BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Cinta Ilmu Bermanfaat

1775433624116.png


Hadits Tirmidzi no. 2267
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Anas ibn Malik (radhiyallahu `anhu),

“Ada dua (2) orang saudara
pada zaman Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Maka salah seorang daripada kedua-duanya,
sering datang kepada Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Dan yang seorang lagi bekerja.

Lalu yang bekerja itu
mengadu tentang saudaranya
kepada Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Mungkin kau diberi rezeki
kerana dia
(barakah kesungguhannya dalam ilmu dan ibadah).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يَأْتِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْآخَرُ يَحْتَرِفُ فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 
1775540027726.png


1775540039962.png


Hadits Bukhari no. 1752
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Anas radhiyallahu `anhu,
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنْ الْبَرَكَةِ
“(Ya Allah, jadikanlah di al-Madinah
dua (2) kali ganda barakah

daripada apa yang Kau jadikan
di Makkah).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
بَاب حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي سَمِعْتُ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنْ الْبَرَكَةِ
تَابَعَهُ عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ عَنْ يُونُسَ
 
1775587677053.png


Hadits Tirmidzi no. 3852
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Ibn `Umar (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa yang mampu mati di Madinah,
maka biarlah dia mati di situ.

Kerana aku akan menjadi syafa`at
bagi sesiapa yang mati di sana.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
وَفِي الْبَاب عَنْ سُبَيْعَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ الْأَسْلَمِيَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ أَيُّوبَ السَّخْتِيَانِيِّ
 
1775782683180.png


1775782693939.png


1775782709568.png


Hadits Muslim no. 2426
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada ayah `Amir ibn Sa`d (Sa`d ibn Abi Waqqas radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya, aku mengharamkan kawasan
di antara dua tanah berbatu hitam Madinah
(sempadan tanah haram Madinah),

(di mana) tidak ditebang pokok-pokok liarnya
dan tidak dibunuh haiwan buruannya.”

Dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Madinah itu lebih baik bagi mereka (manusia),
sekiranya mereka mengetahui.

Tidaklah seseorang meninggalkannya (Madinah)
kerana berpaling daripadanya (memilih selainnya),
melainkan Allah akan menggantikan padanya
orang yang lebih baik daripadanya.

Dan tidaklah seseorang tetap (tinggal di Madinah)
atas kesusahan dan kepayahannya,
melainkan aku akan menjadi pemberi syafa`at baginya
atau saksi baginya pada hari kiamat.”

(Daripada sanad jalur 3,
ada penambahan dalam sabda Nabi sallallahu `alayhi wa sallam),

“Dan tidaklah seseorang berniat buruk
terhadap penduduk Madinah,
melainkan Allah akan meleburkannya di dalam neraka
seperti cairnya timah
atau cairnya garam di dalam air.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي أُحَرِّمُ مَا بَيْنَ لَابَتَيْ الْمَدِينَةِ أَنْ يُقْطَعَ عِضَاهُهَا أَوْ يُقْتَلَ صَيْدُهَا وَقَالَ الْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ لَا يَدَعُهَا أَحَدٌ رَغْبَةً عَنْهَا إِلَّا أَبْدَلَ اللَّهُ فِيهَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَلَا يَثْبُتُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا وَجَهْدِهَا إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ الْأَنْصَارِيُّ أَخْبَرَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثُمَّ ذَكَرَ مِثْلَ حَدِيثِ ابْنِ نُمَيْرٍ وَزَادَ فِي الْحَدِيثِ وَلَا يُرِيدُ أَحَدٌ أَهْلَ الْمَدِينَةِ بِسُوءٍ إِلَّا أَذَابَهُ اللَّهُ فِي النَّارِ ذَوْبَ الرَّصَاصِ أَوْ ذَوْبَ الْمِلْحِ فِي الْمَاءِ
 
1781853870728.png


Hadits Bukhari no. 5535
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Ibn Abi Nu`m,

“Aku hadir bersama Ibn `Umar (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ).

Lalu seorang lelaki bertanya kepada beliau
tentang darah nyamuk.

Maka beliau (Ibn `Umar) bertanya,
“Daripada kalangan manakah kau?”

Dia (lelaki itu) menjawab,
“Daripada (kalangan) penduduk `Iraq.”

Beliau (Ibn `Umar) berkata,
“Lihatlah orang ini.

Dia bertanya kepadaku
tentang darah nyamuk,

sedangkan mereka (penduduk `Iraq) telah membunuh cucu Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Dan aku mendengar
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Kedua-duanya (al-Hasan & al-Husayn) ialah
dua bunga harumku (kesayanganku)
daripada dunia ini.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا مَهْدِيٌّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي يَعْقُوبَ عَنْ ابْنِ أَبِي نُعْمٍ قَالَ كُنْتُ شَاهِدًا لِابْنِ عُمَرَ
وَسَأَلَهُ رَجُلٌ عَنْ دَمِ الْبَعُوضِ فَقَالَ مِمَّنْ أَنْتَ فَقَالَ مِنْ أَهْلِ الْعِرَاقِ قَالَ انْظُرُوا إِلَى هَذَا يَسْأَلُنِي عَنْ دَمِ الْبَعُوضِ وَقَدْ قَتَلُوا ابْنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هُمَا رَيْحَانَتَايَ مِنْ الدُّنْيَا


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1789884403976.png


Hadits Bukhari no. 213
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Seorang `Arab Badwi berdiri
lalu kencing di dalam masjid.

Kemudian orang ramai ingin menghalaunya.

Maka Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda kepada mereka,
“Biarkan dia.

Dan curahkanlah ke atas air kencingnya
satu baldi air
atau satu timba air.

Sesungguhnya kalian diutus
sebagai orang yang memudahkan

dan kalian tidak diutus
sebagai orang yang menyusahkan.”

Teks `Arab
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَهُ النَّاسُ فَقَالَ لَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register