BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Akhir Zaman

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 3764

Darjat: Sahih bima Qablahu

(sahih seperti hadith sebelumnya)

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada an-Nawwas bin Sam‘ān al-Kilabi (radiyallāhu ‘anhu),

“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam menyebut tentang Dajjal
lalu bersabda,

“Sekiranya Dajjal muncul,
sedangkan aku masih bersama kalian,
maka akulah yang akan melindungi kalian daripadanya.

Namun jika dia muncul
setelah ketiadaanku,
maka setiap orang hendaklah melindungi dirinya sendiri.

Dan Allah adalah penggantiku
bagi setiap muslim.

Barangsiapa daripada kalian yang menemuinya,
maka bacakan ke atasnya permulaan surah al-Kahfi.
Kerana ia akan menjadi pelindung bagi kalian
daripada fitnahnya."

Kami (para sahabat) bertanya,
“Wahai Rasulullah.
Berapa lama dia akan tinggal di bumi?”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) menjawab,
“Selama empat puluh (40) hari.
Sehari seperti setahun.
Sehari (kemudian) seperti sebulan.
Sehari (kemudian) seperti seminggu.
Dan selebihnya seperti hari-hari biasa kalian.”

Kami (para sahabat) bertanya lagi,
“Wahai Rasulullah.
Bagaimana kami hendak solat
pada hari yang seperti setahun itu?

Adakah memadai jika kami solat
seperti sehari semalam (mengikut tempoh biasa)?”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) menjawab,
“Tidak.
Akan tetapi, tetapkanlah waktunya secara anggaran.
(mengikut panjang tempoh hari tersebut).

Kemudian Isa putera Maryam akan turun di sisi menara putih,
di timur Damsyik.

Baginda akan mengejar Dajjal sehingga ke Pintu Lud (berhampiran Baitul Maqdis).
Lalu membunuhnya.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Sanadnya:

1753364579335.png

1753364647184.png
 
Back
Top
Log in Register