BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Puasa Sunat Lain

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,716
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,716
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Yahya, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Muhammad bin Rifa'ah, daripada Suhail bin Abu Shalih, daripada ayahnya (Abu Shalih), daripada Abu Hurairah,

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pada hari Isnin dan Khamis,
semua amalan dinaikkan kepada Allah Ta'ala.

Maka aku lebih suka amalanku dinaikkan kepada-Nya

ketika aku sedang berpuasa."

(Hadith Tirmidzi no. 678)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.

5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.

Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan)

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SyawalPermulaanBaharu
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

24hb April 2023
03hb Syawal 1444H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 3167
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Sufyan, daripada 'Amru bin Dinar, daripada 'Amru bin Aus ast-Tasaqafiy, daripada 'Abdullah bin 'Amru,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Puasa yang paling Allah cintai
adalah puasa Nabi Daud a.s.
Iaitu dia berpuasa satu (1) hari.
Dan berbuka satu (1) hari (kemudian).

Dan solat yang paling Allah sukai
adalah solatnya Nabi Daud a.s. pula.
Iaitu dia tidur sehingga pertengahan malam.
Lalu bangun mendirikan solat
pada sepertiga (1/3) malam.
Dan tidur lagi pada akhir seperenam (1/6) malamnya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbanyak Puasa Sunat Dibulan Syaaban

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Daripada Abu Salamah ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata; Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada bulan Syaaban hingga sisa harinya tinggal sedikit." (HR Muslim No: 1957) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW sentiasa memelihara ibadat puasa sunat setiap bulan seperti puasa Isnin, Khamis juga pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15 hari bulan).

2. Rasulullah SAW berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadan

3. Rasulullah membanyakkan puasa sunatnya pada bulan Syaaban kecuali beberapa hari dihujung Syaaban.

4. Bulan Syaaban akan menemui kita. Marilah kita membuat persiapan untuk membanyakkan berpuasa sunat di bulan Syaaban.

5. Ambillah peluang kelebihan berpuasa dengan memperbanyakkan doa agar dilepaskan dari pelbagai musibah dan lain-lain kerana doa orang yang sedang berpuasa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. (HR Ibn Majah No:1752) Status:Hadis hasan

Marilah kita melaksanakan ibadat puasa sunat dibulan Syaaban sebagai latihan dan persiapan menghadapi Ramadan.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Februari 2024
28hb Rejab 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Hari Puteh (13, 14 & 15) Hijrah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Daripada Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Puteh) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Ada kalanya sebulan penuh, ada juga sebahagian besar daripadanya kecuali beberapa hari.

2. Antara hari yang digalakkan berpuasa pada setiap bulan hijrah ialah pada pertengahan bulan atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

3. Disepanjang bulan Syaaban ini kita digalakkan berpuasa sunat. Ada puasa sunat yang khusus antaranya puasa hari Isnin dan Khamis juga puasa pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15) yang akan jatuh pada hari Jumaat 23hb Feb, Sabtu 24hb Feb dan Ahad 25hb Feb ini.

4. Berpuasa tiga hari sebulan menyamai ganjarannya seperti berpuasa sebulan (kerana kebaikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda). Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ الْأَبَدَ صَوْمُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ الشَّهْرِ صَوْمُ الشَّهْرِ كُلِّهِ

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam satu bulan, sama halnya dengan berpuasa sebulan penuh." (HR Muslim No: 1967)

Marilah kita merebut peluang melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban ini. Kita berpuasa sunat Hari-hari Puteh pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Februari 2024
12hb Syaaban 1445H
 
amalan puasa sunat
puasa sunat.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 692

Darjat: Hasan Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Dzar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Wahai Abu Dzar.

Jika kamu ingin berpuasa tiga (3) hari
pada setiap bulan,

maka berpuasalah pada tanggal
ke tiga belas (13), empat belas (14) dan lima belas (15)."

Telah diriwayatkan pada sebahagian Hadith (lain),
"Barangsiapa yang berpuasa tiga (3) hari
dari setiap bulan
sama dengan berpuasa setahun penuh."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 692

Darjat: Hasan Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Dzar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Wahai Abu Dzar.

Jika kamu ingin berpuasa tiga (3) hari
pada setiap bulan,

maka berpuasalah pada tanggal
ke tiga belas (13), empat belas (14) dan lima belas (15)."

Telah diriwayatkan pada sebahagian Hadith (lain),
"Barangsiapa yang berpuasa tiga (3) hari
dari setiap bulan
sama dengan berpuasa setahun penuh."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1736706133080.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 692

Darjat: Hasan Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Dzar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Wahai Abu Dzar.

Jika kamu ingin berpuasa tiga (3) hari
pada setiap bulan,

maka berpuasalah pada tanggal
ke tiga belas (13), empat belas (14) dan lima belas (15)."

Telah diriwayatkan pada sebahagian Hadith (lain),
"Barangsiapa yang berpuasa tiga (3) hari
dari setiap bulan
sama dengan berpuasa setahun penuh."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Puasa sunat hari putih (13-15) terkini:
13 Rejab 1446 = 13-01-2025
>
15 Rejab 1446 = 15-01-2025
 
Back
Top
Log in Register