BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Dusta

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 3247

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Diceritakan oleh Watsilah bin al-Asqa',
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya antara dusta paling besar adalah

apabila seseorang mengaku (sebagai anak)
daripada orang yang bukan bapanya.

Atau (seseorang) mengaku kedua-dua matanya
melihat sesuatu dalam mimpi.
Padahal tidak bermimpi apa pun.

Atau seseorang mengatakan sesuatu
atas nama Rasulullah s.a.w.
apa yang baginda tidak sabdakannya".

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Sanadnya:

1726013083916.png
 
Attachments

Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 4426

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Nabi Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Apabila Allah menetapkan satu perkara di langit.

Para malaikat mengepakkan sayap-sayap mereka
kerana tunduk kepada firman-Nya.
Seperti bunyi rantai besi yang diseret di atas batu besar.

Apabila ketakutan telah diangkat dari qalbu mereka (para malaikat),
mereka disoal,
“Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan kalian?”

Mereka (para malaikat) menjawab,
“Al-Haqq (kebenaran).
Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Jin-jin pencuri berita mendengarnya.
Sebahagian di atas sebahagian yang lain.
(Mereka bersusun seperti tangga).

Jin (yang paling atas) mendengar satu kalimah.
Lalu menyampaikannya kepada yang di bawahnya.
Dan yang bawah pula menyampaikannya kepada yang lain.

Sehingga akhirnya
sampai kepada lidah tukang sihir atau dukun.

Mungkin sahaja syihab (bintang berapi) menyambar jin itu
sebelum dia sempat menyampaikannya.

Dan mungkin juga dia sempat menyampaikannya
sebelum disambar.

Lalu tukang sihir atau dukun itu mencampurkan (1 kalimah benar itu)
dengan seratus (100) pembohongan (rekaan mereka sendiri).

Maka orang-orang (yang mendengar daripada tukang sihir/dukun)
pun berkata,
“Tidakkah dia pernah memberitahu kita
pada hari sekian dan sekian,
tentang begini dan begini?”

Lalu semua perkataannya dipercayai (termasuk yang palsu)
Hanya kerana satu kalimah yang benar
yang didengarnya dari langit.”

1752485036565.png
 
1763943987165.png

Hadits Bukhari no. 5519
Status: Sohih - Ijma’ ‘ulama`

Matan
Daripada ayah ‘Abd ar-Rahman ibn Abi Bakrah radhiyallahu ‘anhu (Nufay’ ibn al-Harits),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Mahukah aku beritahu kalian
tentang dosa-dosa besar?”

Kami (para sahabat) menjawab,
"Ya, wahai Rasul Allah."

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
"Syirik kepada Allah.

Dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."

Ketika itu, baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersandar.
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) duduk
dan bersabda,

“Ketahuilah.
Berkata dusta.
Dan memberi kesaksian (keterangan) palsu.”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) mengulanginya,
"Berkata dusta.
Dan memberi kesaksian palsu."

Sehingga aku (Nufay` ibn al-Harits) berkata,
"Baginda tidak berhenti
(mengisyaratkan, dusta dan kesaksian palsu adalah dosa yang amat serius)."

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْوَاسِطِيُّ عَنْ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register