boca120879
Super Active Member

- Messages
- 9,717
- Joined
- Dec 27, 2018
- Messages
- 9,717
- Reaction score
- 3,506
- Points
- 211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Nafi', daripada Al Qasim bin Muhammad, daripada 'Aisyah,
"Aisyah membeli bantal-bantal kecil
bergambar-gambar.
Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat bantal-bantal tersebut,
Rasulullah s.a.w. berhenti di pintu
dan tidak terus masuk.
Aisyah segera tahu daripada wajah Rasulullah s.a.w.
bahawa Rasulullah s.a.w. tidak suka.
Kata 'Aisyah,
'Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Apakah salahku?"
Rasulullah s.a.w. kembali bertanya,
"Bantal-bantal apa ini?"
Jawab 'Aisyah,
"Aku beli untuk tempat duduk anda,
atau tempat anda bersandar."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa kelak di hari kiamat,
seraya dikatakan kepada mereka,
"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"
Kemudian sabda Rasulullah s.a.w.,
"Malaikat tidak mahu masuk ke dalam sebuah rumah
yang di dalamnya terdapat gambar-gambar."
(Hadith Muslim no. 3941)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)