combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Serbu Pusat Panggilan Judi Bola Sepak Piala Dunia, Tahan 11 Individu
Polis menahan 11 individu termasuk enam warga Korea Selatan dalam serbuan ke atas pusat panggilan pertaruhan bola sepak Piala Dunia, yang beroperasi di bangunan pejabat di Taman Desa, Brickfields di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata serbuan pada 11.30 pagi itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa set komputer pelbagai jenama, peralatan elektronik, wang tunai serta menemukan baki mata wang digital 323,380.22 USDT (kira-kira RM 1.3 juta) dan kredit mata wang kripto 17,560 Won dalam serbuan itu.
Fadil berkata siasatan awal mendapati promosi perjudian terbabit dipercayai didalangi seorang lelaki warga Kanada yang menetap di luar negara dan pihaknya sedang mengenal pasti individu terbabit.
“Promosi perjudian dalam talian ini, menyasarkan warganegara Jepun, Korea dan Hong Kong,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak tiga bulan lepas dan diuruskan dua wanita bagi urusan sewa serta pekerja.
Semua tangkapan serta rampasan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (e) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.