BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Takdir

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,639
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,639
Reaction score
3,506
Points
211
1766860828963.png


1766860851004.png


Hadits Tirmidzi no. 2440
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Ibn `Abbas (radhiyallahu `anhu),

“Aku berada di belakang Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam
pada suatu hari.
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Wahai anak muda.
Sesungguhnya aku akan mengajarmu
beberapa kalimah.

Jagalah Allah (syariat-Nya).
Nescaya Dia akan memeliharamu.

Jagalah Allah (syariat-Nya).
Nescaya kau akan mendapati-Nya
di hadapanmu.

Apabila kau meminta,
maka mintalah kepada Allah.

Dan apabila kau memohon pertolongan,
maka mohonlah pertolongan daripada Allah.

Dan ketahuilah bahawa seluruh umat ini,
sekiranya mereka bersatu
untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu,
mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu.
Melainkan dengan sesuatu
yang telah Allah takdirkan ke atasmu.

Dan sekiranya mereka bersatu
untuk memudaratkanmu dengan sesuatu,
mereka tidak akan mampu memudaratkanmu.
Melainkan dengan sesuatu
yang telah Allah takdirkan ke atasmu.

Telah diangkat pena-pena.
Dan telah kering lembaran-lembaran
(catatan takdir telah ditetapkan).”

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!


Teks Arab:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَخْبَرَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ وَابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ قَيْسِ بْنِ الْحَجَّاجِ قَالَ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَخْبَرَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي قَيْسُ بْنُ الْحَجَّاجِ الْمَعْنَى وَاحِدٌ عَنْ حَنَشٍ الصَّنْعَانِيِّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ
قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 
Last edited:
1000730798.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Rezeki dan Ajal

Rasulullah ﷺ bersabda:
"إِنَّ الرِّزْقَ لَيَطْلُبُ العَبْدَ كَمَا يَطْلُبُهُ أَجَلُهُ"
Sesungguhnya rezeki mencari seorang hamba sebagaimana ajal mencarinya. (HR. al-Tabarani)

🌿 Rezeki sudah ditentukan, usahalah dengan tawakkal.

📌 Jangan risau, rezeki dan ajal datang tepat pada waktunya.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register