BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Memberi Salam & Berjabat Tangan

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Al Laits, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Abu Al Khair, daripada Abdullah bin 'Amr,

"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
"(Amalan) Islam manakah yang paling baik?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Engkau memberi makan

dan mengucapkan salam
kepada orang yang engkau kenal
dan yang tidak engkau kenal."


(Hadith Nasa'i no. 4914)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 2652
Darjat: Hasan sahih


Diceritakan oleh Suwaid, diceritakan oleh Abdullah, diceritakan oleh Handlalah bin 'Ubaidillah, daripada Anas bin Malik,

"Seseorang bertanya,
"Wahai Rasulullah,
apakah kami harus menundukkan kepala
apabila salah seorang daripada kami
bertemu dengan saudaranya
atau sahabatnya?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidak."

Dia bertanya,
"Apakah dia harus memeluk
dan menciumnya?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidak."

Orang itu bertanya lagi,
"Apakah harus mengambil tangannya
dan menjabatnya?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Ya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilah Salam Walaupun Pada Kanak-kanak

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى غِلْمَانٍ فَسَلَّمَ عَلَيْهِم

Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertemu dengan beberapa orang anak kecil, lalu baginda memberi salam kepada mereka. (Sahih Muslim No: 4031) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Rasulullah SAW mengajar kita berakhlak mulia walau dengan sesiapapun

2.Antara akhlak mulia ialah mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang Islam.

3.Rasulullah SAW memberi salam walaupun kepada kanak-kanak kecil

Ayuh miliki sifat rendah hati dan menghormati orang lain walaupun kanak-kanak kecil.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

13hb Julai 2023
24hb Zulhijjah 1444H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 3242
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abu Usamah, daripada 'Auf, daripada Zurarah bin Aufa, daripada Abdullah bin Salam,

"Tatkala Nabi s.a.w. tiba di Madinah,

maka orang-orang bergegas
menyambut kedatangan beliau (Nabi s.a.w.)
dengan menyerukan,
"Rasulullah s.a.w. datang!
Rasulullah datang!
Rasulullah datang!"
sehingga tiga kali.

Maka aku ikut menyertai di tengah-tengah kerumunan manusia
untuk melihat beliau (Nabi s.a.w.).

Ketika telah jelas kupandang wajahnya,
barulah aku dapat tahu bahawa
raut muka beliau (Nabi s.a.w.)
bukanlah raut muka seorang pendusta.

Ucapan kali pertama yang aku dengar
daripada beliau (Nabi s.a.w.) adalah,

"Wahai manusia.
Sebarkanlah salam.
Berilah makan.
Sambunglah tali persaudaraan.
Solatlah pada malam hari ketika manusia terlelap tidur.

Nescaya kalian masuk syurga
dengan selamat."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000727278.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Sebarkan Salam, Sebar Rahmat

Rasulullah ﷺ bersabda:
"أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ"
"Sebarkanlah salam di antara kamu." (HR. Muslim)

🌿 Mulakan setiap pertemuan dengan salam, buka pintu kasih sayang.

📌 Salam menyatukan hati dan menyebar kedamaian.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register