boca120879
Super Active Member

- Messages
- 9,641
- Joined
- Dec 27, 2018
- Messages
- 9,641
- Reaction score
- 3,506
- Points
- 211
sorry. error
Last edited:
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.




Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Muslim no. 3843
Darjat: Sahih
Ijmak Ulama’
Matan:
Daripada Abu Hurairah,
"Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan tamu orang kafir.
Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh pembantunya memerah susu seekor kambing untuk tamu.
Lalu diminum habis oleh tamu tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. menghidangkannya lagi.
Dan habis pula diminumnya.
Dihidangnya lagi, tamu itu pun masih tetap meminumnya.
Sehingga akhirnya tamu itu meminum habis
susu perahan tujuh ekor kambing.
Beberapa waktu kemudian dia (tamu itu) masuk Islam.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya.
Susu itu diminumnya habis.
Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya diperah seekor lagi.
Lalu diberikan pula kepadanya.
Tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang Mukmin minum
dengan satu usus (kurang makan/minum).
Dan orang kafir minum
dengan tujuh usus (banyak makan/minum)."
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)


Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Bukhari no. 6832
Darjat: Sahih
Ijmak Ulama’
Matan:
Daripada Aisyah r.a.,
"Barangsiapa menceritakan kepadamu
bahawa Muhammad s.a.w. melihat Tuhannya.
Bererti dia telah dusta.
Kerana Allah berfirman,
لَّا تُدْرِكُهُ ٱلْأَبْصَـٰرُ
(Dia tidak dapat dilihat dengan mata...)
(Surah al-An'am 6:
sebahagian daripada ayat 103)
Dan barangsiapa menceritakan kepadamu
bahawa dia tahu yang ghaib.
Bererti dia telah dusta.
Sebab Muhammad (s.a.w.) bersabda,
“Tidak ada yang tahu yang ghaib.
Kecuali Allah.”
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)


Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Bukhari no. 6932
Darjat: Sahih
Ijmak Ulama’
Matan:
Daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Malaikat malam dan malaikat siang
secara bergiliran menjaga kalian.
Dan mereka berkumpul pada waktu solat Asar
dan solat Subuh.
Kemudian malaikat yang menjaga kalian pada malam hari
naik ke langit.
Dan Allah bertanya pada mereka,
padahal Dia lebih mengetahui tentang mereka.
“Bagaimana kalian tinggalkan para hamba-Ku?”
Para malaikat menjawab,
“Kami tinggalkan mereka
dalam keadaan mereka sedang solat.
Dan kami bertemu dengan mereka juga
dalam keadaan mereka sedang solat.”
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)






