BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

All About Google Chrome Discussions - Perbincangan Google Chrome

Nice bro..

dah pakai Bing Search? yg ada GPT tu?

any technical reviews?
lebih kurang sama macam Cortana .. saya lebih suka pakai Cortana sebab boleh guna suara, malas nak taip :D

1679306330569.png
 
Google Gesa Pengguna Pelayar Chrome Kemas Kini Segera Aplikasi

Ekoran daripada ekploitasi daripada kecacatan yang dikesan berlaku pada pelayar Chrome mereka, Google telah menggesa penggunanya untuk segera mengemas kini pelayar tersebut. Google telah pun mengeluarkan kemas kini terkini bagi pelayar Chrome bagi menangani isu eksploitasi itu menerusi Chrome versi 112.0.5615.121 untuk platform Windows Mac dan Linux secara berperingkat.
Screenshot-2023-04-19-at-10.37.35-AM.png

Pastikan pelayar Chrome anda menggunakan versi 112.0.5615.121 atau terkini.​

Google menyatakan, mereka sedar akan berlakunya eksploitasi aktif (CVE-2023-2033) ke atas pelayar Chrome. Walaubagaimanapun, akses kepada butiran pepijat dan pautan masih dikekalkan terhad sehingga majoriti pengguna menerima kini terbaru ini.

Sumber asal https://chromereleases.googleblog.com/2023/04/stable-channel-update-for-desktop_14.html
 
Cara Mudah Untuk Menguji Kelajuan WiFi Pada Chrome

Penggunaan Platform Speedtest untuk menguji kelajuan internet sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk mengakses ke platform tersebut bagi menguji tahap kelajuan internet. Pertama sekali buat carian laman speedtest extension dan buka pautan berikut.

1.png


Seterusnya pada laman berikutnya klik pada tombol Add to Chrome.

2.png


Kemudian setelah selesai pemasangan, klik pada ikon Speedtest pada bahagian atas sebelah kanan berikut. Maka akan terus muncul paparan Speedtest, klik shaja tombol GO.

3.png


Maka dengan itu kelajuan internet akan terus di uji.

4.png


Selesai, itulah sahaja sdikit perkongsian kali ini, semoga bermanfaat ..​
 
Google Chrome Kelak Boleh Kenal-Pasti Kesalahan Ejaan Atau “Typo” Pada URL

Google baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk pelayar web Chrome dalam memudahkan lagi proses pelayaran web, dan kini Google turut berkongsi yang mana pelayar web Chrome boleh mengenal-pasti kesalahan ejaan atau “typo” pada URL. Menjadi kebiasaan untuk pengguna tersilap menaip pada bahagian URL, dan ini membawa pengguna ke laman yang berbeza atau yang mempunyai perisian hasad. Google dilihat ingin mengatasi perkara ini, dengan mengintegrasikan kebolehan untuk membetulkan URL yang ingin dituju oleh pengguna. Google menyatakan akan kenal-pasti sesuatu URL pada bar alamat, dan mencadangkan web sepatutnya yang ingin dituju pengguna.

Ciri ini dikatakn telah tersedia pada Chrome di desktop hari ini, dan bakal diperluaskan ke aplikasi mudah-alih Chrome tidak lama lagi. Namun, daripada percubaan, ciri ini masih belum aktif lagi pada pelayar web Chrome yang digunakan semasa.
1684774545876.png
 
chrome skrg waktu starting dia tanya. tp blh je setting
xWU7cO.png
 
Google Chrome akan Mengaktifkan Tetapan Melayar Web Dengan Sambungan HTTPS Secara Lalai Bermula 2026

Dengan ciri ini diaktifkan, pelayar Chrome sentiasa akan bertanya jika anda mahu meneruskan pelayaran web apabila memasuki laman web yang tidak menggunakan protokol sambungan HTTPS
 
Back
Top
Log in Register