BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alamanda, Mesra Mall Meriahkan Cuti Sekolah Dengan Karnival VIKids

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Alamanda, Mesra Mall Meriahkan Cuti Sekolah Dengan Karnival VIKids​

78dbb2ed8b8b9508faeac539e2050d2a6a13d48ef0b0e

158653869a665249419e16e7c7345a716a13d4be5818c

Kredit : Alamanda

Alamanda Shopping Centre membawakan semula Karnival VIKids dari 20 Mei hingga 7 Jun sempena cuti pertengahan penggal persekolahan.

Suria KLCC Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen 19 hari itu menjanjikan pengalaman interaktif bertenaga tinggi bagi memikat hati ahli VIKids dan keluarga mereka menerusi pelbagai aktiviti bermanfaat.

Menerusi kempen itu, ruang Centre Court pusat beli-belah itu akan diubah suai menjadi karnival retro-futuristik yang meriah bertemakan estetika neon era 1980-an.

“Pengunjung bakal melangkah masuk ke lantai bercorak catur hitam putih yang klasik dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia seperti pita kaset, boombox dan pohon kelapa.

“Karnival ini menampilkan empat stesen yang menyediakan permainan pesta ria tradisional, zon arked yang menarik serta bengkel seni dan kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Suasana hujung minggu pula dimeriahkan dengan tiga pertunjukan harian, iaitu Tarian Neon, Pertunjukan Silap Mata serta aksi Badut Belon pada setiap Sabtu dan Ahad.

Melalui Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma manakala bukan ahli boleh menikmati keistimewaan itu dengan perbelanjaan RM500 dan ke atas.

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman, Terengganu turut menganjurkan edisi Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026 dengan tema dunia alat tulis yang menarik.

Pusat beli-belah itu akan mengadakan siri bengkel kraf buat sendiri (DIY) keperluan sekolah dari 2 petang hingga 6 petang bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan aktiviti menghasilkan barangan seperti jadual waktu sekolah, bekas alat tulis, hiasan pensel (pencil toppers) dan penanda buku.

 
Back
Top
Log in Register