BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Masjid

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,638
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,638
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Al Hasan bin Ali Al Khallal, diceritakan oleh 'Arim, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, diceritakan oleh Yazid bin Khushaifah, daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Tsauban,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jika kalian melihat orang menjual atau membeli
di dalam masjid,
maka katakanlah,
"Semoga Allah tidak memberi keuntungan
kepada barang niagamu."

Jika kalian melihat orang yang mengumumkan
sesuatu yang hilang di dalamnya,
maka katakanlah,
"Semoga Allah tidak mengembalikannya
kepadamu."


(Hadith Tirmidzi no. 1242)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Amru An Naqid & Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Ibnu Uyainah, diceritakan oleh Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Sa'id, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Janganlah kalian bersusah payah
melakukan perjalanan jauh (tujuan ibadat),
kecuali pergi ke tiga (3) masjid iaitu,
1) masjidku ini (Masjid an-Nabawi, Madinah),
2) Masjidil Haram (Mekah)
3) dan Masjid al-Aqsa (Baitulmuqqadis)."


Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abdul A'la, daripada Ma'mar, daripada Az Zuhri dengan isnad ini,
hanya sahaja ia menyebutkan,


"Diperbolehkan untuk bersusah payah
mengadakan perjalanan jauh
ke tiga masjid."


(Hadith Muslim no. 2475)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Abdul Wahid, daripada Amru bin Yahya, daripada ayahnya (Yahya), daripada Abu Sa'id,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Semua tempat di bumi ini
adalah masjid (tempat untuk solat atau sujud)

kecuali tempat mandi
dan kubur."


(Hadith Abu Daud no. 415)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh 'Abdul Wahid, diceritakan oleh Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Solat seorang lelaki secara berjemaah
dibandingkan solatnya di rumahnya
atau di pasar
lebih baik (digandakan) pahalanya
dengan dua puluh lima (25) kali ganda.

Yang demikian itu kerana bila dia berwuduk
dengan menyempurnakan wuduknya,
lalu keluar dari rumahnya
menuju ke masjid,
dia tidak keluar
kecuali untuk melaksanakan solat berjemaah.

Maka tidak ada satu langkah pun daripada langkahnya
kecuali akan ditinggikan satu (1) darjat,
dan akan dihapuskan satu (1) dosanya.

Apabila dia melaksanakan solat (berjemaah),
maka malaikat akan turun untuk mendoakannya
selama dia masih berada di tempat solatnya.
"Ya Allah, ampunilah dia.
Ya Allah, rahmatilah dia."

Dan seseorang daripada kalian sentiasa dihitung
dalam keadaan solat
selama dia menunggu
bermulanya solat (berjemaah)."

(Hadith Bukhari no. 611)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Zuhair bin Harb & Muhammad bin al-Mutsanna, diceritakan oleh adh-Dhahhak bin Makhlad, diceritakan oleh Abdul Hamid bin Ja'far,
diceritakan oleh ayahnya (Ja'far), daripada Mahmud bin Labid,


"Uthman bin Affan berniat
untuk membuat penambahbaikan pada masjid,
tetapi dihalang oleh orang ramai.
Mereka lebih suka membiarkan masjid seadanya.

Kemudian Uthman bin Affan berkata,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

Sesiapa yang membina masjid
kerana Allah,
Allah akan membina (bangunan)
di syurga untuknya
seperti masjid itu."


(Hadith Muslim no. 829)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000040673.jpg

SYURGA BAGI PENGUNJUNG MASJID

Orang yang sentiasa solat di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.

Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa datang ke Masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari."

Marilah sama-sama kita istiqamah untuk solat secara berjemaah di Masjid dan Surau.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Abu Daud no. 378
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin Ash Shabbah bin Sufyan, diceritakan oleh Sufyan bin 'Uyainah, daripada Sufyan Ats Tsauri, daripada Abu Fazarah, daripada Yazid bin Al Ashamm,
daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Saya tidaklah diperintahkan
untuk menghiasi (mencantikkan) masjid-masjid."


Ibnu Abbas berkata,
"Sesungguhnya, kalian akan menghiasi masjid-masjid
sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani menghiasi (tempat ibadah mereka).


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 299
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Al Anshari, diceritakan oleh Ma'n, dari [Malik]. diceritakan oleh Qutaibah, daripada Malik, daripada Zaid bin Rabah, daripada Ubaidullah bin Abu Abdullah Al Aghar, daripada Abu Abdullah Al Aghar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Solat di masjidku ini (Masjid an-Nabawi, Madinah) lebih baik,
dengan (seumpama) seribu (1000) kali solat
di masjid selainnya.

Kecuali Masjidil Haram (Mekah)."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 1118

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Ibnu Umar radiyallāhu ‘anhu,

"Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam biasa mengunjungi Masjid Quba’
pada setiap hari Sabtu.

Sama ada berjalan kaki.

Atau menaiki kenderaan.

Dan Abdullah bin Umar radiyallāhu ‘anhu juga
melakukan perkara yang sama."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 1118

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Ibnu Umar radiyallāhu ‘anhu,

"Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam biasa mengunjungi Masjid Quba’
pada setiap hari Sabtu.

Sama ada berjalan kaki.

Atau menaiki kenderaan.

Dan Abdullah bin Umar radiyallāhu ‘anhu juga
melakukan perkara yang sama."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1752549592123.png
 
Back
Top
Log in Register