Hadits Muslim no. 3766
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits
Matan
Daripada ayah Iyas ibn Salamah (Salamah ibn `Amr
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
”Sesungguhnya, seorang lelaki makan
di sisi Rasul Allah
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
dengan tangan kirinya.
Lalu baginda (
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Makanlah
dengan tangan kananmu.”
Dia (lelaki tadi) berkata,
“Aku tidak mampu.”
Baginda (
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Semoga kau tidak mampu.”
(Salamah ibn `Amr berkata),
“Tidak ada yang menghalangnya
melainkan kesombongan.
Maka dia tidak lagi mampu mengangkatnya (tangan)
ke mulutnya.”
Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ فَقَالَ كُلْ بِيَمِينِكَ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ لَا اسْتَطَعْتَ مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?