BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sedekah vs. Meminta-minta

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,642
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,642
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Isma'il bin Mas'ud, diceritakan oleh Khalid, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh 'Amru bin Murrah, diceritakan oleh Khaitsamah, daripada 'Adi bin Hatim,

"Ketika Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang neraka,
wajah Rasulullah s.a.w. berubah
(kerana takut padanya),
lalu Rasulullah s.a.w berlindung daripadanya.


Syu'bah menyebutkan bahawa
Rasulullah s.a.w. berlindung daripada api neraka sebanyak tiga(3) kali,

lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Takutlah kalian dengan api neraka,
walaupun dengan menginfakkan sepotong kurma.

Jika kalian tidak mendapatkannya,
maka dengan berkata baik."


(Hadith Nasa'i no. 2506)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Muhammad bin Asma` Adl Dluba`i, diceritakan oleh Mahdi (Ibnu Maimun), diceritakan oleh Washil (bekas hamba Abu 'Uyainah), daripada Yahya bin 'Uqail, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abul Aswad Ad Du`ali, daripada Abu Dzar,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Setiap pagi daripada setiap sendi kalian
memerlukan sedekah,

setiap tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
setiap amar makruf nahi mungkar
(mengajak kepada kebaikan & mencegah kemungkaran) adalah sedekah.

Dan semuanya itu dicukupi dengan
dua (2) raka'at (solat sunat) Dhuha."

(Hadith Muslim no. 1181)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Qasim bin Zakariya, diceritakan oleh Khalid bin Makhlad, diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Muzarrid, daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya,
kecuali ada dua malaikat yang turun.

Salah satunya memohon,
'Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.'

Dan satu lagi memohon,
'Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil."


(Hadith Muslim no. 1678)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Abdul A'la, diceritakan oleh Khalid, diceritakan oleh Ibnu 'Aun, daripada Hafshah, daripada Ummu Ar Raaih, daripada Salman bin 'Amir,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin,
pahalanya satu (1) sedekah.

Sedangkan sedekah kepada kerabat (hubungan silaturrahim)
pahalanya dua (2),
pahala sedekah dan pahala silaturrahim."

(Hadith Nasa'i no. 2535)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20221206_122442_942.jpg

Setiap Pemberian Makanan Itu Sedekah

“Jika kamu memberi makan pada :
1. Diri kami
2. Anakmu
3. Isterimu
4. Pembantumu
maka itu menjadi sedekah bagi mu.”

Berilah makan kepada yang berhak untuk mendapatkannya, terutama kepada ahli keluarga kita. InsyaAllah, setiap makanan yang kita sumbang itu akan mendapat pahala sedekah.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ibnu Numair, diceritakan oleh ayahnya, diceritakan oleh Abdul Malik, daripada 'Atha`, daripada Jabir,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang Muslim yang bercucuk tanam, kecuali

setiap tanaman yang dimakannya
bernilai sedekah baginya.

Apa yang dicuri orang daripadanya
menjadi sedekah baginya.

Apa yang dimakan binatang liar
menjadi sedekah baginya.

Apa yang dimakan burung
menjadi sedekah baginya.

Dan tidaklah seseorang mengambil daripadanya,
melainkan ia menjadi sedekah baginya."


(Hadith Muslim no. 2900)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 1698
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Suwaid bin Sa'id, diceritakan oleh Hafsh bin Maisarah, daripada Musa bin Uqbah, daripada Abu Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Ada seorang lelaki berkata,
"Malam ini,
aku benar-benar akan bersedekah."

"Maka lelaki itu pun keluar membawa sedekahnya.
Dan disedekahkannya kepada wanita pelacur.
Esok harinya,
orang-orang pun mengatakan bahawa
malam tadi ada pelacur yang diberi sedekah.
Maka lelaki itu berdoa,
"Ya Allah,
segala puji bagi-Mu
yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur.
Aku akan bersedekah lagi."

"Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya.
Lalu diberikannya kepada orang kaya.
Esok harinya,
orang-orang pun membicarakannya bahawa
malam tadi ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya.
Maka lelaki itu pun berkata,
"Ya Allah,
untuk-Mulah segala puji,
kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya.
Aku akan bersedekah lagi."

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya.
Dan diberikannya kepada pencuri.
Esok harinya,
orang-orang pun membicarakannya bahawa
malam tadi ada orang yang bersedekah kepada pencuri.
Lelaki yang bersedekah itu pun berujar,
"Segala puji bagi Allah
yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur,
kepada orang kaya,
dan kepada pencuri."

Kemudian lelaki itu didatangi malaikat seraya berkata,
"Sedekahmu telah diterima oleh Allah.

Adapun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur,
semoga dia berhenti daripada perbuatan melacur.

Yang jatuh kepada orang kaya,
semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula.

Sedangkan yang jatuh kepada si pencuri,
semoga dia berhenti mencuri."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Kepada Ahli Keluarga

عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda,: "Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu".(HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.

2. Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pemberian kepada ahli keluarga merupakan sedekah.

3. Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab keluarga. Firman Allah:

وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ

“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (QS. Al Baqarah: 219).

Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).

4. Sedekah atau pemberian kepada keluarga terlebih dahulu lebih diutamakan kerana ganjarannya lebih besar berbanding sedekah (pemberian) kepada orang lain.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan

Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui ada ahli keluarga kita yang terkesan ekonomi mereka mutakhir ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Dis. 2023
03hb Jamadil Akhir 1445H
 
Back
Top
Log in Register