

“Demi sesungguhnya, ALLAH itu sememangnya telah ADA, dan belum ada lagi tempat. Dan, Dia sekarang ini ada, sebagaimana Ia ada sebelum adanya tempat.”

…………………………..

Inilah dia Aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, dan juga AQIDAH Al-Asya’irah wal Maturidiyyah…

Inilah juga Aqidah Al-Anbiya’ Wal Mursalin….
 
Back
Top
Log in Register