BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Iman

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4098

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada al-Mustawrid (bin Shaddad)
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Perumpamaan dunia
dibandingkan dengan akhirat
tidak lain kecuali

seperti salah seorang daripada kalian
mencelupkan jarinya ke dalam lautan,

maka lihatlah apa yang tersisa padanya
(titisan air yang masih ada pada jari tersebut).”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Sanadnya:

1737912989791.png

1737913008352.png
 
Halawatul Iman (Kemanisan Iman)

Apakah Itu Kemanisan Iman?

Kemanisan iman adalah satu keadaan di mana seseorang hamba merasakan kelazatan dalam beribadah kepada Allah. Hatinya merasa bahagia dengan ketaatan, dan dia mendahulukan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala-galanya.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, dia akan merasai kemanisan iman:
1. Dia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selain keduanya.
2. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah.
3. Dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimana Meraih Kemanisan Iman?

1. Mencintai Allah dan Rasul Melebihi Segala-galanya
• Iman yang menuntut kita mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala perkara di dunia ini. Ini bermakna kita mendahulukan perintah Allah daripada kehendak hawa nafsu dan duniawi.
2. Mencintai Seseorang Kerana Allah
• Persaudaraan dalam Islam adalah berdasarkan keikhlasan, bukan kerana kepentingan dunia. Apabila kita mencintai seseorang kerana keimanannya, kerana taqwanya, dan bukan kerana harta atau pangkat, itulah tanda kemanisan iman.
3. Membenci Kekufuran dan Kemaksiatan
• Seseorang yang benar-benar merasai kemanisan iman akan membenci perkara yang membawa kepada dosa dan kekufuran. Dia merasa gelisah jika terjebak dalam maksiat dan segera bertaubat.

Tanda-tanda Kemanisan Iman

1. Ketenangan hati dalam ketaatan – Ibadah tidak terasa beban tetapi menjadi satu kenikmatan.
2. Bersabar dengan ujian – Tidak mudah mengeluh tetapi melihat ujian sebagai tanda kasih sayang Allah.
3. Tidak tergoda dengan dunia – Hati lebih cenderung kepada akhirat berbanding keindahan dunia.
4. Bergembira dengan kebaikan dan sedih dengan dosa – Merasa bahagia apabila melakukan amal soleh dan segera bertaubat apabila tersilap.

Kemanisan iman bukan sesuatu yang datang dengan sendirinya, tetapi ia perlu dicari dan diperjuangkan. Jika kita ingin merasainya, marilah kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah, mencintai sunnah Rasulullah ﷺ, dan berusaha untuk sentiasa berada dalam lingkungan orang-orang yang soleh.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita halawatul iman sehingga hati kita sentiasa tenang dan bahagia dalam ketaatan kepada-Nya.

اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ، وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مَهْدِيِّينَ
“Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami petunjuk yang mendapat petunjuk.”

1000496335.jpg

Perbaharui Iman dengan Kalimah Tauhid

Iman itu boleh pudar dan lemah seiring waktu. Bagaimana cara untuk kita memperbaharuinya?

Sabda Rasulullah SAW: “Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan : Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab, Perbanyakkan mengucap La Illaha Illallah.”

Dengan memperbanyakkan kalimah ini, kita mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan memurnikan hati daripada perkara yang melalaikan.

Jadikan amalan ini sebahagian daripada rutin harian kita.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 419

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Jabir bin Abdullah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Aku diberikan lima (5) perkara
yang tidak diberikan
kepada seorang pun daripada nabi-nabi sebelumku.

1) Aku ditolong melawan musuhku
dengan ketakutan mereka sepanjang sebulan perjalanan.

2) Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud dan suci.
Maka di mana sahaja seseorang daripada umatku mendapati waktu solat,
hendaklah dia solat.

3) Kemudian dihalalkan
harta rampasan (perang) untukku.

4) Para nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya.
Sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia.

5) Dan aku diberikan (hak)
untuk memberikan syafaat."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 419

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Jabir bin Abdullah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Aku diberikan lima (5) perkara
yang tidak diberikan
kepada seorang pun daripada nabi-nabi sebelumku.

1) Aku ditolong melawan musuhku
dengan ketakutan mereka sepanjang sebulan perjalanan.

2) Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud dan suci.
Maka di mana sahaja seseorang daripada umatku mendapati waktu solat,
hendaklah dia solat.

3) Kemudian dihalalkan
harta rampasan (perang) untukku.

4) Para nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya.
Sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia.

5) Dan aku diberikan (hak)
untuk memberikan syafaat."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1747885895641.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 631

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Barangsiapa menyetubuhi wanita yang haid.

Atau menyetubuhi wanita melalui duburnya.

Atau menemui dukun
lalu mempercayai apa yang diucapkannya.

Maka dia telah kufur terhadap wahyu
yang diturunkan kepada Muhammad (sallallahu ‘alayhi wa sallam)."

1752119659060.png

1752259500660.png
 
Attachments

Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Nasa'i no. 1805

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Diceritakan oleh Buraidah (bin al-Husayb radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“(Tanda) kematian seorang mukmin adalah dengan
(adanya) peluh di dahinya."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register