combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Alamanda, Mesra Mall Semarakkan Demam Piala Dunia Dengan Pengalaman Bola Sepak Interaktif
Kredit: Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd menyemarakkan demam Piala Dunia dalam kalangan komuniti menerusi penganjuran dua kempen bertemakan sukan bola sepak di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dan Mesra Mall, Kemaman bermula 3 hingga 19 Julai ini.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata kempen Bola Bola Alamanda dan The Golden Ticket di Mesra Mall dirangka bagi menawarkan pengalaman yang bermakna, kreatif dan menyeronokkan kepada pengunjung, khususnya keluarga.
“Kempen kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna, kreatif serta kegembiraan tanpa sempadan kepada komuniti sepanjang musim bola sepak yang meriah ini.
“Sama ada melalui cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksikan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kempen Bola Bola Alamanda, yang berlangsung dari 3 hingga 19 Julai menyaksikan Centre Court Alamanda ditransformasikan menjadi arena bertemakan bola sepak yang menampilkan pelbagai pengalaman interaktif fizikal dan digital.
Antara aktiviti yang disediakan ialah PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal!, Bench Battle dan 360° Celebration Cam yang membolehkan pengunjung merakam aksi sambutan jaringan gol dalam bentuk video gerak perlahan.
Kempen itu turut memberi penekanan kepada aktiviti mesra keluarga menerusi program bola sepak mini VIKids bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa dan anak-anak.
Menerusi Program Ganjaran Pembeli Alamanda, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di kedai terpilih akan menerima satu pas “Bola Bola Experience” manakala pembelian minimum RM500 dalam maksimum dua resit melayakkan mereka menerima dua pas, penyertaan dalam peraduan “Teka Bola Bola” serta peluang memenangi jersi bola sepak atau e-baucar Alamanda menerusi mesin Gashapon.
Sementara itu, Mesra Mall Kemaman menganjurkan kempen The Golden Ticket dari 4 hingga 19 Julai dengan mengetengahkan konsep Piala Dunia menerusi 40 Kotak Misteri sebagai tarikan utama.