BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"(HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.

b. Mencintai seseorang hanya kerana Allah.

c. Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Marilah kita menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

20hb Sept 2023
04hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ukhuwah Tanda Kesempurnaan Iman

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatkannya”. (Sahih Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2. Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3. Ibn Qayyim menyatakan:

a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.

4. Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.

5. Langkah strategik Baginda mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang maju dan makmur.

6. Jadilah kita orang yang suka agar saudara Muslim kita yang lain mendapat kebaikkan bukan mengharap dia mendapat keburukan.

7. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

Marilah kita pertautkan kasih sayang dan ukhuwah. Buang jauh-jauh perselisihan dan perbezaan yang ada. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkasih sayang.

Hadis13
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

04hb Nov. 2023
20hb Rabiul Akhir 1445H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Nasa'i no. 4904

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Umar bin al-Khattab berkata,

"Pada suatu hari, ketika kami bersama Rasulullah s.a.w.,
tiba-tiba muncul di hadapan kami,
orang yang sangat putih pakaiannya,
hitam rambutnya,
tidak terlihat padanya tanda bermusafir,
dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya.

Sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.
dan menyandarkan lututnya kepada lutut beliau (Rasulullah s.a.w.)
dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya
pada kedua-dua paha beliau (Rasulullah s.a.w.)

Kemudian berkata,
"Wahai Muhammad,
beritahu kepadaku mengenai Islam."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"1) Engkau bersaksi bahawa
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah)
dan
مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
(Muhammad adalah utusan Allah).
2) Engkau mendirikan solat.
3) Membayar zakat.
4) Berpuasa Ramadhan.
5) Dan melakukan haji di Kaabah apabila mampu pergi ke sana."

Orang tersebut berkata,
"Tuan benar."

Maka kami pun hairan kepadanya.
Dia bertanya
dan dia pula yang membenarkannya.

Kemudian dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai iman."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"1) Engkau beriman kepada Allah.
2) Para Malaikat-Nya.
3) Kitab-kitab-Nya.
4) Para rasul-Nya.
5) Dan hari akhirat.
6) Serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk."

Dia berkata,
"Tuan benar."
Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai ihsan."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Ihsan adalah engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya.
Dan apabila engkau tidak melihat-Nya
maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai hari kiamat."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Orang yang ditanya
tidaklah lebih mengetahui
daripada yang bertanya."

Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai tanda-tandanya (kiamat)."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Jika ada hamba wanita yang melahirkan tuannya,
dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki,
telanjang
dan tidak berkhatan
serta menggembala kambing
saling berlumba meninggikan bangunan."

Tiga (3) hari kemudian,
Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku,
"Wahai Umar,
apakah engkau mengetahui
siapakah yang bertanya (tempoh hari)?"

Saya (Umar bin al-Khattab) menjawab,
"Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Sesungguhnya dia adalah Jibril a.s.
Datang kepada kalian
hendak mengajarkan kepada kalian
perkara agama kalian."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Nasa'i no. 4904

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Umar bin al-Khattab berkata,

"Pada suatu hari, ketika kami bersama Rasulullah s.a.w.,
tiba-tiba muncul di hadapan kami,
orang yang sangat putih pakaiannya,
hitam rambutnya,
tidak terlihat padanya tanda bermusafir,
dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya.

Sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.
dan menyandarkan lututnya kepada lutut beliau (Rasulullah s.a.w.)
dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya
pada kedua-dua paha beliau (Rasulullah s.a.w.)

Kemudian berkata,
"Wahai Muhammad,
beritahu kepadaku mengenai Islam."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"1) Engkau bersaksi bahawa
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah)
dan
مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
(Muhammad adalah utusan Allah).
2) Engkau mendirikan solat.
3) Membayar zakat.
4) Berpuasa Ramadhan.
5) Dan melakukan haji di Kaabah apabila mampu pergi ke sana."

Orang tersebut berkata,
"Tuan benar."

Maka kami pun hairan kepadanya.
Dia bertanya
dan dia pula yang membenarkannya.

Kemudian dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai iman."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"1) Engkau beriman kepada Allah.
2) Para Malaikat-Nya.
3) Kitab-kitab-Nya.
4) Para rasul-Nya.
5) Dan hari akhirat.
6) Serta seluruh takdir yang baik dan yang buruk."

Dia berkata,
"Tuan benar."
Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai ihsan."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Ihsan adalah engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya.
Dan apabila engkau tidak melihat-Nya
maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai hari kiamat."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Orang yang ditanya
tidaklah lebih mengetahui
daripada yang bertanya."

Dia berkata,
"Beritahu kepadaku mengenai tanda-tandanya (kiamat)."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Jika ada hamba wanita yang melahirkan tuannya,
dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki,
telanjang
dan tidak berkhatan
serta menggembala kambing
saling berlumba meninggikan bangunan."

Tiga (3) hari kemudian,
Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku,
"Wahai Umar,
apakah engkau mengetahui
siapakah yang bertanya (tempoh hari)?"

Saya (Umar bin al-Khattab) menjawab,
"Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."

Beliau (Rasulullah s.a.w.) bersabda,
"Sesungguhnya dia adalah Jibril a.s.
Datang kepada kalian
hendak mengajarkan kepada kalian
perkara agama kalian."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Nasa'i_4904_Sanad_240317.png
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 25

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. ditanya tentang
amal apakah yang paling utama?

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya".

Lalu ditanya lagi,
"Kemudian apa?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Berperang di jalan Allah.

Lalu ditanya lagi,
"Kemudian apa lagi?"

Jawab beliau (Rasulullah s.a.w.),
"Haji Mabrur."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 25

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. ditanya tentang
amal apakah yang paling utama?

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya".

Lalu ditanya lagi,
"Kemudian apa?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Berperang di jalan Allah.

Lalu ditanya lagi,
"Kemudian apa lagi?"

Jawab beliau (Rasulullah s.a.w.),
"Haji Mabrur."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Bukhari_25_Sanad_Jalur1_240317_a.png


02-02_Hadith_Bukhari_25_Sanad_Jalur2_240317_a.png
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 15

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tiga (3) perkara yang apabila ada pada diri seseorang,
dia akan mendapati manisnya iman.

1) Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya
daripada selain kedua-duanya.

2) Jika dia mencintai seseorang,
dia tidak mencintainya
kecuali kerana Allah.

3) Dan dia benci kembali kepada kekufuran.
Seperti dia benci apabila dilempar ke neraka."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 15

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tiga (3) perkara yang apabila ada pada diri seseorang,
dia akan mendapati manisnya iman.

1) Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya
daripada selain kedua-duanya.

2) Jika dia mencintai seseorang,
dia tidak mencintainya
kecuali kerana Allah.

3) Dan dia benci kembali kepada kekufuran.
Seperti dia benci apabila dilempar ke neraka."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Bukhari_15_Sanad_240317.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 6900

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a.,

"Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang jujur menyampaikan.
Dan berita yang disampaikan kepadanya adalah benar.

Sesungguhnya, penciptaan salah seorang di antara kalian
dihimpun dalam perut ibunya
selama empat puluh (40) hari,
atau empat puluh (40) malam.

Kemudian menjadi segumpal darah
dalam empat puluh (40) hari berikutnya.

Kemudian menjadi segumpal daging
dalam empat puluh (40) hari berikutnya.

Kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya
dan memerintahkan untuk menetapkan empat (4) kalimat (perkara).
1) Tentang rezekinya.
2) Ajalnya.
3) Amalnya.
4) Sengsara atau bahagia.

Kemudian Allah meniupkan roh padanya.

Sesungguhnya, ada salah seorang di antara kalian
yang melakukan amalan-amalan penghuni syurga
sehingga tiada jarak antara dia dan syurga
selain sehasta.
Namun kemudian takdir telah mendahuluinya.
Lalu dia pun mengamalkan amalan penghuni neraka.
Dan akhirnya masuk neraka.

Dan sesungguhnya, ada salah seorang di antara kalian
yang melakukan amalan penghuni neraka
sehingga tiada jarak antara dia dan neraka
selain sehasta.
Namun kemudian takdir mendahuluinya.
Lalu dia pun mengamalkan amalan penghuni syurga
sehingga dia memasukinya."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register