BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Bacalah... baru kamu faham... al-quran beli banyak-banyak. baca ramai-ramai.. cari guru, dan jadi guru

Allah mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian bersemayam di arasy. Allah dekat lebih dekat dari urat leher manusia.

Saya tidak nampak masalah untuk Allah berfirman demikian apa lagi melakukannya. Apakah ada orang yang jahil akan kekuasaan Allah. Kenapa firmannya dibantah. Sudah Allah katakan begitu, begitulah. Manusia cenderung berfikir akan suatu perbuatan dengan sandaran kepada diri manusia. Kita tidak layak sebab kita bukan Tuhan. Allah tahu apa yang dikata. Semua perbahasan tuan-tuan sudah dalam genggamannya ekoran firman-firmanNya.
 
dimekah..majoriti berfahaman wahabiy kan..sah tak kalu berimamkan mereka ketika solat..? soalan aku merujuk kepada ayat yang dimerahkan tuh..

ps: aku sekadar tanya jer..:):">:">

Oleh kerana kita tidak tahu IKTIQAD IMAM2 di Masjidil Haram atau IKTIQAD IMAM2 di Masjid Nabawi tersebut, kita boleh mengikutnya kerana kita menyangka BAIK.

Dan, tidak mengapa diikut mereka Sembahyang. Mereka TIDAK ZAHIRKAN apa Aqidah mereka. Mungkin AQIDAH mereka BUKAN WAHHABIYYAH....

Tetapi, jika MEREKA MASUK TV dan KITA MELIHAT DENGAN MATA KEPALA sendiri bahawa mereka mengistiharkan ALLAH DI ATAS ARASY atau ALLAH DUDUK ATAS ARASY!!!

Maka, tidak SAH SOLAH kita berimamkan IMAM2 tersebut. Ini kerana KITA TELAH NAMPAK KEMUNGKARAN AQIDAH dan IMAM2 tersebut TELAH PUTUS KEISLAMANNYA kerana mengatakan perkara2 RIDDAH (Murtad).

Al-Imam Malik Rah sendiri tidak Solah Berjemaah selama 25 Tahun kerana tidak mengikut IMAM2 yang Beriktiqad Qadariyyah atau Muktazilah. BELAJO SEJARAH.. KALO TAK BELAJO TAK TAHU...

Ini adalah sedutan daripada Kitab Muktabar AL-FARQU BAINA AL-FIRAQ yang dikarang akan dia oleh Al-Imam Abdul Qohir bin Tohir Al-Baghdani R.anhu yang merupakan anak murid kepada Al-Imam Al-Akbar Abu Hasaan Ali Al-Asya'ari R.anhu. Kitab ini berusia 962 tahun dan merupakan Kitab yang muktabar pada bicara Ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid).

IMG_0001.jpg


IMG-1.jpg


Pada muka surat yang keenam ;

Telah menceritakan pada kami Al-Qadi Abu Muhammad Abdullah bin Umar Al-Maliki telah berkata ia, telah menceritakan pada kami ayah saya daripada ayahnya berkata telah menceritakan pada kami Al Walid katanya telah menceritakan pada kami Al Auza'ae telh menceritakan pada kami Qatadah daripada Saidina Anas bin Malik r.anhu dari nabi S.A.W bersabda ;

"Sesungguhnya bani Israel akan berpecah di atas 71 firqah. Dan, sesungguhnya umat aku nanti akan berpecah di atas 72 firqah, semua masuk neraka kecuali satu firqah. Iaitu, Al-JAMAAH' tanya sahabat siapakah 'Al-Jamaah' itu? Sambung nabi s.a.w, 'iaitu mereka yang mengikut jejakku dan jugak jejak sahabatku'. lebih kurang maksud hadis nabi s.a.w.

Dan lagi pada muka surat sebelas ;

IMG_0007.jpg


Lebih kurang Melayunya;

Dan, bermula pendapat yang sohih disisi kami Ahli Sunnah Wal Jamaah, sesungguhnya umat Islam sepakat mengakui mereka itu (bahawa) ;

- akan baharunya alam, (Alam ini adalah makhluq. – Pent.)
- dan Allah yang menjadikan alam,
- dan Qidam, (Allah berifat Qidam (Tiada mula). – Pent.)
- dan Adil-Nya Allah dan hukum-Nya,
- dan menafikan Penyerupaan pada Allah Taala.

- Dan, kenabian Nabi s.a.w,
- dan, Kerasulan baginda kepada seluruh umat,
- dan, memperkukuhkan Syariat Nabi s.a.w dan dengan sesungguhnya tiap-tiap apa yang baginda bawa adalah benar sebenar-benarnya,
- dan, sesungguhnya Kaabah adalah Qiblat yang mana wajib menghadap padanya.

Maka, tiap-tiap orang yang mengakui akan demikian, dan tidak ia serupakan (campurkan) dengan satu bidaah yang membawa kepada kekufuran. Maka, orang ini adalah Sunni dan Muwahhid (Ahli Tauhid).

Jika sekiranya bercampuraduk kepada perkataan-perkataan dengan apa yang kami telah sebut akan dia bidaah yang keji, maka dilihat.

Maka, jika adalah di atas kaum Batiniyyah atau Khattabiyyah, iaitu orang-orang yang mereka beriktiqad Ketuhanan pada Imam-imam (antara firqah-firqah Syiah) ataupun Khulul yang menyatakan ALLAH BERTEMPAT ATAU ADA RUANG.

Ataupun, golongan Maimuniyyah (satu puak daripada Khawarij) yang menghalalkan nikah dengan cucu perempuan dari anak perempuan.

Ataupun, di atas Mazhab Yazidiyyah ataupun golongan yang menyatakan syariat Islam akan dinasahkan (dimansuhkan) pada akhir zaman,

Ataupun, menghalalkan di atas barang yang Al-quran telah mengharamkannya ataupun dia mengharamkan sesuatu yang Allah halalkan yang tiada boleh ditakwil sekali-kali.

Maka, orang yang seperti ini (seperti tersebut diatas) BUKAN dari ORANG-ORANG ISLAM dan tidak ada satu kemuliaan padanya.

Dan, jika Bidaahnya seperti Bidaahnya Muktazilah, atau Khawarij, atau Syiah Rafidah, atau Imamiah, atau Zaidiah, atau Jahmiyyah, atau Qadariyah, atau Mujassimah, orang ini adalah daripada orang Islam cuma pada sebahagian hukum iaitu pada tiga tempat:

1) Harus dikebumikan pada perkuburan orang Islam,

2) Tidak dicegah akan bahagian daripada harta rampasan perang kalau dia berperang bersama-sama orang Islam,

3) Tidak ditegah bersembahyang di masjid.

.................

Dan, dia BUKAN daripada umat Islam daripada lain-lain perkara, iaitu:

1) Tidak boleh sembahyangkan dia dan bersembahyang dibelakang dia,

2) Tidak halal sembelihannya,

3) Tidak halal nikahnya,

4) Tidak halal bagi orang yang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamah bahawasanya dia berkahwin dengan orang fahaman sesat.

.................

Demi sesungguhnya, telah berkata Saidina Ali ibni Abu Talib kwh kepada puak Khawarij atas kita tiga perkara:

1) Kami tidak akan berterang-terangan membunuh kamu,

2) Kami tidak akan halang kamu untuk pergi ke masjid,

3) Kami tidak akan mencegah kamu dari harta rampasan pada apa yang kamu perang bersama-sama kami selagi mana tangan kamu bersama-sama tangan kami.

……………………………………….

BELAJOLAH, KALAU TAK BLAJO TAK TAHU...

Tak semua orang boleh DIPERBUDUHKAN oleh PUAK2 WAHABIY..

Belajolah Kitab2 MUKTABAR, BELAJOLAH dari ULAMA DAN FUQAHA' (KITAB2 MUKTABAR).......

Tunjukkan kepada saya ISI KITAB2 Muktabar yang BUKAN datangnya dari AL-QURAN DAN AL-HADIS, SILA TUNJUKKAN... SAYA CABAR.........
 
Last edited:
Bacalah... baru kamu faham... al-quran beli banyak-banyak. baca ramai-ramai.. cari guru, dan jadi guru

Allah mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian bersemayam di arasy. Allah dekat lebih dekat dari urat leher manusia.

Saya tidak nampak masalah untuk Allah berfirman demikian apa lagi melakukannya. Apakah ada orang yang jahil akan kekuasaan Allah. Kenapa firmannya dibantah. Sudah Allah katakan begitu, begitulah. Manusia cenderung berfikir akan suatu perbuatan dengan sandaran kepada diri manusia. Kita tidak layak sebab kita bukan Tuhan. Allah tahu apa yang dikata. Semua perbahasan tuan-tuan sudah dalam genggamannya ekoran firman-firmanNya.

Hai steveorlando79;

Takut olehmu akan ALLAH!!!

Secara Tabarukan Wa Tawassulan, perhatikanlah Nas serta Ibarah Kitab Hasyiah Dusuki ‘Ala Ummil Barahin, bagi Asy-Syaikh Al-Muhaqqiq As-Sayyidiyy Muhammad Sanusi Al-Malikiyy, m/s 219.

IMG.jpg


IMG_0002.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

(Ketahuilah, telah berkata Al-Imam As-Sanusiy Rahi., ada enam perkara punca yang menjadikan seseorang itu KAFIR.)

Maka, yang ke-enam ialah ;

Berpegang dengan semata-mata ZAHIR ayat Al-Quran dan Hadis dalam perkara ASAS IKTIQAD (Tauhid) tanpa menimbang dengan Dalil Aqal. Ini seperti Qaum Hasyawiyyah yang mana mereka menyerupakan ALLAH dengan makhluq dan menjisimkan ALLAH, dan mentsabitkan (menetapkan) ADA ARAH dan TEMPAT.

Ini semua kerana, semata-mata hanya berpegang dengan TERJEMAHAN ZAHIR ayat Al-Quran ;

1. Ertinya, ALLAH ynag bernama Ar-Rahman di atas Arasy, ia beristiwa’.

2. Ertinya, adakah kamu beriman dengan yang berada di langit.

3. Ertinya, bagi apa yang Ku jadikan dengan kedua tangan-Ku, dan lain-lain lagi.

Keadaan orang yang semata-mata memegang TERJEMAHAN ZAHIR ayat Al-Quran dan ianya adalah SESAT, ada dinyatakan di dalam AL-QURAN yang ertinya,

“Dialah ALLAH yang telah menurunkan di atas mu ya Muhammad akan Al-Kitab. Yang mana, ada daripada ayat-ayat Al-Quran itu ayat yang MUHKAMAT, tidak kesamaran pada maknanya. Dan, yang lain pula KESAMARAN maknanya pada Zahir.”

Maka, adapun orang-orang yang ada pada hati mereka menyempang dari KEBENARAN. Maka, mereka akan mengikut secara ZAHIR sahaja daripada ayat-ayat Al-Quran yang membawa makna seolah-olah ada PENYERUPAAN ALLAH DENGAN MAKHLUQ.

Ini semua kerana hendak mencari FITNAH atau KEKACAUAN, dan juga mencari kefahaman tersendiri sahaja.

Ya ALLAH, masukkanlah kami pada HIMPUNAN Wali-wali Engkau yang selamat daripada segala fitnah dunia dan akhirat.

WAHAI ALLAH yang amat MENGASIHI lebih daripada segala yang MENGASIHI.

………………………..
 
Last edited:
Wahai steveorlando79!

Takut olehmu akan Allah!!!

Lihatlah Ibarah Kitab Matan At-Thahawiyyah, bagi Al-Imam Al-^Allamah Hujjatul Islam Abu Ja^far Al-Warraq At-Tahawiy Al-Misriy Al-Hanafiy (239-321 H), m/s 23-24, yang menyatakan Aqidah yang Benar, bukan sebagaimana yang kamu yakini.

IMG_0004.jpg


IMG_0005.jpg


IMG_0003.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

Dan barangsiapa meletakkan suatu makna kepada ALLAH TAALA dengan makna-makna KEMANUSIAN (Kemakhluqan).

Maka, sesungguhnya KAFIRLAH ia.

Maka, barangsiapa memandang ia (menerima ia) dengan mata hatinya, nescaya ia telah mengambil Iktibar (Pengajaran),

Dan, pastilah ia terhindar daripada berkata-kata seperti perkataan segala KAFIR.

Dan, pastilah ia mengetahui bahawasanya ALLAH TAALA dengan segala Sifat-Nya, tiada bersamaan seperti manusia (makhluq).

……………………..
 
Wahai steveorlando79!

Takut olehmu akan Allah!!!


Lihatlah Ibarah Kitab Matan An-Nasafiyyah, bagi Al-Imam Al-^Allamah Al-Muhaddis Abu Hafsin Najmud Din Umar Ibni Ahmad Ibni Luqman An-Nasafiy Al-Hanafiy Al-Imamuz Zahid min Ahli Samarqand, m/s 5-6.

IMG_0004.jpg


IMG_0006.jpg


IMG_0007.jpg


Lebih kurang Melayunya,

Bermula yang menjadikan Alam (makhluq), Ia lah Allah, yang Tunggal Ia, lagi Tiada Mula Ia, lagi Hidup Ia, lagi Berkuasa Ia, lagi Mendengar Ia, lagi Melihat Ia, lagi Berkehendak Ia, lagi Menentukan Ia.

Ia bukanlah Sifat yang memerlukan Tempat Berdiri.

Dan, bukanlah Ia JISIM.

Dan, bukanlah Ia JAUHAR.

Dan, bukanlah Ia dapat digambarkan.

Dan, bukanlah Ia dapat di dibataskan atau di hadkan pada suatu ARAH dan TEMPAT..

Dan, bukanlah Ia dapat dikira dan dibilang akan bilangan ANGGOTA dan BAHAGIAN.

Dan, bukanlah Ia dapat dibahagi-bahagikan.

Dan, bukanlah Ia dapat dipecahkan BERJUZUK-JUZUK dan BERBILANG.

Dan, bukanlah Zat-Nya bersusun-susun daripada beberapa ANASIR yang terbilang.

Dan, bukanlah Ia ada batas Kesudahan.

Dan, bukanlah Ia dapat disifatkan laksana BENDA KEMAKHLUQAN.

Dan, bukanlah Ia dapat dikenal dengan KAIFIAT dan CARA.

Dan, bukanlah Ia Zat yang menyempurnakan pada mengambil KEDUDUKAN dan TEMPAT.

Dan, tidak lalu di atasnya ZAMAN dan MASA.

Dan, tiadalah Ia menyerupai akan SESUATU APA PUN.

Tidak lepas suatu apa pun daripada Ilmu-Nya, dan Qudrahnya.


…………………………..
 
Bacalah... baru kamu faham... al-quran beli banyak-banyak. baca ramai-ramai.. cari guru, dan jadi guru

Allah mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian bersemayam di arasy. Allah dekat lebih dekat dari urat leher manusia.

Saya tidak nampak masalah untuk Allah berfirman demikian apa lagi melakukannya. Apakah ada orang yang jahil akan kekuasaan Allah. Kenapa firmannya dibantah. Sudah Allah katakan begitu, begitulah. Manusia cenderung berfikir akan suatu perbuatan dengan sandaran kepada diri manusia. Kita tidak layak sebab kita bukan Tuhan. Allah tahu apa yang dikata. Semua perbahasan tuan-tuan sudah dalam genggamannya ekoran firman-firmanNya.

Dari mana kamu mendapat makna bersemayam itu? Adakah kamu mentakwilkan perkataan istiwa' sebagai bersemayam? Kalau Allah SWT itu bersemayam bermakna Dia adalah jisim yang berada di atas arasy. Sedangkan pandangan mazhab salaf menyatakan Allah itu bukan jisim dan tidak ada ketetapan arah bagiNya kerana hanya makhluk sahaja yang berjisim dan mempunyai arah.

Fahamilah, kami beriman dengan ayat-ayat Al-Quran yang kamu nyatakan itu. Tetapi kami tidak mengambil zahir makna ayat itu sebaliknya menyerahkan kepada Allah akan maknanya.
 
Wahai steveorlando79!

Takut olehmu akan Allah!!!

Lihatlah Ibarah Kitab Matan Ibni Asakir, bagi Al-Imam Al-^Allamah Fakhruddin Abu Mansur Abdur Rahman Ibnu Muhammad Ibnul Hasan Ibnu Hibatullah Ibnu ^Abdullah Ibnu Hussain Ad-Dimasyqiy Asy-Syafiey (550-620 H), m/s 46.

IMG_0004.jpg


IMG.jpg


Lebih kurang Melayunya,

ALLAH telah ada sebelum adanya Makhluq. Tidak ada bagi ALLAH sebelum dan sesudah.

Tidak ada bagi ZAT ALLAH di ATAS.

Dan, tidak ada bagi ZAT ALLAH di BAWAH.

Tidak ada bagi ZAT ALLAH itu Kulliyyah @ Keseluruhan.

Dan, tidak ada bagi ZAT ALLAH itu sebahagian.

Dan, tidak boleh dikatakan kepada ZAT ALLAH ‘bila wujudnya.’

Dan, tidak boleh dikatakan ZAT ALLAH itu DI MANA Ia berada.

Dan, tidak boleh dikatakan ZAT ALLAH itu BAGAIMANA CARA ADANYA.

Dan, tidak boleh dikatakan ZAT ALLAH itu DI MANA Ia berada.

Dialah yang menjadikan segala makhluq, menjadikan dan mengatur masa. Tidak boleh dihubungkan ZAT-NYA dengan masa.

Dan, tidak boleh ditentukan ZAT-NYA dengan mana-mana tempat.


…………………………..
 
Last edited:
Wahai steveorlando79!

Takut olehmu akan Allah!!!

Lihatlah Ibarah Kitab Al-Farqu Bainal Firaq, bagi Al-Imam Al-^Allamah Sadhrul Islam Al-Usuliy Al-^Alim Al-Mutafannil ‘Abdul Qahir Ibni Tahir Ibni Muhammad Al-Baghdadiyyi Al-Isfirainiy A-Tamimiy (429 H – 1037 M), m/s 256. (Kira-kira 980 tahun yang lepas)

IMG_0001.jpg


IMG_0008-1.jpg


Lebih kurang Melayunya,

Telah IJMAK (Sepakat) Para Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah di atas keyakinan bahawasanya ALLAH TAALA tidak mengambil atau TIDAK menduduki mana-mana tempat.

Dan, tidak lalu di atasnya masa, sebagaimana menyalahi keyakinan Ahlus Sunnah ini oleh Pendapat dari golongan Al-Hisyamiyyah dan Al-Karamiyyah.

Sesungguhnya mereka beriktiqad bahawa, ALLAH TAALA duduk bersentuhan di ATAS ARASY.

Demi sesungguhnya, telah berkata Amirul Mukminin ^Ali Radiallahuanhu ;

“Sesungguhnya ALLAH TAALA mnejadikan Arasy semata-mata kerana hendak MENZAHIRKAN Kekuasaan-Nya. Dan, bukanlah kerana hendak mengambil tempat KEDUDUKAN bagi Zat-Nya.”

Dan lagi, berkatalah Amirul Mukminin ^Ali Radiallahuanhu ;

“Demi sesungguhnya, ALLAH itu sememangnya telah ADA, dan belum ada lagi tempat. Dan, Dia sekarang ini ada, sebagaimana Ia ada sebelum adanya tempat.”

…………………………..

Inilah dia Aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, dan juga AQIDAH Al-Asya’irah wal Maturidiyyah…
Inilah juga Aqidah Al-Anbiya’ Wal Mursalin….

Mana-mana keyakinan yang menyalahi apa yang kami nyatakan adalah AQIDAH BID^AH lagi DALALAH daripada Qaum Ahlul Bida^ Wal Ahwa’.
 
Hai steveorlando79;

Takut olehmu akan ALLAH!!!

Secara Tabarukan Wa Tawassulan, perhatikanlah Nas serta Ibarah Kitab Hasyiah Dusuki ‘Ala Ummil Barahin, bagi Asy-Syaikh Al-Muhaqqiq As-Sayyidiyy Muhammad Sanusi Al-Malikiyy, m/s 219.

IMG.jpg


IMG_0002.jpg


Lebih kurang Melayunya ;

(Ketahuilah, telah berkata Al-Imam As-Sanusiy Rahi., ada enam perkara punca yang menjadikan seseorang itu KAFIR.)

Maka, yang ke-enam ialah ;

Berpegang dengan semata-mata ZAHIR ayat Al-Quran dan Hadis dalam perkara ASAS IKTIQAD (Tauhid) tanpa menimbang dengan Dalil Aqal. Ini seperti Qaum Hasyawiyyah yang mana mereka menyerupakan ALLAH dengan makhluq dan menjisimkan ALLAH, dan mentsabitkan (menetapkan) ADA ARAH dan TEMPAT.

Ini semua kerana, semata-mata hanya berpegang dengan TERJEMAHAN ZAHIR ayat Al-Quran ;

1. Ertinya, ALLAH ynag bernama Ar-Rahman di atas Arasy, ia beristiwa’.

2. Ertinya, adakah kamu beriman dengan yang berada di langit.

3. Ertinya, bagi apa yang Ku jadikan dengan kedua tangan-Ku, dan lain-lain lagi.

Keadaan orang yang semata-mata memegang TERJEMAHAN ZAHIR ayat Al-Quran dan ianya adalah SESAT, ada dinyatakan di dalam AL-QURAN yang ertinya,

“Dialah ALLAH yang telah menurunkan di atas mu ya Muhammad akan Al-Kitab. Yang mana, ada daripada ayat-ayat Al-Quran itu ayat yang MUHKAMAT, tidak kesamaran pada maknanya. Dan, yang lain pula KESAMARAN maknanya pada Zahir.”

Maka, adapun orang-orang yang ada pada hati mereka menyempang dari KEBENARAN. Maka, mereka akan mengikut secara ZAHIR sahaja daripada ayat-ayat Al-Quran yang membawa makna seolah-olah ada PENYERUPAAN ALLAH DENGAN MAKHLUQ.

Ini semua kerana hendak mencari FITNAH atau KEKACAUAN, dan juga mencari kefahaman tersendiri sahaja.

Ya ALLAH, masukkanlah kami pada HIMPUNAN Wali-wali Engkau yang selamat daripada segala fitnah dunia dan akhirat.

WAHAI ALLAH yang amat MENGASIHI lebih daripada segala yang MENGASIHI.

………………………..

:">..tak perlulah begitu marah sedara..aku bertanya kerana ramai yang takut bertanya akan hal nih..jika soalan2 ini menyebabkan sedara menjadi marah dan beremosi..maka tidaklah lagi kami akan bertanya soalan2 (yang menunjukkan kami jahil) kepada sedara lagi..:">
 
Aku pun antara penggemar topic ni, aku nie bukan lah kelulusan agama, lulusan engineering shj, apa yang dapat aku simpulkan dari perbincangan thread nie adalah seperti berikut:

1. Pihak yang menggelarkan diri mereka "ahli sunnah wal jamaah" tidak mahu mengambil perkara-perkara zahir dalam menafsir ayat mengenai sifat-sifat allah dan alam ghaib. Bagi mereka terdapat dua ayat iaitu ayat yang jelas dan mutashabihat. Mereka tidak mahu menyamakan sifat Allah ada tangan, manusia pun ada tangan, Allah di langit bertempat, manusia pun bertempat. Ini pada pandangan mereka menjejaskan atau mengurangi keagungan Allah kerana terdapat persamaan dengan sifat makhluk. Justeru,pihak ini ada yang mengembalikan ayat mutashabihat tersebut kepada Allah dan ada juga terpaksa mengubah maksud2 tertentu di dalam alquran, contoh tangan Allah diganti dengan kuasa dan ini dikenali dengan ayat mutashabihat. Perubahan ini dibuat untuk tidak menyamakan sifat makhluk dan sifat Allah. Takwil yang lebih sesuai digantikan dengan ayat sebenar selari meninggikan keagungan Allah, contoh tangan = kuasa. Pihak Ahli sunnah Wal jamaah menuduh wahabi sesat kerana menyamakan sifat manusia dengan sifat allah. Menyamakan sifat Makhluk dan sifat Allah jelas syirik.


2. Pihak yang di gelar "Wahabi" pula mengambil pendekatan untuk hanya ambil perkara zahir dalam membicarakan sifat-sifat Allah dan alam ghaib, mengambil pendekatan tidak mahu menafsir atau merubah ayat alquran kepada tafsiran yang lain. Contohnye, Allah ada tangan, cukup beriman Allah ada tangan, tetapi tidak menyamakan tangan Allah dengan tangan manusia. Ini termasuk lah contoh di mana Allah, Beriman Allah di langit, cukup, jangan ditanya langit itu mcm mana, berjisim ke tidak, selagi tidak ada nas yang menyokong.Jawab sahaja "wallahu'alam Bisawab". Pihak wahabi menuduh pihak yang menggelarkan diri meraka "Ahli Sunnah Wal Jamaah" sebagai sesat kerana merubah ayat Allah sama seperti kaum yahudi merubah ayat2 allah dari rasul-rasul mereka dan akhirnya menafikan sifat allah. Sifat Allah ada tangan dan sifat Allah bersemayam di atas langit sebagai contoh dinafikan. "Ahlus Sunnah Waljamah" menafikan Allah ada tangan, dan Allah bertempat di langit. Menafikan sifat-sifat allah juga sememangnya terjurus ke arah syirik.

Justeru, kesimpulannya, aku pun bingung...haha...moga-moga pihak ahli sunnah wal jamaah dan wahabi yang senantiasa mengangkat kedudukan Allah mendapat rahmat dan lindungannya. Nabi pun dah kata, selagi berpegang kepada alquran dan assunnah, takkan tersesat, tapi kat sini masalahnye dah amik sumber dari alquran dan assunnah, cuma tafsiran berbeza. Wahhau'alam Bisawab.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register