Hadits Nasa’i no. 1331
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani
Matan
Daripada `Abd Allah ibn `
Amr (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Ada dua (2) amalan,
tidaklah seorang muslim menjaga kedua-duanya,
melainkan dia akan masuk ke syurga.
Dan kedua-duanya itu ringan.
Namun orang yang mengamalkannya sedikit.”
Dia (`Abd Allah ibn `
Amr) berkata lagi,
“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Solat (fardhu) lima (5) waktu.
Seseorang daripada kalian bertasbih
selepas setiap solat
sebanyak sepuluh (10) kali.
Dan bertahmid sepuluh (10) kali.
Dan bertakbir sepuluh (10) kali.
Maka ia menjadi seratus lima puluh (150) pada lisan.
Dan seribu lima ratus (1500) pada timbangan (akhirat nanti).”
Dan aku (`Abd Allah ibn `
Amr) melihat Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam
menghitungnya (dzikr) dengan tangannya.
“Dan apabila seseorang daripada kalian
menuju ke tempat tidurnya atau pembaringannya,
dia bertasbih tiga puluh tiga (33) kali.
Dan bertahmid tiga puluh tiga (33) kali.
Dan bertakbir tiga puluh empat (34) kali.
Maka ia menjadi seratus (100) pada lisan.
Dan seribu (1000) pada timbangan (akhirat nanti).”
Dia (`Abd Allah ibn `
Amr) berkata lagi,
“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Maka siapakah antara kalian yang melakukan
dua ribu lima ratus (2500) kejahatan
pada setiap siang dan malam?”
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) ditanya,
“Wahai Rasul Allah.
Bagaimana kami tidak menjaganya?”
Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Sesungguhnya syaitan datang kepada seseorang daripada kalian
ketika dia dalam solatnya.
Lalu dia (syaitan) berkata (mengganggunya),
“Ingatlah ini.
Ingatlah itu.”
Dan dia (syaitan) datang kepadanya
ketika waktu tidurnya.
Lalu membuatkannya tertidur.”
Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!
Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an
Teks Arab
أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَّتَانِ لَا يُحْصِيهِمَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَهُمَا يَسِيرٌ وَمَنْ يَعْمَلُ بِهِمَا قَلِيلٌ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ يُسَبِّحُ أَحَدُكُمْ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ عَشْرًا وَيَحْمَدُ عَشْرًا وَيُكَبِّرُ عَشْرًا فَهِيَ خَمْسُونَ وَمِائَةٌ فِي اللِّسَانِ وَأَلْفٌ وَخَمْسُ مِائَةٍ فِي الْمِيزَانِ وَأَنَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهُنَّ بِيَدِهِ وَإِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ أَوْ مَضْجَعِهِ سَبَّحَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهِيَ مِائَةٌ عَلَى اللِّسَانِ وَأَلْفٌ فِي الْمِيزَانِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَيُّكُمْ يَعْمَلُ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ أَلْفَيْنِ وَخَمْسَ مِائَةِ سَيِّئَةٍ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ لَا نُحْصِيهِمَا فَقَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ وَهُوَ فِي صَلَاتِهِ فَيَقُولُ اذْكُرْ كَذَا اذْكُرْ كَذَا وَيَأْتِيهِ عِنْدَ مَنَامِهِ فَيُنِيمُهُ