BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Munafik, Hipokrit & Seumpamanya

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,638
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,638
Reaction score
3,506
Points
211
01-Munafik-211222-Copy.jpg
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Jarir, daripada 'Umarah, daripada Abu Zur'ah, daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Kalian akan temui manusia beragam asal-usulnya (perilakunya).

Maka orang-orang yang baik pada zaman jahiliyyah,
akan menjadi baik pula pada zaman Islam,
apabila mereka memahami (Islam).

Dan akan kalian temui pula
manusia yang paling baik dalam urusan (pemerintahan) ini.
Iaitu mereka yang tidak berkeinginan terhadap jawatan.

Dan akan kalian temui
manusia yang paling buruk dalam urusan (pemerintahan) ini.
Iaitu mereka yang bermuka dua (hipokrit).
Dia datang kepada satu golongan dengan wajah (pendapat) tertentu.
Dan datang kepada kelompok lain dengan wajah (pendapat) lain."

(Hadith Bukhari no. 3234)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Bisyr bin Khalid, diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Sulaiman,
daripada Abdullah bin Murrah, daripada Masruq, daripada Abdullah bin 'Amr,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Empat (4) hal,
barangsiapa yang keempat-empat (4) hal tersebut terdapat padanya,
maka dia adalah seorang munafik.

Atau padanya terdapat satu (1) sifat
daripada empat (4) sifat tersebut,
maka padanya terdapat sifat kemunafikan
sehingga dia meninggalkannya.
Iaitu;

1) apabila berbicara,
dia berdusta.

2) Apabila berjanji,
dia memungkirinya.

3) Apabila diberikan amanah
dia mengkhianatinya.

4) Dan apabila bertelagah,
dia melampaui batas."

(Hadith Nasa'i no. 4934)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000493096.jpg


“Tiga Ciri Orang Munafik”

Nabi Muhammad SAW bersabda, ada tiga tanda orang munafik:
1. Apabila dia bercakap, dia berdusta.
2. Apabila dia berjanji, dia memungkiri janji.
3. Apabila dia diberikan amanah, dia mengkhianatinya.

Hadis ini mengingatkan kita untuk sentiasa jujur, menunaikan janji, dan menjaga amanah.

Jangan biarkan sifat munafik mencemari hati kita.
#JAKIM #Hadis #Amanah #Jujur #Janji #Munafik
 
Back
Top
Log in Register