BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

All About Google Chrome Discussions - Perbincangan Google Chrome

Google Chrome 106 Mula Di Tawarkan, Pengguna Di Gesa Kemaskini Segera

Google sudah mula menawarkan versi terkini aplikasi pelayar popular mereka, Google Chrome v106 untuk semua penggunanya di seluruh dunia secara berperingkat. Versi terkini pelayar itu ditawarkan untuk semua platfom termasuklah sistem Windows, macOS, iOS dan Android yang menyokongnya.

Sebagai contoh, untuk sesebuah telefon pintar Android menyokong aplikasi Google Chrome v106 ini, peranti itu mestilah sekurang-kurangnya menjalankan sistem operasi Android 10 dan ke atas.

Pengguna Chrome dinasihatkan untuk segera mengemas kini aplikasi pelayar ini kerana sebelum ini Google pernah menegaskan bahawa apabila kemas kini terbaru ditawarkan, pengguna perlu respon untuk segera mengemas kini pelayar yang mereka gunakan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa eksploitasi.​

Muat-turun OFFLINE installer di mukasurat pertama ..
 
Akhirnya Pelayar Chrome Terima Ciri Yang Sepatutnya Sudah Lama Ada

Google secara diam-diam telah memuatkan ciri yang sepatutnya mereka muatkan di dalam pelayar Chrome sejak dahulu lagi. Ciri tersebut memudahkan anda membuka tabs, history dan bookmarks terus daripada bar URL. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya dengan menaip @bookmarks, @tabs, atau @history di dalam bar URL pelayar Chrome.

Tidak perlu lagi membuka Menu pelayar untuk mengakses ketiga-tiga bahagian tersebut. Apabila anda berbuat demikian, anda akan melihat bar alamat Google memaparkan pilihan anda dengan penunjuk teks biru. Sebagai contoh rujuk rajah di bawah;
1670739284595.png
 
Google Akan Perkenal Mod Penjimatan Memori Pada Chrome - Jimat Sehingga 30% Memori

Chrome merupakan pelayar web milik Google yang digunakan secara meluas, dan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengannya adalah penggunaan memori tinggi - terutamanya apabila menggunakan halaman tab yang sangat banyak. Kini, Google dalam mengatasi masalah tersebut, mengumumkan sebuah ciri baharu yang bakal hadir dalam beberapa minggu lagi, dinamakan Memory Saver. Melaluinya, Chrome akan menjimatkan penggunaan memori sehingga 30% berbanding kebiasaan. Ciri ini dijayakan dengan menjedakan sementara atau menidurkan sesuatu halaman tab, sekaligus menjimatkan penggunaan memorinya.

Tab tersebut akan diaktifkan kembali apabila anda memerlukannya. Google telah menyertakan ciri baharu ini bersama Chrome 108 yang terbaru – tetapi akan diaktifkan untuk semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.
1670747842282.png
 
Last edited:
Chrome Menangguh Pelan Untuk Mengharamkan Pemalam Menghalang Iklan

Menerusi senarai perubahan yang terbitkan oleh Google yang diberi nama Manifest V3, Chrome akan mula menghalang penggunaan pemalam yang menggunakan format Manifest V2 bermula Januari 2024. Ini dilihat akan menyebabkan pemalam penghalang iklan seperti AdBlock daripada digunakan kerana ia menggunakan format Manifest V2.
adblock-plus.jpeg.webp

Tetapi selepas menerima kritikan hebat dari pembangunan khususnya yang menghasilkan pemalam menghalang iklan, Chrome mengumumkan perubahan pada pelan asal. Sebuah pengumuman baharu mengenai perubahan pada Manifest V3 akan diumumkan semula pada Mac 2023.

Chrome ingin menamatkan penggunaan Manifest V2 kerana di membenarkan pemalam menggunakan kod yang dihos dari luar. Ini dilihat menimbulkan risiko sekuriti kepada peranti pengguna kod hasad boleh disuntik ke dalam pelayar web tanpa disedari. Pada Manifest V3, kesemua kod yang digunakan pemalam perlu disertakan dalam pakej pemasangan tanpa mengakses kod dari luar.

Sumber asal https://9to5google.com/2022/12/12/manifest-v2-chrome-extension/
 
Mod Incognito Pelayar Chrome Kini Dengan Ciri Pengesahan Biometrik, Ini Cara Aktifkannya

Bagi menjadikan pelayaran internet anda lebih privasi di dalam mod Incognito di pelayar Chrome pada telefon pintar, Google kini menawarkan ciri pengesahan biometrik. Ciri baru ini hanya akan membolehkan anda mengakses semula mod Incognito pelayar Chrome selepas ia menerima pengesahan imbasan wajah atau memasukkan nombor pin atau imbasan cap jari anda.
WhatsApp-Image-2023-01-27-at-23.23.29-768x1024.jpeg

Bermakna, apabila anda meninggalkan pelayaran semasa di dalam mod Incognito pelayar Chrome, mod itu hanya akan dapat diakses semula selepas ia menerima pengesahan melalui 3 cara yang disebutkan di atas. Berikut pula adalah cara bagi mengaktifkan ciri baru ini;​
  1. Buka aplikasi pelayar Chrome dalam telefon pintar Android anda.​
  2. Masukkan pautan berikut pada ruang URL pelayar - chrome://flags/#incognito-reauthentication-for-android
  3. Seterusnya pilih tetapan Enabled
WhatsApp-Image-2023-01-27-at-23.19.01-768x588.jpeg

Anda perlu lancarkan semula pelayar Chrome bagi mengaktifkan ciri yang baru diubah ini. Selamat mencuba dan semoga pelayaran anda kini lebih selamat dari diakses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan telefon pintar anda.

Sumber asal XDA Developers
 
Cara Mudah Gandakan Kelajuan Muat Turun Fail Pada Chrome

Kepada pengguna Chrome diluar sana, berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan kelajuan muat turun sesuatu fail sehingga dua kali ganda tanpa sebarang aplikasi tambahan.

Pertama sekali masuk ke aplikasi Chrome.
1-2.png


Kemudian masuk ke menu berikut.

2-3.png


Seterusnya pilih menu Privacy and Security.

3-4.png


Pilih menu Security.

4-4-768x230.png


Skrol kebawah, pada bahagian Advanced, aktifkan fungsi "Use Secure DNS" dan ikuti langkah dibawah.

5-3-768x378.png

Selesai, maka dengan itu setiap fail yang dimuat turun pada PC akan menjadi lebih laju.​
 
"Extension" Yang Perlu Ada Pada Chrome Untuk Gandakan Kelajuan Muat Turun"Extension" Yang Perlu Ada Pada Chrome Untuk Gandakan Kelajuan Muat Turun.

Penggunaan aplikasi Download Manager sememangnya sangat digemari oleh pengguna PC diluar sana untuk Menggandakan kelajuan muat turun sesuatu fail. Namun sesetengah download manager yang digunakan adalah jenis yang berbayar dan tidak mempinyai fungsi penuh. Tahukah anda bahawa terdapat "Extension" download manager yang boleh dipasang pada pelayar Chrome untuk meningkatkan kelajuan muat turun dan memudahkan pengurusan fail - fail yang dimuat turun, sama ada ingin disambung atau memuat turun fail daripada pautan yang diperolehi?. Berikut dikongsikan cara untuk memasangkan Extension tersebut.

Pertama sekali buat carian dan masuk ke pautan Chrono Download Manager pada Google.
1-3-768x261.png


Pada paparan seterusnya klik pada tombol Add to chrome.

2-4-768x307.png


Kemudian klik pada tombol Add Extension, selesai.

3-5-768x364.png


Maka setiap kali anda memuat turun sebarang fail pada Chrome, anda akan dibawa ke paparan tab berikut. Anda akan dapati ianya lebih laju berbanding muat turun biasa pada Chrome.

4-5-768x295.png

Itulah sahaja sedikit perkongsian kali ini, semoga bermanfaat ..​
 
chrome ni best.. tp kuat makan ram

browser brave aku buat spare je.. kdg2 pakai opera kt phone
 
Back
Top
Log in Register