BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Iman

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 2612

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,

kalian tidak akan masuk syurga
sehingga beriman.

Dan tidak akan beriman
sehingga saling mencintai.

Mahukah aku tunjukkan kepada kalian
tentang sesuatu yang
apabila kalian lakukan,
kalian akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam
di antara kalian."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Tirmidzi_2612_Sanad_240317.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4022

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang Mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia
dan bersabar atas perbuatan buruk mereka,
lebih besar pahalanya.

Daripada seorang Mukmin yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia
dan tidak sabar atas tindakan buruk mereka."

02_Hadith_IbnuMajah_4022_Sanad_240317.png

02-02_Hadith_Ahmad_22019_Sanad_sokongan_240317.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 2098

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Thariq bin Syihab,

"Orang yang pertama kali mendahulukan khutbah
daripada solat (Hari Raya) adalah Marwan.

Maka seorang lelaki pun berdiri seraya berkata kepada Marwan,
"Anda telah menyelisihi Sunnah."

Marwan berkata,
"Wahai Fulan, hal itu telah ditinggalkan."

Maka Abu Sa'id berkata,
"Ada pun orang ini (yang memberi nasihat),
maka sungguh dia telah menunaikan apa yang menjadi kewajipannya.
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran,
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya (perbuatan).

Kalau tidak mampu,
maka dengan lisannya (kata-kata).

Dan jika tidak mampu juga,
maka dengan jantungnya (niat).
Dan itu adalah selemah-lemah iman."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Assalamualaikum bro apa khabar.... sekarang bro dah mejauh mengenai urusan dunia dalam peperangan....tak ada info ke tentang perang Israel dan Palestin....bro kan tetap akan memperjuangkan Islam..... Rusia Ukraine tak apalah negara kafir.... ini Palestin.... cerita lah sikit perkembangan terkini.... saya minta maaf jika tersinggung... sebab bab agama bro boleh tahan juga berilmu...
 
Wa'laikumussalam warahmatullahu wabarakatuh, saudaraku.

Ramai yang tahu bab Palestin.

Sebab tu saya baca info2 mereka.

Kalo saya rasa nak mencelah,
saya mencelah.

Insha Allah.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 5552

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Kamu akan melihat orang-orang Mukmin
dalam hal saling mengasihani, mencintai dan menyayangi
bagaikan satu (1) tubuh.

Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit,
maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas
(turut merasakan sakitnya)."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register